Sempena bulan Ramadhan yang bakal datang, pihak Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Ihya Ramadhan.
Antara objektif Program Ihya Ramadhan ialah :
1. Melahirkan generasi pelajar yang suka membaca Al-Quran.
2. Menggalakkan guru dan kakitangan untuk melipat gandakan sifat dermawan dan saling membantu antara satu sama lain.
3. Menghidupkan siang hari Ramadhan dengan amalan sunat yang amat dituntut.
Diantara aktiviti yang akan dianjurkan ialah
1. Tadarus Al-Quran untuk guru dan pelajar. Tadarus quran pelajar akan dilaksanakan ketika waktu subjek Pendidikan Islam.
2. Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Hari raya akan diadakan pada 24 Ramadhan. Untuk makluman semua, pihak sekolah akan menyediakan ganjaran kepada pelajar yang berjaya khatam semua surah Al-Quran secara individu sepanjang bulan Ramadhan. Jadi kepada pelajar yang berkeinginan menyahut cabaran Khatam Al-Quran secara individu, sila beri nama kepada guru Pendidikan Islam kelas masing-masing selewat-lewat Jumaat ini.
3. Majlis Ilmu untuk pelajar perempuan akan bermula jumaat ini pada pukul 12.00 tengahari di surau. Cenderahati akan diberikan kepada pelajar yang menghadiri Majlis Ilmu sepanjang bulan Ramadhan ini.
Jadi sama-samalah kita menghidupkan bulan Ramadhan ini. Terima kasih.
Wednesday, July 27, 2011
Tuesday, July 26, 2011
Seminar Fizik SPM 2011
Telah berlangsung Seminar Fizik SPM 2011
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.
Seminar telah melibatkan penyertaan pelajar
seramai 107 orang dari SMK Paya Besar,
SMK Sg Isap, SMK Seri Damai
dan SMK Lepar Hilir.
Penceramah Pn Akmar Abd Rashid
Guru Cemerlang Fizik dari SMK Beserah.
Penceramah En Mohd Khairul Anuar b Mustafa
Guru Cemerlang Fizik dari SMK Seri Mahkota.
Semoga pelajar mendapat manafaat sebagai
persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2011.
Monday, July 25, 2011
Perhimpunan Isnin 25 Julai 2011
Perhimpunan di pagi Isnin berjalan lancar.
Laporan Guru Bertugas Pn Noraini Mohd Nor.
1. Menasihati pelajar untuk datang awal kesekolah
kerana bilangan pelajar datang lewat makin bertambah.
2. Menegur pelajar agar sama-sama menjaga
kebersihan di kantin pada waktu rehat.
3. Disiplin seperti kekemasan pakaian perlu
dipertingkatkan.
Ucapan guru bertugas minggu ini
oleh Pn Norihan TV Ahamed.
1. Seminar STPM pelajar prauniversiti di Yayasan Pahang
akan bermula hari ini.
2. Pelajar pendidikan Khas yang akan ke
Pertandingan MTQ peringkat Kebangsaan
di Port Dickson bermula 25 - 28 Julai 2011.
3. Pelajar tingkatan 3 akan menghadapi
Ujian 2 pada 27 - 29 Julai 2011.
4. Pesanan Ustazah kepada anak-anak pelajar
SMK Paya Besar agar tidak meninggalkan solat
dan sentiasa menjaga adab dan akhlak.
Kelas terbersih untuk minggu ini ialah
2 KAA dan 5 Syumul.
Turut disampaikan sijil kepada pelajar
Nur Asilah Abd Karim kerana telah
menyertai Perkhemahan Pengakap
di Camp Chalermphrakiat, Trang Province, Thailand
dengan jayanya pada 11 - 15 Julai 2011 yang lalu.
En Mohamed b Che Ibrahim GPK HEM SMK Paya Besar
melancarkan penggunaan Vest untuk pelajar
berurusan luar dari bilik darjah.
Setiap kelas dibekalkan 2 vest dan pelajar hanya
dibenarkan berada di luar kelas jika memakai vest.
Diharapkan ini dapat mengurangkan bilangan
pelajar keluar kelas tanpa izin guru.
Penyampaian hadiah juga diberikan kepada
pelajar yang menyertai acara jemputan
sempena hari sukan di beberapa sekolah sekitar
pada hari Ahad yang lalu. Tahniah kerana semua
'team' yang dihantar memenangi pingat
Johan dan Gangsa.
Turut diperdengarkan ialah tazkirah ringkas
berkaitan Menyambut Ketibaan Ramadhan
yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Izuddin.
Friday, July 22, 2011
Majlis Ilmu
Majlis ilmu khas untuk pelajar perempuan
berjalan seperti dirancang di Surau Al-Hikmah
jam 12.00 tengahari. Penyampai hari ini
ialah Pn Melati Abdul Wahab yang
membicarakan tentang raamdhan.
