Pages

Thursday, July 30, 2009

Aktiviti Pendidikan Khas


Hari ini pelajar-pelajar pendidikan khas
telah belajar membuat 'ice-blended drink'
di bengkel ERT. Nampak mereka semua
bergembira dan seronok
dengan pengalaman yang dilalui....

Friday, July 24, 2009

Majlis Ilmu


Majlis Ilmu, tazkirah pelajar perempuan,
telah diadakan di Surau Al-Hikmah.
Penceramah hari ini ialah Pn Rosaini bt Jusoh.

Aktiviti Pendidikan Khas


Hari ini pelajar-pelajar pendidikan khas
telah membersihkan taman pendidikan khas.


Pelajar-pelajar nampak bergembira...

Seminar Teknik Menjawab STPM


Calon-calon STPM 2009 telah mengikuti
Seminar Teknik Menjawab STPM
Pengajian Am di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.

.
Seminar ini bukan hanya melibarkan
pelajar-pelajar SMK Paya Besar,
tapi pelajar-pelajar dari SMK Cenderawasih,
SMK Tg Lumpur dan SMK Sri Mahkota
turut mengikutinya.
Semoga semua berjaya dengan cemerlang.


Seminar Teknik Menjawab SPM


Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah
pelajar-pelajar 5 Saksama telah mengikuti
Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM.


Moga usaha yang dibuat
membuahkan hasil yang cemerlang
bagi SPM 2009 nanti.

Motivasi Bersama YB


Pagi ini Jumaat 24 Julai 2009
satu perjumpaan telah diadakan diantara
YB. Dato Haji Shafik Fauzan bin Sharif, DIMP., SMP.,
Adun Inderapura dan pelajar-pelajar SMK Paya Besar
di Surau Al-Hikmah SMK Paya Besar.
Pelajar-pelajar yang terpilih telah mendapat sentuhan
dari YB Dato' Haji Shafik Fauzan sendiri.


Moga pertemuan dapat menyedarkan
dan menginsafkan pelajar-pelajar yang hadir.

Wednesday, July 22, 2009

Program Kembara Ilmu Matematik Tingkatan 3


Di Dewan Multaqa' telah berlangsung
Program Kembara Ilmu Matematik
yang melibatkan pelajar-pelajar
tingkatan 3 Bestari dan 3 Cekal.
Majlis kerjasama dari JKKD Matematik Kuantan
ini telah diketuai oleh En Mohd Sabri Bidun
guru Matematik yang berpengalaman luas
dari SBPI Kuantan dan dibantu oleh
beberapa guru dari sekolah-sekolah berdekatan.
Terima kasih kepada semua terlibat.
Moga usahasama ini membuahkan
kejayaan untuk pelajar.

Perhimpunan Rabu 22 Julai 2009


Perhimpunan hari ini berjalan lancar
dimana semua pelajar yang hadir
membuat bacaan yaasin.
Moga-moga sedikit sebanyak melembutkan
hati pelajar untuk lebih berakhlak dan berdisiplin.

Monday, July 20, 2009

Mesyuarat Guru


Mesyuarat Guru telah berlangsung pada
Isnin 20 Julai 2009 pada jam 3.00 petang petang
di Bilik Gerakan Siti Khadijah SMK Paya Besar.

LADAP SABTU 18 JULAI 2009


Bidang Matematik & Sains


Bidang Matematk & Sains


Panitia Bahasa Inggeris


Bidang Kemanusiaan


Panitia Bahasa Melayu


Pada Sabtu 18 Julai 2009 telah diadakan
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
melibatkan semua guru SMK Paya Besar.

Friday, July 17, 2009

Majlis Ilmu


Penceramah pada majlis ilmu hari ini ialah
Pn Ramlah bt Abd Hamid

Thursday, July 16, 2009

Seminar Kecemerlangan SPM 2009


Di Dewan Multaqa' telah diadakan
Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM.

Monday, July 13, 2009

Motivasi Pelajar Tingkatan 3


Selepas perhimpunan telah diadakan
motivasi untuk semua pelajar tingkatan 3.
Motivasi telah diberikan sendiri oleh
Puan Pengetua Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah.