Pages

Sunday, November 20, 2011

TARIKH PENTING!!!

27 Disember 2011- SELASA
(8:30 AM) :
MESYUARAT GURU PERTAMA TAHUN 2012
(11:30 AM) :
MESYUARAT PENDAFTARAN TINGKATAN 1
28 DISEMBER 2011 - RABU
(8:30 AM) :
LADAP - AMALAN 5S
(11:00 AM) :
AMALI DI TEMPAT MASING-MASING
29 DISEMBER 2011 - KHAMIS
(8:30 AM) :
MESYURAT PANITIA
30 DISEMBER 2011 - JUMAAT
(7:30 AM) :
PENDAFTARAN SEMULA 
TINGKATAN 2, 3, 5 dan PRAUNIVERSITI
31 DISEMBER 2011 - SABTU
(8:30 AM) :
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2012

4 JANUARI 2012 - RABU
SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA

Saturday, November 19, 2011

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI KEPADA
SEMUA PELAJAR DAN GURU....

MANAFAATKAN CUTI ANDA
DENGAN MELAKUKAN 
AMALAN YANG BERFAEDAH...

Thursday, November 10, 2011

Majlis Restu Ilmu SPM & STPM 2011

 Majlis Restu Ilmu untuk semua pelajar
Tingkatan 5 & Prauniversiti telah diadakan
di Dewan Multaqa'.
 Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Hjh Kamriah Jusuh.
Bacaan Doa telah dibacakan oleh
Ustaz Mohd Izuddin diikuti dengan
ucapan wakil pelajar dan guru.
 Nasihat dan amanat oleh Yg Berbahgia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
 Semoga anda semua dapat melakukan yang terbaik.
Doa guru sentiasa mengiringi kejayaan anda....

SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!!

Wednesday, November 9, 2011

Program Ketahanan MInda

 Ceramah Ketahanan Minda telah diadakan
melibatkan semua pelajar tingkatan 3 & 4.
 Kusyuk mendengar....
Semoga semua pelajar mendapat manafaat.

Pahang kuasai anugerah kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011

Pahang kuasai anugerah kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011


SEBAHAGIAN penerima anugerah bergambar kenangan selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan kokurikulum Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 3 Nov. - Sekolah-sekolah di Pahang mendominasi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Kementerian Pelajaran yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Lama (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Pelajarnya membolot empat anugerah individu dan berkumpulan serta memenangi tiga tempat teratas sebahagian besar kategori yang dipertandingkan selain tokoh gurunya, Abd. Muin Othman diiktiraf sebagai penerima Anugerah Juri bersama bekas Pengarah Pelajaran Sarawak, Datuk Dr. Julaihi Bujang.
Noraziman Mohd. Sakri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, Pekan, dinobatkan sebagai Murid Cemerlang kategori Sekolah Rendah Lelaki, manakala Muhd. Azrul Anuar Mohd. Hoe dan Norain Nazifah Shaedon dari SK Pendidikan Khas Kuantan, masing-masing mengungguli Murid Cemerlang (Pendidikan Khas Sekolah Rendah).

Tunas Kadet Remaja SK Perantau Damai, Rompin pula dinobatkan sebagai Pasukan Badan Beruniform Cemerlang kategori Sekolah Rendah.

Sementara itu, SK Ulu Lubai, Limbang yang pernah mencipta sejarah sebagai sekolah pedalaman pertama diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Februari lalu sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila merangkul tempat kedua bagi kategori Sekolah Rendah Luar Bandar Cemerlang.

Tempat pertama kategori itu dimenangi SK Tengku Ampuan Intan, Terengganu manakala SK Permatang Tok Mat, Pulau Pinang di tempat ketiga.

SUMBER : http://www.utusan.com.my

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011

 Pasukan Pandu Puteri SMK Paya Besar
telah membanggakan sekolah kerana dinobatkan
sebagai Naib Johan Pasukan Badan Uniform
kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Kebangsaan 2011 anjuran Kementerian Pelajaran
yang diadakan di Sarawak.
 Tahniah kerana telah mengharumkan nama sekolah.
Kecemerlangan untuk semua.
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!

Wednesday, November 2, 2011

Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru 2011

 Majlis Jamuan Akhir Tahun guru-guru
telah diadakan dalam suasana
penuh sederhana tapi meriah.....
 Kehadiran guru-guru dan staf-staf SMK Paya Besar
memeriahkan lagi majlis.
 Menikmati hidangan yang menyelerakan...
 Sambil makan bergurau senda....
 Bacaan doa dan ucapan oleh
Datih Hjh Ezizah Hj Hashim 
Pengetua SMK Paya Besar.
 Menjamu selera....
 Persembahan istimewa...
 Beramah mesra...
Sambil menunggu cabutan bertuah....
 Penerima Anugerah Khas....
 Cabutan bertuah....
 Pulang dengan hadiah lumayan...
Masing-masing senyum sampai ke telinga....
 Seronok dapat hadiah....
 Opppsss..... ada orang naik pentas 2x ke....
 Akhir... dapat double bonus....
Pertemuan yang mengeratkan persaudaraan.
Semoga teamwork yang ada dapat
memajukan pendidikan anak-anak bangsa....