Pages

Thursday, June 30, 2011

Mesyuarat Guru

 Mesyuarat semua guru telah diadakan 
di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh
Datin Hjh Ezizah bt Hj Hashim,
Pengetua SMK Paya Besar.
Mesyuarat antara lain membincangkan
persiapan Hari Pelaporan Akademik,
Pelancaran 1Murid, 1Sukan 1Malaysia peringat 
daerah Kuantan di padang SMK Paya besar, 
Sukantara dan Kejohanan Olahraga Sekolah 2011.
Kerjasama dan komitmen guru-guru amat 
diperlukan untuk bekerja dalam satu pasukan.

Bengkel Grafik Berkomputer

Bertempat di Makmal Grafik Berkomputer
telah diadakan bengkel animasi pada 
hari Khamis 30 Jun 2010 bermula jam 11:00 pagi.
Bengkel kerjasama antara Farba Resources dan
SMK Paya Besar bertujuan memberi pendedahan
kepada pelajar yang mengambil subjek elektif
grafik berkomputer berkaitan grafik dan animasi.
Semoga semua pihak mendapat manfaat.

Wednesday, June 29, 2011

Majlis Penutup Hari Koperasi & Karnival Kokurikulum 2011

 Menghampiri jam 1 tengahari pelajar-pelajar 
dikumpulkan di Dewan Multaqa' untuk 
majlis penutupan.
 Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan
oleh Datin Hjh Ezizah bt Hj Hashim,
Pengetua SMK Paya Besar.
 Adat bertanding ada yang menang dan 
ada yang kalah....
Akhirnya pelajar-pelajar dihiburkan oleh
pasukan kompang yang memenangi 
pertandingan kompang.

Maka berakhirlah Hari Koperasi Sekolah
dan Karnival Kokurikulum untuk tahun 2011.
Semoga aktiviti yang dijalankan dapat menarik
minat pelajar untuk menjadi usahawan
satu hari nanti.

Pertandingan di Hari Koperasi & Karnival Kokurikulum 2011

Selain dari jualan beberapa 
pertandingan telah dijalankan.
Di bengkel ERT sibuk pertandingan memasak.
 Hasilnya nampak lazat-lazat belaka...
 Barisan juri yang bijaksana.
 Di Dataran Ilmu berlangsung 
pertandingan gubahan kain.
 Tengok hasil kreatif guru dan pelajar.
 Persaingan sengit tu.... sukar juri nak buat pilihan....
 Di Dewan Multaqa' berlangsung 
pertandingan nasyid dan kompang.
 Hakim yang bertugas.
 Mendapat sambutan hangat penonton.
 Huhu... tak berganjak menonton...
 Kat padang apa lagi kalau bukan futsal....
 Pengurus pun bersemangat....
Akhirnya dibawah kehangatan terik mentari...
peserta petanque bertanding.
Kalah atau menang bukan pertaruhan
tapi semangat bertanding diutamakan....

Aktiviti Hari Koperasi dan Karnival Kokurikulum 2011

 Pameran Grafik Berkomputer.
 Helo2x pun ada... dapat topup free ke???
 Jualan kuih.
 Jualan aksesori wanita...
 Mari melabur... kaunter PNB pun ada...
 Sambil tu boleh buat pemeriksaan doktor...
Kesihatan mesti diambil berat...
 Kuih muih di gerai 5 Adil.
 Jualan kraftangan.
 Murah... murah... tupperware pun ada...
 Ahli Pandu Puteri yang kreatif...
 Huhu... bergaya lah nanti...
 Teacher Ju with her gift shop...
Nak jadi jurujual mana boleh malu....

Hari Koperasi Sekolah dan Karnival Kokurikulum 2011

Hari Koperasi Sekolah dan Karnival Kokrikulum 2011
telah berjalan dengan meriah dan lancar. 
 Semua pelajar dan guru berkumpul di Dewan Multaqa'
untuk majlis perasmian. 
Majlis telah diacarakan oleh Pn Roa'ani bt Mohamed
dan dimulakan dengan Bacaan Doa
oleh Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.
 Ucapan Aluan oleh Pegerusi Koperasi SMK Paya Besar
 Datin Hjh Ezizah Hj Hashim, AMP
Pengetua SMK Paya Besar.
 Perutusan-perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia,
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
dan Yang Dipertua ANGKASA telah dibaca 
oleh wakil pelajar.
 Ucapan Perasmian oleh En Hassan b Muhammad
Pengerusi JKKK Kg Razali yang mewakili
Tan Sri Hj Abd Rashid b Hj Ab Rahman, PSM, SSAP, 
SIMP, DSAP, PJN, SMP, KMN, AMN, PPN, PJK
Pengerusi Koperasi Kawasan Paya Besar.
 Pelajar dihiburkan dengan persembahan multimedia.
 Penyampaian hadiah kepada Koperator Terbaik
dan cabutan Kopun Pelanggan Koperasi Bertuah
kepada pelajar.
 Guru-guru pun bertuah juga....
 Nyanyian lagu Semangat Koperasi oleh
Koperator dan pelajar.
Acara menanam pokok telah diadakan
di perkarangan taman makmal ICT. 

