Pages

Thursday, February 25, 2010

Kursus Motivasi Pengawas 2010


Tepat jam 3:00 petang bertempat
di Bilik Gerakan Siti Khadijah
telah diadakan Kursus Motivasi Pengawas 2010.


Ucapan Aluan dari Tuan Pengetua
Tn Hj Karim b Man, SMP.


Penceramah jemputan ialah
Tn Hj Abdul Rahim b Mustapha,
Pengetua SMK Sg Isap Kuantan.


Semoga tertingkat motivasi pengawas
yang akan menjalankan tugas
sepanjang tahun 2010.

Keputusan STPM 2009


Ucapan tahniah dari tuan pengetua
Tn Hj Karim b Man, SMP.
kepada semua calon-calon STPM 2009
yang mendapat keputusan tadi.
Alhamdulillah sekolah telah mencapai keputusan
95.78% dan PNGK 2.29.


Sepatah dua kata dari pelajar cemerlang STPM 2009
saudari Norazliza bt Yaakon dengan mendapat
5 Prinsipal dan PNGK 3.5.

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang.
1. Norazliza bt Yaakob (5P) 3.50
2. Muhamad Zulhardy (4P) 3.34
3. Nur Amira bt Mohd Zakaria (5p) 3.09
4. Nurul Nazati bt Nazahar (5P) 3.08
5. Siti Raudhah bt Mohd Nor (5P) 3.08
6. Muhamad Azaharun Azaha b Abdul Aziz (4P) 3.08
7. Sahilah bt Jailani (4P) 3.08
8. Fatimatun Zulaikha (4P) 2.92
9. Karmila bt Irwan (5P) 2.92
10. Rohazatul Aznira
(5P) 2.92

Kepada semua calon-calon STPM 2009
SYABAS & TAHNIAH
diatas keputusan yang diperolehi.
Sekarang ANDA perlu mencorak langkah
untuk menuju destinasi seterusnya...

MENAWAN UNTUK MENUJU
PUNCAK MENARA GADING....

Program Permata Hati


Hari ini Program Permata Hati peringkat sekolah
telah di lancarkan di Bilik Sidang SMK Paya Besar.
Program yang melibatkan 20 orang anak yatim
di kalangan pelajar tingkatan 5 ini bertujuan
untuk memberi tumpuan, perhatian,
dan kasih sayang berkonsepkan keluarga angkat.


Juru acara majlis hari ini ialah Pn Jalilah bt Salim.

Bacaan doa dari Ustaz Mohd Jamali Abdullah
bagi memberkati majlis.


Ucapan GPK HEM SMK Paya Besar,
En Mohammed b Che Ibrahim.


Ceramah Sentuhan Permata Hati oleh
Pn Norazizah bt Jusoh,
Kaunselor SMK Sg. Isap, Kuantan.


Penyerahan Anak Angkat kepada
Koordinator Sekolah yang terdiri dari
Pn Azizah bt Bakar,
En Mohd Nadzri b Abdul Wahid,
Pn Soh Sew, dan
Pn Hjh Sh Faridah Hanim bt Tg Embong.


Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar dan sesi soal jawab.

Adalah menjadi harapan dengan memberi
perhatian yang sewajarnya,
pelajar-pelajar yang terlibat akan
tertingkat prestasi akademik, sahsiah dan jati diri,
serta rasa kesyukuran dan tidak merasa terpinggir
serta terabai dalam masyarakat.

Wednesday, February 24, 2010

Bengkel Pengurusan Kokurikulum 2010


Bertempat di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah diadakan Bengkel Pengurusan Kokurikulum 2010
yang melibatkan semua pengerusi, naib pengerusi,
setiausaha dan bendahari bagi setiap
Persatuan, Kelab, Sukan, Permainan & Unit Beruniform.
Menurut En Anuar B Mohamed, selaku setiausaha program,
antara objektif bengkel ialah pelajar mampu
mengendalikan mesyuarat dengan baik,
bercakap di khalayak ramai,
menulis minit mesyuarat dengan
penulisan dan format yang betul,
dan menulis, mencatat dan merekod
kewangan dengan betul.



Pendaftaran pelajar-pelajar.

Antara penceramah yang terlibat ialah
En Mohd Nadzri b Abdul Wahid,
Pn Salamiah bt Bani Hashim
dan Pn Hjh Rozlawati bt Ariffin.


Aktiviti LDK.


Aktiviti LDK.


Sesi membaling 'My Lovely Egg'.....


Bengkel Pengurusan Kewangan di Makmal ICT.


Bengkel Pengurusan Organisai di Dewan Multaqa'.

Adalah menjadi harapan melalui bengkel ini
dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber
dan berketerampilan untuk mengendalikan
sesuatu persatuan atau pertubuhan.

Tuesday, February 23, 2010

Mesyuarat Guru


Mesyuarat guru dua dalam satu...
Mesyuarat melibatkan guru-guru
JK Perarakan Maulidaur Rasul
& JK Kursus Motivasi Pengawas
telah diadakan di Bilik Gerakan Siti Khadijah
tepat jam 3.00 petang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh
Tn Hj Karim b Man, Pengetua SMK Paya Besar.

