Alhamdulillah, Majlis Solat Hajat PerdanaPMR, SPM & STPM 2010 dan Bacaan Yaasin
telah selamat dijalankan malam tadi di Masjid Al-Hidayah.
Majlis Solat Hajat bermula selepas Solat Maghrib.Diikuti dengan Majlis Bacaan Yaasin
dan diakhiri dengan Solat Isya' berjamaah.
Guru-guru juga ramai yang hadir.Ini menandakan guru-guru amat mengambil berat
tentang kejayaan pelajar-pelajar semua.
Semoga anak-anak pelajar semua dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan tenang nanti dan
membuahkan hasil yang cemerlang
serta memenuhi aspirasi yang unggul
untuk menjadi di kalangan 5 sekolah harian
terbaik di daerah Kuantan, insya'Allah.
Doa cikgu-cikgu sentiasa mengiringi
agar pelajar-pelajar SMK Paya Besar
berjaya di dunia bahagia di akhirat....
















































