Wednesday, April 29, 2009
Bengkel Pengurusan Kokurikulum

Pada 29 April 2009 bertempat di Dewan Multaqa'
telah diadakan Bengkel Pengurusan Kokurikulum.
Bengkel dihadiri oleh Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha dan Bendari bagi setiap Persatuan, Kelab,
Unit-unit Beruniform dan Permainan Sekolah.
Slot pertama dimulakan dengan penyampaian
ceramah oleh Pn Mastura Mohamed bagaimana
menulis minit mesyuarat.

Slot kedua ialah motivasi oleh Kaunselor Sekolah
En Abd Jani b Md Tahar dan diikuti dengan
Slot ketiga oleh Pn Rozlawati bt Arifin
yang membicarakan bagaimana menguruskan
laporan kewangan.
Majlis berakhir dengan ucapan perasmian penutup oleh
Tn Hj Nazli b Ismail, GPK Kokurikulum SMK PayaBesar.
Dengan berakhirnya bengkel tersebut diharapkan
pelajar yang telibat dapat menguruskan persatuan, kelab,
permainan serta unit uniform dengan cekap.
Tuesday, April 28, 2009
Monday, April 27, 2009
Perhimpunan Isnin 27 April 2009

Perhimpunan hari Isnin berjalan lancar.
Majlis dimulakan dengan ucapan guru yang bertugas
pada minggu lepas iaitu Pn Soh Sew.
Beliau mengumumkan kerlas terbersih kategori
Menengah Atas ialah 5 Saksma.
dan kelas terbersih kategori Menengah Rendah
ialah 3 Amanah.
Dikuti dengan Ucapan Guru Bertugas minggu ini
Pn Hjh Sh Mariam bt Syed Abd Rahmn.
Beliau mengumukan Bengkel Pengurusan Kokurikulum
pada 29 April 2009 yang mesti dihadiri oleh
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setausaha dan
Bendahari bagi setiap Persatuan, Kelab, Unit Beruniforn
dan Permainan.
Seterusnya Datin Hjh Fauziah bt Ismail,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paya Besar
memberi ucapan, Antara lain beliau mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Hari Anugerah Cemerlang Sabtu yang lalu.
Saturday, April 25, 2009
Hari Anugerah Cemerlang kali ke-23
Hari ini Sabtu 25 April 2009 telah berlangsung
Majlis Hari Anugerah Cemerlang kali ke- 23
bertempat di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar Kuantan.
Di majlis ini pelajar yang cemerlang
kurikulum dan kokurikulum telah di beri penghargaan.

Tepat jam 9.00 pagi ketibaan En Rosdi b Md Dom
bagi mewakili Pn Hjh Narimah bt Abd Malek,
Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan.
Setiba di perkarangan Dewan Multaqa' beliau telah membuat
Pemeriksaan Perbarisan Unit Beruniform.

Pengerusi majlis pada pagi ini ialah
Pn Roa'ani bt Mohamed dan
Pn Siti Rohayu bt Mohd Nasaha.
Majlis bermula dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.

Kemudian diikuti dengan Bacaan Marhaban dan
Persembahan Nasyid dari Kumpulan Rijalul Fikri
yang bertajuk Aqidah Pembentukan Jati Diri Cemerlang.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari En Alhanif
bagi mewakili Yang Dipertua PIBG SMK Paya Besar.
Diikuti dengan Laporan Tahunan yang dibentangkan
oleh Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
Akhirnya Ucapan Perasmian oleh En Rosdi b Md Dom,
Pegawai Pembangunan, Bekalan dan ICT,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan.

Sebagai selingan Persembahan Choral Speaking
bertajuk Two Little Kittens telah di perdengarkan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah
untuk pelajar-pelajar yang cemerlang dalam
1. Aktiviti Kokurikulum 2008 di peringkat kebangsaan.
2. Peperiksaan Dalaman Akhir Tahun 2008.
3. Peperiksaan PMR 2008.
4. Peperiksaan SPM 2008.
5. Peperiksaan STPM 2008.

Selingan seterusnya ialah Penyampaian Sajak
bertajuk Terimakasih oleh Pelajar Pendidikan Khas.

Turut di beri penghargaan kepada
Anugerah Warna Sekolah yang telah di sandang oleh
Noranisha bt Mohamad Husni dan
Abdul Syukur b Ismail.
Juga Anugerah Khas Ketua Pelajar telah
diberikan kepada Mohd Faizuddin b Fauzi.

