Pages

Friday, January 23, 2009

Majlis Penyerahan Kutipan Tabung "Kami BersamaMu Palestin"

Pada hari ini Jumaat 23 Januari 2009
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah berlangsung Majlis Penyerahan Kutipan
Tabung "Kami BersamaMu Palestin".
Telebih dahulu pelancaran "Kami BersamaMu Palestin"
SMK Paya Besar telah dilancarkan mulai
7 Januari hingga 22 Januari 2009 selama dua minggu.
Program yang murni ini bertujuan menyemai sifat ukhwah
islamiyyah sesama saudara seIslam disamping menanam
kesedaran dan cintakan keamanan.

Acara pada pagi ini telah dipengerusikan oleh En Mohd Jani Taha.
Majlis bermula dengan Ucapan Perasmian Penutup
oleh Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, Pengetua SMK Paya Besar.


Acara diteruskan dengan Ucapan / Talk Show
oleh En Abd Basyir B Abd Ghani bagi mewakili HALUAN Palestin Malaysia.
Beliau telah mengupas tentang situasi di Palestin,
mengapa dan kenapa perlu membantu saudara kita di Palestin
dan bagaimana bantuan boleh di beri.
Juga tayangan video tentang penderitaan rakyat
Palestin yang menyayat hati telah ditayangkan.

Acara kemuncaknya adalah Majlis Penyerahan Wang Kutipan
"Kami BersamaMu Palestin". Kutipan
yang mencecah lebih RM3000 telah diserahkan
melalui HALUAN Palestin Malaysia.
Majlis berakhir dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali b Mohammad.
Alhamdulillah pihak sekolah amat bersyukur
kerana telah berjaya merealisasikan kesedihan dan
penderitaan rakyat Palestin dengan berjaya membuat
kutipan amal membantu mangsa kekejaman Yahudi.
Sokongan anda semua, kami amat terharu...

Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat Agong Kokurikulum 2009

Tepat jam 10.40 bermula Mesyuarat Agong Kokurikulum 2009.
Antara agenda mesyuarat hari ini ialah
perlantikan AJK untuk sesi 2009
dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang tahun 2009.
Antara 10.40 - 11.40 telah semua pelajar
telah berada dalam rumah sukan masing-masing.
Ahli Rumah Hijau bermesyuarat di Dewan Terbuka.
Manakala ahli Rumah Kuning bermesyuarat di Dewan Multaqa'

Semua ahli rumah Biru bermesyuarat di Kantin Baraqah.

Dan akhir sekali ahli rumah Merah bermesyuarat di Surau Al-Hikmah.
Kemudian pada jam 11.40 - 12.40 semua pelajar
bermesyuarat agong untuk Persatuan dan Kelab masing-masing.
Aktiviti diteruskan pula dengan mesyuarat agong
untuk sukan dan permainan pada jam 12.40 - 1.40.
Dan akhir sekali jam 1.40 - 2.4o berlangsung
mesyuarat agong untuk unit-unit beruniform.
Semoga semua cadangan aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan.
CEMERLANG KOKURIKULUM,
GEMILANG KURIKULUM
TERBILANG SAHSIAH.

Program Jejak Gemilang

Di Dewan Multaqa' sejurus selepas perhimpunan
telah diadakan Program Jejak Gemilang.
Program julung kali ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi
dalam diri pelajar harapan PMR 2009
melalui perkongsian ilmu, pengalaman pelajar cemerlang PMR 2008.


Pada 21 Januari 2009, Badan Kaunseling SMKPB telah menganjurkan Program Jejak Gemilang. Program ini diadakan di Dewan Multaqa' dan disertai oleh pelajar dari kelas 3 KAA, 3 Amanah dan 3 Bestari. Program ini sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan PMR 2009. Bagi menjalankan program ini, pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2008 telah dijemput untuk berkongsi rahsia kejayaan masing-masing. Pelajar tersebut ialah Nani, Izzati, Amir, Addina, Subaiha, Adilah, Mashitah dan Fatihah.

Dengan ini, saya sebagai calon PMR 2009 sendiri mendapat banyak faedah dengan menyertai program ini. Ini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan saya untuk berhadapan dengan semua cabaran serta berbicara dihadapan khalayak ramai. Bagi pelajar yang mengalami masalah cara belajar, hal ini dapat diatasi kerana didalam program ini kami berbincang tentang masalah pembelajaran. Semua pelajar mendapat manafaat yang berguna.

Akhir sekali, saya akhiri dengan ucapan semoga semua pelajar PMR 2009 mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat mengharumkan nama sekolah.

Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh
NOR FARAH HIDAYAH BT MOHD FADZILAH
3 KAA, SMK Paya Besar.