Thursday, July 21, 2011
Mesyuarat Kewangan Sekolah
Mesyuarat Kewangan Sekolah telah diadakan
di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh
Yang Berbahgia Datin Hjh Ezizah bt Hj Hashim,
Pengetua SMK Paya Besar.
Pengurusan kewangan yang cekap dan beramanah
melancarkan program-program kecemerlangan
pelajar demi kemajuan sekolah.
Perjumpaan Khas Pelajar Tingkatan 3, 5 dan Prauniversiti
Pagi ini semua pelajar Tingkatan 3, 5 dan Prauniversiti
telah dikumpulkan dalam Dewan Multaqa'
dalam Perjumpaan Khas Pelajar bersama
Puan Pengetua dan GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
Pertemuan merupakan follow up dari
Program Solat Hajat dan Ceramah yang
telah diadakan semalam.
Pelajar cuba di 'Mind Setting' agar lebih bersedia
untuk menghadapi Peperiksaan PMR, SPM dan STPM
tidak beberapa bulan sahaja lagi.
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!
Wednesday, July 20, 2011
Majlis Solat Hajat Perdana PMR, SPM, STPM 2011
Solat Hajat Perdana PMR, SPM dan STPM 2011
telah diadakan lebih awal untuk tahun ini.
Guru, pelajar dan ibu bapa hadir seawal jam 6.45 PM.
Ketibaan YB Dato' Hj Shafik Fauzan b Sharif
yang merupakan imam untuk solat hajat malam ini.
Alhamdulillah, ibu bapa dan pelajar yang hadir
memenuhi Dewan Multaqa'.
Selesai solat Ucapan Aluan ringkas dari YB Dato'.
Turut memenuhi acara malam ini ialah
Ceramah Keibubapaan yang telah disampaikan
oleh YM Raja Ismail b Raja Shahadan.
Alhamdulillah satu ceramah yang begitu
menyentuh hati yang mendengar.
Semoga semua pelajar mendapat keinsafan......
Program Motivasi PMR
Hari ini semua pelajar tingkatan 3 berkumpul
di Surau Al Hikmah dalam satu
Program Motivasi PMR.
Progran anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling
mendapat kerjasama dari Penceramah MSU.
Pengisian program merangkumi Pengurusan Stress
dan Pengurusan Masa.
Semoga pelajar tingkatan 3 mendapat
manafaat dan lebih besedia untuk
menghadapi Peperiksaan PMR dengan
penuh keyakinan.
Sunday, July 17, 2011
Majlis Penutupan Hari Kejohanan Olahraga dan Balapan SMK Paya Besar 2011
Yang mula pasti berakhir...
Pelajar-pelajar berkumpul untuk Majlis Penutupan
Kejohanan Olahraga & Balapan
SMK Paya Besar.
Penyampaian hadiah oleh Yg Berbahgia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
TAHNIAH kepada pemenang-pemenang....
Johan Perbarisan Terbaik dimenangi oleh
Kontinjen Rumah BIRU.... dan Naib Johan
oleh Kontinjen Rumah HIJAU.
Johan Perbarisan Unit Uniform dimenangi oleh
Kontinjen Kadet Polis dan
Naib Johan oleh Kontinjen JPA3.
Johan Khemah Tercantik dimenangi oleh
Rumah BIRU dan Naib Johan oleh Rumah MERAH.
Olahragawan & Olahragawati Sekolah.
Ucapan penutup oleh Yang Berbahgia Datin.
Menang dan kalah bukan ukuran yang
penting semangat kesukanan tersemai....
Upacara menurunkan Bendera Kejohanan dan
diserahkan kepada Puan Pengetua.
"Hip, hip hooray...3x..."
Labels:
Sukan
Corat Coret Sukan III
Julung-julung kalinya diadakan pertandingan tarik tali.
MERAH the RED WARRIORS....
WIRAWATI-WIRAWATI HIJAU....
Pertandingan bermula dengan pelajar perempuan.
Taklimat oleh En Wan Sayuti.
Penyokong-penyokong merah...
1, 2, 3.... PONNNN.............
MERAH yang tak pernah putus asa....
Walaupun kemenangan berpihak pada HIJAU....
Acara lelaki pula bermula...
1, 2, 3.... PONNNNN....
Giliran HIJAU pula bertahan....
MERAH cuba untuk merebut JUARA....
Akhirnya MERAH berjaya menjadi JUARA.....
Dan ini acara untuk kanak-kanak....
Apa lagi kalau bukan rebut gula-gula....
Amboi... ramainya....
Sedia 1, 2, 3.... lariiiiiii.......
Tu dia... berasak-asak, jangan ada yang lemas sudah...
Begitulah berlalu beberapa acara yang
menceriakan hari kejohanan sukan SMKPB.
Labels:
Sukan