Pages

Friday, January 20, 2012

Ceramah Bina Insan

Hari ini telah diadakan Ceramah Bina Insan
yang bertajuk Pengukuhan Aqidah Menerusi 
Mukjizat Sains Dalam Al-Quran di Dewan Multaqa'.
Ceramah telah disampaikan oleh 
Prof. Madya Dr. Mohd Arif b Hj Kasmo,
Pensyarah Pengajian Am dari 
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ceramah bertenaga cuba membawa pelajar
menyakini Al-Quran sebagai mukjizat dari Allah swt.
Semoga Allah swt memelihara pelajar-pelajar
SMK Paya Besar dengan diberi kefahaman
yang kukuh setelah mendengar ceramah tersebut. 

Wednesday, January 18, 2012

Perhimpunan Rabu 18 Januari 2012

 Perjumpaan Kokurikulum berjalan lancar.
Hari ini telah diadakan perjumpaan bagi unit beruniform.
Pelajar-pelajar mengadakan mesyuarat agung pertama. 
Sepakat dan bersatu hati...

Friday, January 13, 2012

Mesyuarat Agung Rumah Sukan

 Aktiviti kokurikulum 2012 membuka tirai dengan 
perjumpaan pelajar dalam mesyuarat agung
rumah sukan yang berlangsung di Dewan Terbuka,
Kantin Sekolah dan Dewan Multaqa'.
 Pelajar bersemangat untuk menjadi juara rumah sukan
untuk sesi 2012.
 Pelajar rumah merah paling bersemangat
untuk cuba mengekalkan kejuaraan bagi tahun ini.....
 Semoga semangat yang dipamirkan dapat
melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas.

1MURID 1SUKAN!!!

Majlis Bacaan Yaasin

Di pagi Jumaat yang hening pelajar
memenuhi Dewan Multaqa'.
Bergema dewan apabila surah Yaasin
dibaca oleh pelajar dan guru.

Wednesday, January 11, 2012

Ceramah Motivasi

Ceramah motivasi berkaitan halatuju pelajar
telah diberikan kepada pelajar tingkatan 4 & 5
bertempat di Dewan Multaqa'.
Ceramah telah disampaikan oleh
En Idahar bin Zulkuply dari 
Vertical Leading Solutions.
Semoga semua pelajar yang mendengar
mendapat manafaat.

Perhimpunan Rabu 11 Januari 2012

 Perhimpunan Kokurikulum berjalan dengan baik.
Pada hari ini telah diadakan penyampaian hadiah
kepada pelajar pendidikan khas yang telah 
mendapat anugerah peserta terbaik 
sempena perhimpunan pengakap pelajar-pelajar
pendidikan khas baru-baru ini.
Kemudian diikuti dengan Majlis Perlantikan MPP
bagi pelajar Prauniversiti sesi 2011/2012.

Monday, January 9, 2012

Pemuafakatan Bestari

Pemuafakatan Bestari guru-guru berjalan
di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Semua guru-guru mendengar maklumat terkini
aktiviti sekolah dari Puan Pengetua dan semua GPK.

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4

Hari ini bermula Program Orentasi untuk 
pelajar tingkatan 4.  Pelajar berkumpul 
di Dewan Multaqa mendengar taklimat
bagi persediaan menjalani persekolahan
sebagai pelajar menengah atas.

Perhimpunan Isnin 9 Januari 2012

 Perhimpunan pagi Isnin berjalan seperti dirancang.
 Tidak jemu-jemu nasihat diberi kepada pelajar.
 Budaya memberi salam, budaya berpakaian kemas
dan budaya mencatat mestila sentiasa diamalkan.
Pelajar yang berdisiplin mampu 
memberi keputusan akademik yang baik.

Friday, January 6, 2012

Majlis Bacaan Yaasin

Majlis Bacaan Yaasin berjalan lancar.
Pelajar memenuhi Dewan Multaqa' 
di pagi Jumaat yang penuh berkat memohon
 kesejahteraan, dibersihkan hati
dan dihiasi dengan akhlak terpuji....

Thursday, January 5, 2012

Mesyuarat Post Mortem PMR 2011

Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 telah
diadakan di Bilik Gerakan Siti Khadijah
yang melibatkan Ketua Panita dan guru
mata pelajaran Tingkatan 3.
Strategi dan tindakan diatur agar dapat
membantu pelajar menambahbaik
keputusan peperiksaan PMR 2012.

BERITA SEMASA : Jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam Mungkin Diperluaskan

Jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam Mungkin Diperluaskan
KANGAR, 5 Jan (Bernama) -- Jawatan guru penolong kanan pendidikan Islam yang kini hanya wujud di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) mungkin diperluaskan ke sekolah harian tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran kini masih mengkaji keperluan itu dan jika didapati sesuai, ia akan dilaksanakan di sekolah harian yang mempunyai kelas aliran agama (KAA).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) seluruh Perlis di sini Khamis, katanya kajian itu membuktikan kesungguhan kerajaan memartabatkan pendidikan Islam di sekolah harian.

Mohd Puad juga berharap lebih banyak SAR dan Sekolah Agama Negeri (SAN) mendaftar sebagai SABK untuk membolehkan mereka menerima bantuan yang lebih sempurna daripada kerajaan.