Tahun ini julung kali bagi menghargai Pekerja Kebersihan,
Pekerja Kebersihan Terbaik di anugerahkan
kepada En. Sibaweh b Azhare.

Majlis diteruskan dengan pengiktiraf kepada
Panitia-panitia yang menunjukkan peningkatan
dalam Peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2009.

Kemudian Anugerah Jasa Mu Di Kenang
telah diberikan kepada Pn Hjh Zainab bt Abdullah
selaku persaraannya nanti pada 18 Mei 2009.
Beliau telah berkhidmat di SMK Paya Besar selama 23 tahun.

Persembahan terakhir dari pelajar Tingkatan 2KAA
yang membuat Persembahan Qalam Jama'i Bahasa Arab
yang berjudul Ta'alu Numarisu Arriadhah.
Friday, April 24, 2009
Majlis Ilmu Jumaat 24 Februari 2009

Seperti biasa Majlis Ilmu telah diadakan
di Surau Al-Hikmah SMK Paya Besar
pada jam 12.00 tengahari.
Hari ini tazkirah telah disampaikan oleh
Ustazah Ariza Awang yang membincangkan tajuk
Penghuni Syurga.
Antara penghuni-penghuni syurga ialah mereka yang
1. beriman dan beramal soleh.
2. segera meminta ampun dari Allah swt.
3. berjihad dan besabar.
4. mereka yang berkorban jiwa dan hartanya untuk
kebaikan dan perjuangan Islam.
5. mereka yang bertaqwa (taat perintah Allah dan
menjauhi larangannya.
6. takut (taat) kepada Allah dan menahan hawa nafsunya.
7. sebagai mukmin dan mukminat.
8. taat kepada Allah dan Rasulnya.
9. mendirikan sembahyang.
10. membaca al-quran.
11. banyak berzikir kepada Allah swt.
12. orang yang mati syahid.
13. memelihara anak yatim.
14. yang memberi belanja untuk keluarganya.
15. suka bersedekah.
16. memberi makanan orang yang berbuka.
Wednesday, April 22, 2009
Perhimpunan Rabu 22 April 2009

Seperti biasa perhimpunan hari Rabu berjalan lancar.
Kali ini majlis dikendalikan oleh pelajar
dari pasukan bola sepak sekolah.
Acara bermula dengan laporan guru bertugas
minggu ini oleh Pn Wan Nor Nini Harzelin.
Kemudian En Jusuh, GPK HEM SMK Paya Besar
memberi peringatan tentang prosedur tentang
bagaimana pelajar boleh digantung sekolah.
Beliau juga memberi peringatan kepada
pelajar yang telah dibekalkan dengan pakaian seragam
percuma tahun lepas agar memakainya
pada setiap hari Rabu.
Acara diteruskan dengan Syarahan Bahasa Arab
dari pelajar KAA dan penyampaian tazkirah
oleh Pn Che Zaharah Ibrahim.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan
tepat jam 8.20 pelajar ke kelas masing-masing.
Tuesday, April 21, 2009
Kursus Kepimpinan Pengawas PSS

Bertempat di Dewan Multaqa telah diadakan
Kursus Kepimpinan Pengawas PSS.
Kursus bermula bermula jam 8.00 pagi dan
dan berakhir 2.30 petang.
Pelajar kelihatan seronok dengan aktiviti
yang dikendalikan oleh En Badaruddin
kaunselor dari JPNP.
Semoga berakhir kursus semua pengawas PSS
yang terlibat bersemangat untuk menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Monday, April 20, 2009
Perhimpunan Isnin 20 april 2009

Perhimpunan hari Isnin berjalan lancar.
Pagi ini majlis bermula dengan bacaan ikrar
dari pelajar-pelajar yang telah mengikuti
Kem Anak-anak Soleh di Taman Pertanian
minggu lepas. Ikrar dibaca sebagai
tanda komitmen pelajar untuk berubah
menjadi pelajar yang lebih baik.