Ini Cik Nurul Atieqah dan Cik Nur' Aisyah
selaku penggerak progam hari ni membantu
guru-guru kaunseling. Mereka adalah
diantara guru-guru praktikum dari UPSI.

Pameran Pusat Sumber Sekolah SMKPB

Di Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah berlangsung
Pameran Bertema sempena Tahun Baru Cina 2009.
Antara objektif pameran adalah untuk
1. memberi maklumat kepada warga SMKPB.
2. mengetahui adat dan budaya sesuatu kaum.
3. menarik minat pelajar ke PSS.

Pameran yang julung kali diadakan ini
telah dirasmikan oleh Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
selaku Pengetua SMK Paya Besar.
Selain maklumat yang berguna
telah diadakan Cabutan Bertuah untuk pengunjung
yang datang melawat.
TAHNIAH buat Ustazah Hjh Siti Arija Abd Rahman
kerana memenangi Cabutan Utama, seutas jam tangan.
Selain itu, pengawas PSS juga mendapat Angpau...
Pameran ini akan berlangsung sepanjang bulan.
Semua pelajar dan guru di jemput ke pameran ini.

Perhimpunan Rabu 21 Januari 2009

Hari ini perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Hari ini berjalan beberapa aktiviti di sekolah.
1. Pameran Bertema Sempena Tahun Baru Cina 2009
di Pusat Sumber Sekolah.
2. Program Jejak Gemilang
untuk calon-calon harapan PMR 2009.
3. Mesyuarat Agong Rumah Sukan 2009.
4. Mesyuarat Agong Kokurikulum 2009.
(Persatuan/Kelab, Sukan & Permainan, Unit Beruniform)
Maka TAHNIAH kepada guru-guru yang mendahului
senarai yang berpakaian lengkap unit beruniform
pada hari ini....

Tuesday, January 20, 2009

Ragam Pelajar...

Hari ini bertembung dengan rakan kita yang katanya
rehat-rehat di dewan terbuka...
STPM hujung tahun ini
Adakah anda bersedia...???

Monday, January 19, 2009

Perhimpunan Isnin 20 Januari 2009

Perhimpunan hari Isnin berjalan lancar.
Antara amanat Pengetua pada perhimpunan tersebut ialah
1. Mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Badan Organisasi Kelas
yang telah menjayakan Gotong Royong Keceriaan
membersih kelas dan bilik guru pada hari Sabtu yang lalu.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang
telah membersih dan menceriakan kelas
agar sentiasa bersih dan kondusif
untuk pengajaran & pembelajaran.
2. Memperkenalkan guru-guru baru iaitu
Pn Norlina bt Rahim, Pn Nuzhiniza bt Najib & Cik Wan Norasyikin.
Selamat menjadi warga SMKPB.
Juga sekolah telah kehilangan guru yang berpengalaman & berkaliber
Pn Haniliza Sulaiman. Beliau telah dinaikkan pangkat
sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bukit Rangin.
Syabas dan Tahniah buat Pn Haniliza.
3. Mengumumkan Cuti Tahun Baru Cina minggu depan
pada hari Isnin, Selasa & Rabu.

Saturday, January 17, 2009

Gotong Royong Keceriaan

Pada Hari Sabtu 17 Januari 2008
telah diadakan Gotong Royong Keceriaan
yang melibatkan pelajar dan guru kelas.
Kerjasama dari pelajar amat menggalakkan.
Masing-masing bekerja keras
mencantikkan dan menceriakan kelas masing-masing.
Tahniah diatas kerajinan pelajar semua.
Hati-hati ye... nanti jatuhkan...

Wednesday, January 14, 2009

Perhimpunan Rabu 17 Januari 2009

Hari ini hari Rabu. Hari Kokurikulum.
Faris datang dengan segaknya ke sekolah.
Baju pengakap baru...
Tapi ada juga yang tumpang-tumpang nak bergaya...

Kemudian perhimpunan Hari Rabu berjalan seperti biasa.

Hari ini ada penyampaian hadiah
buat pelajar-pelajar kelas 1KAA dan 2KAA
yang mendapat keputusan cemerlang
dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2008.
Tahniah buat pelajar yang cemerlang.
Anda pelajar contoh buat rakan-rakan yang lain.