Pada masa ini, sebanyak 169 daripada 247 SAR telah mendaftar sebagai SABK manakala bagi SAN hanya 77 daripada 472 sekolah yang mendaftar.

Beliau berkata, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada SABK untuk kerja-kerja menaik taraf pembaikan dan jumlah itu tidak termasuk bayaran gaji kakitangannya.

Menurutnya jika SAR dan SAN mendaftar sebagai SABK, sudah pasti sekolah-sekolah itu akan menikmati kemudahan peruntukan itu.

Beliau percaya SAR dan SAN bimbang untuk mendaftar sebagai SABK dengan alasan kurikulum di sekolah mereka akan dikawal kerajaan.

Pada majlis itu, Mohd Puad menyampaikan bantuan sebanyak RM1.24 juta kepada lapan SMKA dan SABK dan RM1.3 juta kepada enam SAR, dari seluruh Perlis.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

-- BERNAMA

SUMBER : http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=638087

CURRENT NEWS : 50 U.S. English Teaching Assistants Arrive

50 U.S. English Teaching Assistants Arrive

KUALA LUMPUR, Jan 4 (Bernama) -- The latest group of 50 Fulbright English teaching assistants arrived here Wednesday to begin a 10-month assignment at schools across Terengganu, Johor and Pahang.

The U.S. Embassy said in a statement the English teaching assistants of ETAs would enrich and enhance English instruction in secondary schools by providing native speakers as models who can also offer information and insight into American society and culture.

"The ETAs will contribute by organising extra-curricular clubs and activities to be conducted in English. The ETAs will also gain a deep understanding of Malaysian culture by living and working in towns and cities throughout the states of Terengganu, Johor and Pahang," it said.

According to the statement, the objective of this programme is to fulfill the Fulbright programme goal of increasing mutual understanding between Americans and other peoples of the world in order to foster world peace.

The ETA programme has tripled this year based on the shared commitment of U.S. President Barack Obama and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to expand people-to-people exchange programmes between the United States and Malaysia.

The programme is administered jointly by the Malaysian-American Commission on Educational Exchange (Macee) and the Ministry of Education.

"The ETAs come from universities throughout the U.S. and represent a wide variety of major fields and will be assigned to primary and secondary schools in every district of the states of Terengganu, Pahang and Johor.

-- BERNAMA
SUMBER :  http://education.bernama.com/index.php?sid=news_content&id=637965

Wednesday, January 4, 2012

Sesi LDK Pelajar Tingkatan 4

 Pelajar tingkatan 4 memulakan sesi persekolahan
dengan menjalani ujian diagnostik.  
Selesai ujian pelajar berkumpul di Dewan Terbuka
untuk menjalani sesi LDK.
LDK dikendalikan oleh Pn Sakinah Abd Latif
Guru Kaunselor Cemerlang SMK Paya Besar.

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1

 Pelajar-pelajar tingkatan 1 sedang menjalani
Program Orientasi di Dewan Multaqa'.
Program dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling
SMK Paya Besar.
Antara aktiviti hari ini pelajar mendengar
ceramah berkaitan pusat sumber oleh
Cik Nita Nor Azrina Ismail.

Perhimpunan Isnin 4 Januari 2012

 Perhimpunan pagi Isnin 4 Januari 2012
membuka tirai sesi persekolahan 2012.
Pelajar-pelajar yang hadir dengan penuh 
bersemangat berkumpul di Dewan Multaqa'.
 Ucapan En Daeme Abu Bakar Guru Disiplin.
Beliau mengingatkan kembali pelajar
tentang peraturan sekolah, kekemasan pelajar,
kehadiran awal ke sekolah, penggunaan kenderaan
bermotor, penggunaan jejantas dan ponteng.

Ucapan Pn Zetty Azikin Ismail Guru SBPT.
Beliau memaklumkan buku teks telah diedarkan
pada hari pendaftaran.  Pelajar diingatkan agar
membalut buku tersebut dan menjaganya dengan baik.
 Pelajar dilarang meninggalkan buku di kelas
selepas tamat kelas.  Jika tidak buku tersebut
akan dirampas dan pelajar akan dikenakan denda.
 Ucapan Pn Sakinah Abd Latif guru bertugas
untuk minggu ini.  Beliau memaklumkan
Program Orientasi pelajar tingkatan 1 
akan diadakan pada 4 - 6 Januari dan 
Program Orientasi pelajar tingkatan 4
akan diadakan pada 9 - 11 Januari.
Beliau juga menasihati pelajar agar mengamalkan
budaya mencatat, budaya salam dan
budaya berpakaian kemas.

Ucapan En Ahmad Rahimee Yusuff GPK Kokurikulum.
Beliau mengingatkan pelajar agar berpakaian
unit beruniform lengkap pada setiap hari Rabu.
Pelajar dilarang memakai T-shirt Kokurikulum
atau T-shirt uniform.  Pelajar juga diingatkan agar
mempunyai Buku Rekod Kokurikulum dan 
diisi setiap kali perjumpaan Kokurikulum diadakan.
Ucapan Yang Berbahagia Datin Hjh Ezizah Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau mengucapkan tahniah kepada
pelajar PMR 2011 yang lulus dengan cemerlang.
Pelajar diingatkan agar tidak ponteng dan
menjaga keceriaan kelas.

Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPADA GURU & PELAJAR
SMK PAYA BESAR
KE SESI PERSEKOLAHAN 2012.