Apa istimewa Hari Koperasi ni?
Pastinya pameran, jualan dan pertandingan.
Laporan akan menyusul nanti.

Tuesday, June 28, 2011

Mesyuarat Kurikulum ke 3

Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah
berlangsung mesyuarat kurikulum ke 3
yang melibatkan semua Ketua Bidang,
Ketua Panitia dan Penyelaras Tingkatan.
Mesyuarat membincangkan postmortem
Peperiksaan Pertengahan 2011 disamping
merancang strategi bagi peningkatan akademik
untuk menghadapi peperiksaan percubaan
dan peperiksaan sebenar nanti.

Monday, June 27, 2011

Perhimpunan Isnin 27 Jun 2011

 Perhimpunan pagi Isnin 27 Jun 2011 berjalan lancar.

Laporan guru bertugas En Abd Jabar Abd Rahim.
1.  Memaklumkan kebersihan tandas lelaki
tidak memuaskan.
2.  Memberi amaran pelajar untuk tidak berada
di tempat yang pelajar tidak boleh berada 
seperti di belakang bangunan sekolah.
3.  Menasihati pelajar berkaitan kekemasan diri
terutama pakaian dan rambut.
4.  Kelas terbersih ialah 3 Amanah dan 5 Saksama.
5.  Mengingatkan kembali pelajar yang bermotosikal
agar memakai topi keledar dan 
mempunyai cukai jalan yang sah.

Ucapan guru bertugas En Adnan Mamat.
1.  Mengumumkan Hari Koperasi Sekolah
dan Karnival Kokurikulum yang akan 
diadakan pada hari Rabu 29 Jun 2011.
 Ucapan oleh En Daeme, Guru Disiplin SMK Paya Besar.
1.  Mengingatkan pelajar agar memakai topi keledar
dan mempunyai lesen serta mengambil 
langkah-langkah keselamatan agar 
kemalangan dapat dielakkan.
2. Menasihat pelajar agar sentiasa mengawal
disiplin diri agar tidak terlibat dengan kes-kes
seperti mencuri, ponteng atau masalah sosial lain.
3.  Memaklumkan pelajar tidak dibenarkan
makan di pondok ilmu ketika waktu rehat.

Ucapan oleh Pn Zalina Zainal Abidin
GPK Pendidikan Khas.
1.  Menjelaskan Visi dan Misi Pendidikan Khas.
2.  Memaklumkan Pertandingan MTQ 
Pendidikan Khas peringkat Daerah Kuantan
akan diadakan pada Selasa 5 Julai 2011.
Kecemerlangan Pendidikan Khas
Kegemilangan Bersama.
 Ucapan oleh En Anuar, Setiausaha Kokurikulum.
1.  Memaklumkan Hari Koperasi Sekolah dan
Karnival Kokurikulum 2011 yang akan diadakan
pada hari Rabu 29 Jun 2011.  Gerai Bazar Jualan
masih lagi dibuka untuk tempahan.
2.  Kehadiran pelajar untuk latihan rumah sukan
tidak memuaskan.  Menasihati pelajar untuk hadir.
Latihan rumah sukan untuk minggu ini
berjalan seperti biasa iaitu 
hari Selasa - Rumah Merah & Biru
hari Khamis - Rumah Kuning & Hijau.
3.  Memaklumkan Larian Serentak 
1Murid, 1Sukan, 1Malaysia akan diadakan
pada hari Sabtu 2 Julai 2011.  Pendaftaran
bermula seawal jam 6.30 pagi.
Ucapan oleh En Hasbullah Abd Latif.
1.  Menasihati pelajar agar mengambil iktibar
atas nasihat-nasihat disiplin yang diberikan.
2.  Dari aspek kebersihan menasihati pelajar
agar lebih bertanggungjawab berkaitan
kebersihan kelas masing-masing.
3.  Mengumumkan tentang pencapaian akademik
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.
Secara keseluruhan keputusan kurang memuaskan.
Menasihati pelajar agar pelajar berusaha
bersungguh-sungguh lagi untuk penggal dua ini.

Friday, June 24, 2011

Pesta Buku

 Pesta Buku sedang berlangsung di Dewan Multaqa'
SMK Paya Besar dengan menawarkan
harga buku potongan sehingga 20%.
Guru, pelajar dan mereka yang tinggal 
persekitaran sekolah boleh hadir beramai-ramai.
Jadikan membaca amalan budaya kita.