Pages

Monday, December 28, 2009

Amanat Pengetua Menjelang Tahun 2010


Assalamu'alaikum & Selamat Sejahtera
kepada semua warga SMK Paya Besar, Kuantan.

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dipanjangkan umur untuk sama-sama menghadapi tahun 2010 yang lebih mencabar lagi. Semoga tahun 2010 lebih baik daripada tahun 2009 dan apa yang telah dilakukan semoga mendapat keberkatan dari Allah swt.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan diharap semua akan bekerja dengan penuh iltizam dan memberi komitmen yang padu kepada sekolah. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang mengajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 kerana keputusan PMR 2009 telah menunjukkan peningkatan. Kita telah berjaya memperoleh 70.14% (MSMP) berbanding 67.16% pada tahun 2008 - meningkat 3.59%. Begitu juga GPS. Tahun 2009 ini kita mendapat 2.60 berbanding 2.75 pada tahun 2008 - meningkat 0.15. Pencapaian ini tidak akan dapat digenggam tanpa usaha gigih semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pelajar-pelajar tingkatan 3.

Saya berharap semua guru tidak akan berasa jemu untuk mendidik anak-anak murid supaya menjadi pelajar yang holistik untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) untuk meletakkan Sistem Pendidikan Negara setara dengan Piawaian Global dan melahirkan Modal Insan Berminda Kelas Pertama. Berdasarkan dokumen berkenaan, semua guru mesti memiliki 3 aspek amalan nilai iaitu :
i) profesionalisme keguruan,
ii) pengetahuan,
iii) kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.

Amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi 3 domain utama iaitu diri, profesion dan sosial. Domain diri merujuk pegangan nilai guru seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, dan cekap. Profesion merujuk pada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif. Domain sosial, guru sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Kerajaan juga telah melancarkan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) sebagari transformasi berasaskan pendekatan dan falsafah 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." 6 NKRA ialah :
i) Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan (diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin).
ii) Mengurangkan kadar jenayah (Datuk Seri Hishamuddin Hussein).
iii) Memerangi rasuah (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz).
iv) Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah (Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil).
v) Memperkasakan prasarana luar bandar dan pendalaman (Datuk Seri Shafie Apdal)
vi) Menambah baik pengangkutan awam (Datuk Ong Tee Keat).

Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun 2010 dengan azam yang baru untuk melonjakkan kecemerlangan SMK Paya Besar sebagai sekolah harian yang gemilang di daerah Kuantan.

Sekian, terima kasih.

Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.
Pengetua Cemerlang
SMK Paya Besar, Kuantan.

Mesyuarat Guru 1/2010


Mesyuarat Guru 1 untuk sessi 2010
telah diadakan di Bilik Gerakan Siti Khadijah
tepat jam 8.30 pagi.


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdulllah, AAP.,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
Antara agenda penting yang dibincangkan
ialah Pengurusan Program Peningkatan
Kurikulum & Kemajuan Pendidikan (PKKP) 2010
yang meliputi aspek kurikulum,
hal ehwal murid, kokurikulum,
3K dan bina insan.


Dikesempatan yang ada, puan pengetua
mengalu-alukan kedatangan guru-guru
yang baru bertukar ke SMK Paya Besar.
Mereka adalah En Mohammad Che Ibrahim (GPK HEM)
Pn Che Hanisah Abd Rahman,
Pn Norizah Amzah,
Pn Sh Badariah Sy Abdul Rani,
Pn Sufiawati Yusuf,
Pn Wan Nor Fadhilah Wan Jaafar,
Pn Zetty Azikin Ismail,
Cik Norullizzawati Mohd Razali
dan En Kamaruddin Ab Ghani.
Semoga kehadiran kalian akan memantapkan
lagi usaha-usaha SMK Paya Besar
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang
dan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.


Juga seluruh warga SMK Paya Besar mengucapkan
selamat bertugas di sekolah baru kepada
En Jusuh Hasan (mantan GPK HEM).
Segala jasa dan keringat
yang dicurahkan di SMK Paya Besar
akan dikenang selagi hayat dikandung badan....

Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH PMR 2009

KEPUTUSAN PMR 2009
Gred Purata Sekolah = 2.60
Menguasai Semua Mata Pelajaran = 70.74%

Debaran bermula...
Di Bilik Gerakan Siti Khadijah,
guru-guru membuat analisa...

Majlis Penyerahan Keputusan PMR 2009
telah diadakan di Dewan Terbuka SMKPB.
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.
telah membuat ucapan tahniah
kepada pelajar-pelajar PMR 2009.

Tahniah kepada calon PMR 2009
yang telah mendapat straight 9As/8As.
1. Nor Fazlien bt Mohamad
2. Norasyikin bt Yusof
3. Norshahirah bt Mohd Ibrahim
4. Rosilawati bt Shaip
5. Siti Aisyah bt Yaakob
6. Mohamed Aidil Naquib b Khairi

Kejayaan anda menjadi kebanggaan
ibubapa dan warga SMKPB.

Wajah berdebar-debar menunggu keputusan...

Alhamdulillah... bersyukur...
Usaha anda telah membuahkan kejayaan...


Ingatlah berjaya di dunia,
juga berjaya di akhirat.....

Thursday, December 10, 2009

KEPUTUSAN PMR 2009


KEPUTUSAN PMR 2009

TARIKH : KHAMIS
24 DISEMBER 2009

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT :
DEWAN TERBUKA
SMK PAYA BESAR

PEMBETULAN :
Tarikh DIJANGKA akan
diumumkan keputusan.
Tidak BERNIAT
untuk
mendahului mana2 pihak.
Apa2 pun, kepada
pelajar2 & ibu bapa
sila tunggu
TARIKH PENGUMUMAN RASMI dari
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA /
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.
Mohon MAAF jika ada kekeliruan.

Tuesday, December 8, 2009

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1


PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

TARIKH : SABTU
2 JANUARI 2010

MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT :
DEWAN MULTAQA'
SMK PAYA BESAR

Monday, December 7, 2009

Mesyuarat Guru 1/2010


MESYUARAT GURU 1/2010

TARIKH :
ISNIN
28 DISEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT :
BILIK GERAKAN SITI KHADIJAH
SMK PAYA BESAR