Kemudian majlis diteruskan dengan laporan
dari guru yang bertugas dari minggu lepas
En Wan Abdullah Zawawi b Wan Omar Fauzi.
Dikuti pula guru bertugas minggu ini
Pn Wan Akemarini bt Wan Hanafi
membaca pengumuman.
Akhirnya Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar membuat ucapan.
Antara perkara yang penting yang diumumkan ialah
berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas 2/2009,
dimana pelajar sekolah tidak dibenarkan
membawa telefon bimbit ke sekolah.
Pihak sekolah khususnya guru disiplin
diarahkan supaya merampas telefon bimbit
yang dibawa pelajar ke sekolah.
Apabila telefon pelajar dirampas, hanya ibu bapa pelajar
tersebut sahaja yang boleh menuntutnya.
Ibu bapa tidak perlu menyuruh anak mereka
membawa telefon bimbit ke sekolah,
kerana ibu bapa boleh menghubungi anak mereka
melalui pihak sekolah. Sekiranya berlaku kecemasan,
pelajar juga boleh menggunakan telefon sekolah
untuk menghubungi ibu bapa mereka.
Friday, April 17, 2009
Thursday, April 16, 2009
Kursus Pembinaan Blog 2
Ceramah Bangunan Bersejarah Muzium Sg Lembing

Bertempat di Dewan Multaqa' telah diadakan
Ceramah Bangunan Bersejarah Muzium Sg. Lembing
khusus untuk pelajar tingkatan 3
bagi melengkapkan kerja kursus Sejarah.
Ucapan terima kasih tidak terhingga
bagi pihak sekolah kepada wakil dari Muzium Sg Lembing
kerana sudi untuk datang ke sekolah
dan menyampaikan ceramah tersebut.
Wednesday, April 15, 2009
Program Anak-anak Soleh

Seramai 40 orang pelajar lelaki SMK Paya Besar
telah terpilih untuk mengikuti
Kem Bina Insan Hardcore Lelaki 2009
Program Anak-anak Soleh bermula
15, 16 & 17 April 2009 bertempat
di Taman Pertanian Jubli Perak
Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Sama-sama kita doakan semoga selesai kem
semua yang terpilih akan dapat merubah
diri menjadi pelajar yang sedar dan insaf
sebagai anak-anak soleh yang bakal
menjadi generasi muda pewaris bangsa.
Perhimpunan Rabu 15 April 2009

Perhimpunan Hari Rabu berjalan lancar.
Majlis di pengerusikan oleh pelajar dari
Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah.
Sebagai guru bertugas mingguan,
En Wan Abdullah Zawawio membuat pengumuman.
Diikuti dengan ucapan En Jusoh Hasan,
GPK HEM dan Tn Hj Nazli Ismail, GPK Kokurikulum.
Majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah
oleh Ustazah Hjh Siti Arija Abdul Rahman
yang memperingatkan tentang
persediaan menghadapi kematian.
Tepat 8.20 AM majlis diakhiri dengan bacaan doa
yand diketuai oleh pelajar Mohd Shafifi Mazlan.
Monday, April 13, 2009
Perhimpunan Isnin 13 April 2009

Perhimpunan hari Isnin seperti yang dirancang.
Majlis dimulakan dengan laporan guru bertugas
minggu lepas Cik Nurul Syuhada bt Muda.
Kemudian diikuti dengan pengumuman
guru yang bertugas minggu ini
En Wan Abdullah Zawawi b W Omar Fadzil.
Seterusnya Tn Hj Nazli b Ismail, GPK Kokurikulum
membuat ucapan mengenai Buku Kokurikulum,
Skim Lencana Anti Dadah dan papan kenyataan Kokurikulum.
Kemudian En Jusoh b Hasan, GPK HEM
memperingatkan pelajar berkaitan
dengan disiplin pakaian pelajar dan
syarat-syarat pelajar digantung atau buang sekolah.
Majlis berakhir dengan bacaan doa oleh pelajar.
Friday, April 10, 2009
Wednesday, April 8, 2009
Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah
telah selamat dilancarkan pada
hari Rabu 8 April 2009 bertempat di Dewan Multaqa'.
Bertemakan 'Masyarakat Madani Tanpa Dadah'
majlis dipengerusikan oleh Pn Roa'ani bt Mohamed.
Acara bermula dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.

Kemudian diikuti dengan Ucapan dan Membaca
Perutusan oleh Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
Acara diteruskan dengan Ceramah dan
Ucapan Perasmian oleh En Abdul Halim b Yaakub
Penolong Pengarah Pencegahan A ADK Negeri Pahang.


Selesai majlis perasmian, En Abdul Halim
meluangkan sedikit masa untuk melawat Sudut PPDa
di sepanjang Gajah Menyusur di Dataran Perhimpunan.
Turut diadakan sempena pelancaran ini ialah
Pameran Anti Dadah dari pihak AADK Negeri Pahang.
Pihak sekolah merakamkan jutaaan terima kasih
kepada pihak AADK Negeri Pahang
kerana telah memberi sedikit sumbangan kepada
sekolah bagi menjayakan aktiviti-aktiviti
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
di peringkat sekolah.
Semoga usaha dan kerjasama yang diberikan
dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan
kepada pelajar agar dapat menjauhi dan berupaya
menentang ancaman dadah.
Seterusnya mencapai sasaran
"SEKOLAH BEBAS DADAH 2010"
Tuesday, April 7, 2009
Monday, April 6, 2009
Perhimpunan Isnin 6 April 2009
Perhimpunan pagi Isnin berjalan seperti biasa.
Majlis dipengerusikan oleh Saudari Azliza Yaakob,
Ketua Pengawas SMK Paya Besar.
Perhimpunan bermula dengan laporan guru yang bertugas
pada minggu lepas Pn Norihan TV Ahamed.
Kelas terbersih untuk minggu lepas dimenangi oleh
5 Adil (Menengah Atas) dan 3 KAA (Menengah Rendah).
Kemudian diikuti ucapan guru bertugas minggu ini
Pn Siti Fatimah Mohamed. Beliau mengumumkan
selain beliau guru bertugas minggu ini
ialah Pn Salamiah bt Bani Hashim
dan Cik Nurul Syuhada bt Muda.
Majlis di teruskan dengan penyampaian hadiah
kepada pelajar-pelajar yang meraih kejayaan
dalam Majlis Tadarus Al-Quran dan Keseniaan Islam
peringkat Zon Perkasa.

Turut diberi hadiah kepada pemenang
di kalangan pelajar PERTEM yang dalam
Karnival Sukan Tingkatan 6 Daerah Kuantan
yang berlangsung baru-baru ini.

Acara kemuncak dengan ucapan dari
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
1. Pn Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pelajar-pelajar yang memenangi
Pertandingan MTQ dan Keseniaan Islam
danKarnival Tingkatan 6.
2. Juga ucapan tahniah dan terima kasih
kepada semua pelajar dan guru yang
menjayakan Kejohanan Olahraga 2009 yang lalu.
3. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada
semua pengawas sekolah, ketua dan penolong kelas,
koperator, dan ahli Charity Shop yang telah
diberi watikah perlantikan dan Majlis Pentaulihan.
Beliau mengharapkan agar pelajar yang
dapat melaksanakan amanah
yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Seteruskan Pn Pengetua mengumumkan
gerak gempur untuk pelajar aliran agama
(1 KAA, 2 KAA & 3 KAA). Kelas tambahan
bagi KAA akan di susun untuk pelajar
yang cemerlang dan yang lemah.
Pn Pengetua menjanjikan hadiah untuk
pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.
4. Juga diumumkan Kelas Tambahan Terancang
calon PMR dan SPM 2009 akan bermula minggu ini.
5. Akhir sekali peringatan untuk semua pelajar
mengamalkan kebersihan terutama
apabila menggunakan tandas sekolah.
6. Beliau mengharapkan agar semua
guru dan pelajar sentiasa berdoa untuk
kebaikan dan kecemerlangan SMKPB
hingga mencapai sekolah harian
yang cemerlang di daerah Kuantan.
Majlis berakhir dengan bacaan doa oleh pengawas sekolah.
Majlis dipengerusikan oleh Saudari Azliza Yaakob,
Ketua Pengawas SMK Paya Besar.
Perhimpunan bermula dengan laporan guru yang bertugas
pada minggu lepas Pn Norihan TV Ahamed.
Kelas terbersih untuk minggu lepas dimenangi oleh
5 Adil (Menengah Atas) dan 3 KAA (Menengah Rendah).
Kemudian diikuti ucapan guru bertugas minggu ini
Pn Siti Fatimah Mohamed. Beliau mengumumkan
selain beliau guru bertugas minggu ini
ialah Pn Salamiah bt Bani Hashim
dan Cik Nurul Syuhada bt Muda.
Majlis di teruskan dengan penyampaian hadiah
kepada pelajar-pelajar yang meraih kejayaan
dalam Majlis Tadarus Al-Quran dan Keseniaan Islam
peringkat Zon Perkasa.

