Bertempat di Dewan Multaqa' telah berlangsungMajlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 untuk sesi 2011.
Kemudian diikuti dengan ucapan aluan olehEn Nandakumaran, Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau memaklumkan beberapa sasaran sekolah
untuk sesi 2011 agar turut sama mendapat
sokongan dari ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Antaranya Kempen Anti Ponteng dengan
meletakkan sasaran 95% kehadiran pelajar ke sekolah.
Memartabatkan Bahasa Inggeris dengan mengalakkan
pelajar untuk berbahasa Inggeris.
Serta meletakkan SMK Paya Besar di antara
5 yang terbaik sekolah harian menjelang 2013.
Seterusnya ucapan dari tetamu jemputanYB Dato' shafik Fauzan b Hj Shariff, DIMP., SMP.,
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Kesenian dan Warisan Pembangunan Keluarga
dan Hal-Ehwal Wanita.
Di majlis ini juga YB Dato' Shafik Fauzantelah menyampaikan sumbangan cek bernilai RM5000.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih
kepada YB Dato' di atas sumbangan dan sokongan
yang selama ini YB Dato' telah berikan kepada
warga SMK Paya Besar khususnya dalam
aktiviti pendidikan sekolah.
Kemudian ibu bapa membuat pendaftaran pelajar.
Pelajar-pelajar tingkatan 1 yang akan memulakansesi persekolah 2011 di SMK Paya Besar.
Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT DATANG
kepada semua pelajar tingkatan 1 untuk sesi 2011.
Semoga kehadiran anda semua akan turut
mewarnai kecemerlangan SMK Paya Besar.
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!!!





















