Monday, January 12, 2009

Perhimpunan Isnin 12 Januari 2009

Perhimpunan pagi Isnin berjalan seperti biasa.
Antara ucapan Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah Pengetua SMK Paya Besar;
1. Bersabar dengan keadaan pelajar yang padat
bagi kelas tingkatan 1 & 4 sementara
menunggu tawaran ke aswama penuh.
2. Menjaga keselamatan jalan raya
terutama menggunakan jejantas ketika melintas
bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
3. Menasihati pelajar agar tidak membuat panggilan palsu 999.
4. Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas
dengan tidak makan di dalam kelas.
5. Mengucapkan selamat datang kepada
6 orang guru praktikum yang datang bertugas dari UPSI.
Beliau mengakhiri dengan kata-kata sebagai renungan
PERJALANAN YANG JAUH
BERMULA DARI LANGKAH YANG PERTAMA.

Saturday, January 10, 2009

Activities on Saturday

Hari ini Sabtu 10 Januari 2008
telah berjalan beberapa aktiviti di sekolah antaranya...


Pelajar 3 Amanah bersama gurunya Pn Kamisah Sani
menghias kelas. Mereka semua penuh bersemangat
maklumlah calon-calon PMR 2009.
Tidak ketinggalan pelajar 3KAA juga bergotong royong
menceriakan kelas bersama guru kelasnya Pn Norihan.

Pengawas juga mengadakan mesyuarat pertamanya.
Tahun ini tugas mesti dijalankan dengan lebih dedikasi.

Sementara menunggu mesyuarat panitia,
cikgu-cikgu makan angin dulu...
Banyak Panitia bermesyuarat pagi ini.
Antaranya Panitia Sejarah, Bahasa Melayu, Geografi,
Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik
dan Teknik Vokasional.

Kemudian Majlis Jamuan Makan Tengahari
yang di pengerusikan oleh Pn Hjh Kamriah Jusoh
diikuti dengan ucapan dari Pn Hjh Hatijah Gan Abdullah
Pengetua SMK Paya Besar.

Jamuan kesyukuran sempena beberapa kejayaan
yang di perolehi oleh Puan Hajah sepanjang perkhidmatan
beliau sebagai pengetua di SMK Paya Besar iaitu
Anugerah Pengetua Cemerlang, Lulus PTK 4/4 DG 52
dan mendapat pingat AAP.
Tahniah buat Puan Hajah dan
terima kasih dari kami cikgu-cikgu
kerana jamu kami makan...

Juga buat Datin dan Dato'
alhamdulillah telah selamat pulang dari menunaikan haji.

Friday, January 9, 2009

Majlis Penutup Minggu Orientasi Tingkatan 4

Jam 11.20 pagi bertempat di Dewan Multaqa'
berlangsung Majlis Penutup Minggu Orentasi Tingkatan 4.
Majlis telah disempurnakan oleh
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, Pengetua SMK Paya Besar.

Wednesday, January 7, 2009

Aktiviti Orientasi Hari ke 3.

Antara lain, hari ini pelajar tingkatan 1
mendengar Taklimat Biasiswa oleh Pn Noraini Mohd Nor.
Pelajar tingkatan 4 pula
menjalankan aktiviti Explore Race.

Lawatan Makmal ICT

Makmal ICT telah dilawati oleh pelajar tingkatan 1
dalam Slot Mengenal Sekolah Kita sempena Minggu Orientasi.
Pelajar telah ditaklimatkan oleh Penyelaras ICT
berkaitan Peraturan Makmal Komputer
dan Aspek-aspek Keselamatan Komputer.

Ceramah Maal Hijrah & Pelancaran Tabung Palestine

Di perhimpunan hari ini telah berlangsung
Majlis Ceramah Maal Hijrah & Pelancaran Tabung Palestine.
Majlis dimulai dengan Bacaan Doa Maal Hijrah
oleh Ustaz Mohd Jamali.

Kemudian diikuti oleh Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan
oleh Yang Berbahagia En Mohd Rasmawi b Harun,
Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang,
yang bertajuk Realisasikan Azam dan Iltizam 1430 Hijrah.

Moga-m0ga apa yang disampaikan mencetuskan keinsafan
kepada semua pelajar-pelajar SMK Paya Besar
untuk berhijrah menjadi pelajar yang berakhlak mulia.

Kemudian berlangsung Majlis Pelancaran Tabung Palestine.

Acara bermula dengan Tayangan Video
yang memaparkan keadaan saudara Islam di Gaza.

Kemudian dikuti ucapan Pelancaran Tabung Palestine
oleh Pn Hjh Hatijah Gan Abdullah, Pengetua SMK Paya Besar.
Seterusnya Tabung telah di lancarkan.
Majlis berakhir dengan Bacaan Doa Qunut Nazilah
oleh Ustaz Mohd Jamali.

Kepada semua warga SMK Paya Besar,
sama-sama kita membantu
saudara seIslam yang sedang menderita
dan ditindas di bumi sendiri Palestine.