Turut diberi hadiah kepada pemenang
di kalangan pelajar PERTEM yang dalam
Karnival Sukan Tingkatan 6 Daerah Kuantan
yang berlangsung baru-baru ini.

Acara kemuncak dengan ucapan dari
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
1. Pn Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pelajar-pelajar yang memenangi
Pertandingan MTQ dan Keseniaan Islam
danKarnival Tingkatan 6.
2. Juga ucapan tahniah dan terima kasih
kepada semua pelajar dan guru yang
menjayakan Kejohanan Olahraga 2009 yang lalu.
3. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada
semua pengawas sekolah, ketua dan penolong kelas,
koperator, dan ahli Charity Shop yang telah
diberi watikah perlantikan dan Majlis Pentaulihan.
Beliau mengharapkan agar pelajar yang
dapat melaksanakan amanah
yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Seteruskan Pn Pengetua mengumumkan
gerak gempur untuk pelajar aliran agama
(1 KAA, 2 KAA & 3 KAA). Kelas tambahan
bagi KAA akan di susun untuk pelajar
yang cemerlang dan yang lemah.
Pn Pengetua menjanjikan hadiah untuk
pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.
4. Juga diumumkan Kelas Tambahan Terancang
calon PMR dan SPM 2009 akan bermula minggu ini.
5. Akhir sekali peringatan untuk semua pelajar
mengamalkan kebersihan terutama
apabila menggunakan tandas sekolah.
6. Beliau mengharapkan agar semua
guru dan pelajar sentiasa berdoa untuk
kebaikan dan kecemerlangan SMKPB
hingga mencapai sekolah harian
yang cemerlang di daerah Kuantan.
Majlis berakhir dengan bacaan doa oleh pengawas sekolah.
Friday, April 3, 2009
Majlis Ilmu 3 April 2009
Majlis Ilmu berjalan seperti di rancang melibatkan pelajar
perempuan di Surau Al-Hikmah jam 12.00 tgh.
Penceramah pada majlis hari ini ialah
Ustazah Hjh Sharifah Mariam bt Syed Abdul Rahman.
perempuan di Surau Al-Hikmah jam 12.00 tgh.
Penceramah pada majlis hari ini ialah
Ustazah Hjh Sharifah Mariam bt Syed Abdul Rahman.
Topik berkaitan Dosa-dosa Besar.
Majlis Bacaan Yaasin
Majlis Bacaan Yaasin berjalan lancar di Dewan Multaqa' tepat jam 7.40 pagi.
Bacaan kali ini diketuai oleh pelajar tingkatan 6.
Moga semua pelajar SMK Paya Besar mendapat rahmat dan hidayah Allah swt.
Bacaan kali ini diketuai oleh pelajar tingkatan 6.
Moga semua pelajar SMK Paya Besar mendapat rahmat dan hidayah Allah swt.
Wednesday, April 1, 2009
Majlis Pentauliahan dan Perlantikan Pengawas, Ketua Kelas & Penolong, Koperator dan AJK Charity 2009

Tepat jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Multaqa'
telah berlangsung Majlis Pentauliahan dan Perlantikan
Pengawas, Ketua Kelas & Penolong, Koperator & AJK Charity 2009.
Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Mastura Mohamed.
Acara bermula dengan Bacaan Doa oleh En Anuar Mohamed.
Kemudian diikuti dengan Ucapan Aluan oleh
Datin Hajah Fauziah Ismail, GPK 1 Pentadbiran SMK Paya Besar.

Kemudian Ucapan Perasmian oleh ASP Idris bin Ismail,
Ketua Bahagian Siasatan dan Narkotik, IPD Kuantan.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah
Tauliah Pengawas dan Sijil Perlantikan Ketua & Penolong
Kelas, Koperator dan AJK Charity Shop.

Acara kemuncaknya Penyerahan Tugas kepada Ketua
dan Penolong Ketua Pengawas. Untuk Sessi 2009
Saudari Azliza Yaacob telah dilantik sebagai
Ketua Pengawas. Beliau telah membuat ucapan sulongnya
di perhimpunan ini. Kemudian Saudari Azliza
telah mengetuai Upacara Bacaaan Ikrar Pengawas.