Pages

Thursday, October 30, 2008

Pertandingan Catur

Pada Khamis 30 Oktober 2008
telah diadakan Pertandingan Catur yang melibatkan
beberapa sekolah sekitar Kuantan.
Tahniah kepada pemenang yang berjaya.

Tuesday, October 28, 2008

Latihan IES (Interactive Evaluation System)

Bermula 28 - 31 Oktober telah diadakan Latihan IES. SMK Paya Besar adalah diantara 150 buah sekolah terpilih seluruh Malaysia untuk melaksanakan Projek Rintis Projek Rintis Interactive Evaluation System (IES) tahun 2008. Sistem IES merupakan satu sistem yang dapat menambahbaikkan satu lagi elemen penting dalam P&P iaitu meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti penilaian formatif dalam bilik darjah melalui sistem pentaksiran berasaskan sekolah dalam konteks menilai semula sistem pentaksiran dan penilaian di sekolah agar tidak berorientasikan peperiksaan seperti mana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Latihan ini melibatkan 6 orang guru yang akan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains bagi tingkatan 1 dan 2 untuk tahun 2008, seorang Penyelaras Projek dan seorang Penyelaras ICT. Latihan dikendalikan oleh 2 wakil pembekal yang dilantik.

Wednesday, October 22, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun 2008

Kepada semua warga pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Rendah

Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2008.

Tingktan 6 Rendah : 22 Oktober - 31 Oktober 2008

Tingkatan 4 : 22 Oktober - 7 November 2008

Tingkatan 1 & 2 : 3 - 7 November 2008

INSYA'ALLAH BOLEH!!!

Monday, October 20, 2008

Sentuhan Terakhir Calon-Calon SPM & STPM 2008

Calon-calon SPM dan STPM mendapat sentuhan terakhir
motivasi dan semangat dari Tuan Kaunselor En Abdul Jani.
Kejayaan di tangan anda untuk memartabatkan kegemilangan SMK Paya Besar.
Kami Boleh!!!!

Monday, October 13, 2008

Peperiksaan PMR 2008

Semua guru dan ibu bapa mengiringi doa untuk kejayaan anda semua.
Selamat Berjaya semua calon-calon PMR 2008.

Thursday, October 9, 2008

Jamuan Hari Raya Pendidikan Khas

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di kelas Pendidikan Khas.
Makanan aneka jenis dan dapat duit raya lagi...

Wednesday, October 8, 2008

Majlis Solat Hajat Perdana 2008

Pada Rabu 8 Oktober 2008
telah diadakan Solat Hajat Perdana PMR/SPM/STPM 2008.
Majlis bermula dengan Solat Maghrib dikuti dengan Bacaan Yaasin.
Selesai solat Isya' diteruskan dengan Solat Hajat.
Solat telah diimamkan oleh YB Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif.
Ibu bapa yang hadir memenuhi Dewan Multaqa'
Selesai solat, ibu bapa dan pelajar dijamu di Kantin Bararah.
Guru-guru juga turut hadir memberi sokongan.
Calon SPM 2008... Moga sukses...