Monday, February 22, 2010

Pelajar-pelajar....


Pengawas-pengawas yang bertugas dengan dedikasi...
Keep up good work....

Saturday, February 20, 2010

Bengkel Pemantapan Kemahiran Jawi 2010


Bengkel Pemantapan Kemahiran Jawi 2010
telah diadakan pada Sabtu 20 Februari 2010.
Bengkel anjuran Panitia Islam SMK Paya Besar
melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5.



Menurut Cik Rosmatia bt Omar selaku
setiausaha program ini,
bengkel ini bertujuan untuk
memantapkan kemahiran pelajar
dalam penggunaan penulisan jawi.
Disamping itu dapat menimbulkan minat pelajar
terhadap pelajaran jawi.

Bengkel telah dikendalikan oleh penceramah
jemputan En CW Rosli b Khalid.
Dengan ini diharapkan bengkel yang diadakan
dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Friday, February 19, 2010

Majlis Ilmu

Majlis Ilmu berjalan lancar.
Penceramah hari ini ialah Pn Ramlah Ab Hamid.
Beliau membicarakan tentang
Contoh-contoh Akhlak Rasulullah SAW terhadap
Ibu bapa, anak yatim, jiran, fakir miskin dan tetamu.
Semoga pelajar dapat mengambil iktibar
dan dapat mencontohi akhlak baginda itu.

Majlis Salam Perpisahan


Tepat jam 10:45 pagi telah diadakan
Majlis Salam Perpisahan di Dewan Multaqa'.
Majlis ringkas yang bermakna ini
sempena pertukaran sekolah
Yg Bhg Datin Hj Fauziah bt Ismail, AAP.
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.



Ketibaan Yg Bhg Datin disambut oleh pelajar.


Setelah sekian lama menabur bakti di SMK Paya Besar,
Yg Bbg Datin telah dinaikkan pangkat
sebagai Pengetua di SMK Lepar.


Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Rizma Saion.


Bacaan doa yang syahdu telah dibacakan
oleh Ustaz Mohd Izuddin b Che Ismail.

Ucapan Aluan dari En Wan Sayuti Wan Muhammad
bagi mewakili Kelab Staf SMKPB.

Kemudian Ucapan Perpisahan dari Yg Bhg Datin.
Pesanan dan amanat yang terakhir beliau
yang diselit dari pengalamannya sebagai guru
cukup memberi makna kepada yang mendengar.

Kemudian sesi penyampaian cenderahati.

Akhirnya seluruh pelajar dan guru-guru
bersalaman dengan Yg Bhg Datin.

Seluruh warga SMKPB cukup menghargai
segala sumbangan dan jasa bakti
yang telah Yg Bhg Datin
telah curahkan sepanjang perkhidmatan di SMKPB.
Jasa mu tetap kami kenang...
Juga ucapan tahniah diatas
jawatan baru sebagai pengetua nanti di SMK Lepar.

Thursday, February 18, 2010

Program Selangkah Tuju Puncak Menara


Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah
telah diadakan Program Melangkah Ke Menara Gading
untuk semua pelajar Pra Universiti.


Pelajar-pelajar telah mendapat sentuhan
dari Tn Hj Karim b Man, Pengetua SMK Paya Besar.


Moga semua bersemangat dan
bakal menjejak ke menara gading.

Ujian bulan Februari 2010


Selamat berjaya kepada
semua pelajar SMK Paya Besar
yang sedang menghadapi
Ujian Bulan Februai 2010 bermula
18 Februari 2010 sehingga 22 Februari 2010

SMKPB BOLEH!!!!

Friday, February 12, 2010

Majlis Ilmu


Majlis Ilmu hari ini berjalan lancar.
Pelajar-pelajar perempuan yang hadir
telah di hidangkan dengan penyampaian
yang telah disampaikan oleh
Pn Hjh Sh Faridah Hanim Tg Embong yang
bertajuk Nilai Hidup Menurut Islam.
Semoga tazkirah yang disampaikan
dapat menyedarkan pelajar tentang
matlamat hidup sebagai seorang Islam yang sebenar.

Majlis 'Pot Luck'

Walau sekadar majlis 'pot luck' tapi cukup bermakna
bagi meraikan perpisahan
YBhg Datin Hjh Fauziah bt Ismail, AAP.,
diatas perpindahan beliau yang dinaikkan
pangkat sebagai Pengetua di SMK Lepar.

Macam-macam hidangan yang disediakan....


Turut hadir Pn Hj Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.,
mantan pengetua SMK Paya Besar.

Masing-masing menjamu selera.


Kami menghargai segala usaha dan jasa
sepanjang Datin menabur bakti di SMKPB.
Kami disini mengambil kesempatan
memohon kemaafan sekiranya
ada melakukan sebarang kesilapan.

Jasa dan kenangan bersama mu
akan kami kenang sepanjang hayat...