Pages

Monday, July 30, 2012

Program PERHATI 2012

 Satu perjumpaan antara pelajar PERHATI, 
ibu bapa, guru kaunselor dan Pentadbir
telah diadakan di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Ibu bapa dan pelajar dimaklumkan tentang
harapan program diadakan agar dapat
memotivasikan pelajar untuk cemerlangg
di Peperiksaan SPM 2012 nanti.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kibarkan Jalur Gemilang 2012

 Berlangsung di Dewan Multaqa'
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan &
Kibarkan Jalur Gemilang 2012
Peringkat SMK Paya Besar.
 Kehadiran Tokoh Sejarah Dato' Yaakub bin Isa.
Tayangan Video Kemerdekaan.
 Ceramah oleh Tokoh Sejarah Dato' Yaakub bin Isa.
 Ucapan Perasmian oleh YBhg Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
 Simbolik Pelancaran penyerahan Jalur Gemilang
kepada setiap wakil Tingkatan & Guru.
 Penyampaian cenderahati.
 Majlis berakhir dengan Nyanyian lagu-lagu Patriotik
KAMI ANAK MALAYSIA!!!!

Friday, July 27, 2012

Lawatan PPD Kuantan

Pihak SMK Paya Besar mengalu-alukan kedatangan
Tn Hj Karim Man, Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan,
beserta pegawainya diatas kehadiran ke SMKPB.
Alhamdulillah kerjasama dari pihak PPD dengan
sekolah amat baik sekali.

Program Ceramah Aman Palestine

 Selesai majlis Bacaan Yaasin satu ceramah Palestine
telah diadakan di Dewan Terbuka SMKPB
melibatkan semua pelajar.
 Ceramah telah disampaikan oleh En Mohd Sabri Muda
dari Aman Palestine Pahang.
Semoga mencetuskan kesedaran untuk membantu
saudara seislam di bumi Palestine.

Bengkel Persediaan Ramadhan

 Bagi memantapkan anak-anak pelajar menjalani
ibadah puasa di bulan Ramadhan ini satu 
Bengkel Persediaan Ramadhan telah diadakan
di Bilik Kuliah za'aba yang melibatkan 
pelajar tingkatan 1 Cekal, 1 Cerdik dan 1 Cerdas.
 Bengkel diuruskan oleh En Hilmi Mohd Nor
sukarelawan dari Briged Bakti Pahang.
Semoga pengetahuan dan amal pelajar tertingkat.

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat

 Majlis Bacaan Yaasin telah diadakan di Dewan Terbuka
melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 & 4.
Semoga rahmat Allah bersama seluruh warga SMKPB
lebih-lebih lagi barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Manakala pelajar kelas peperiksaan dari 
tingkatan 3, 5 dan 6 mengadakan solat hajat
di Surau Al-Hikmah.  Moga munajat diterima Allah.

Selesai majlis hari ini pelajar padat dengan aktiviti
Bengkel Persediaan Ramadhan & Ceramah Aman Palestine. 
Semoga mendapat ilmu yang  bermanafaat.

Wednesday, July 25, 2012

Perhimpunan Rabu 25 Julai 2012

 Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Pelajar mendengar nasihat dari guru bertugas
En Adnan Mamat.
 En Mohamed Che Ibrahim GPK HEM SMKPB
turut memberi makluman kepada pelajar
berkaitan program-program bina insan
sepanjang bulan Ramadhan termasuk
Majlis Ilmu, Bacaan Yaasin dan Solat Hajat.
 Turut diadakan majlis penyampaian hadiah 
kepada pelajar yang memenangi acara pertandinga
dalam Karnival KoKuria 2012.
Kejayaan yang membanggakan sekolah,
Mohammad Hafizudin B Mohd Nasri 
dari pelajar Prauniversiti SMK Paya Besar
yang memenangi pingat PERAK dalam
acara Lawn Bowls Triplets Lelaki dan
pingat GANGSA dalam acara 
Lawn Bowls Fours Lelaki 
di Kejohanan SUKMA baru-baru ini.

Semoga menjadi dorongan untuk rakan-rakan
pelajar lain untuk mengikuti jejak M Hafizudin.

Tuesday, July 24, 2012

Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012

 Di Dewan Multaqa' telah berlangsung
Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012.
Pelajar yang terlibat dari kelas 5 Saksama
dan pelajar-pelajar dari sekolah sekitar SMKPB.
 Penceramah seminar En Zulkifli Mahmood
Guru Cemerlang Kimia dari SMK Chini Timur.
Semoga seminar yang diikuti dapat membantu pelajar
sebagai persediaan untuk peperiksaan nanti.

Monday, July 23, 2012

Perhimpunan Isnin 23 Julai 2012

 Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Guru bertugas Pn Noraini Mohd Nor memberi laporan.
Kelas terbersih minggu ini ialah
6 Rendah 2 dan 1 Amanah.
 Tahniah kepada adik Alianazirah bt Ishak
kerana telah mendapat pingat Perak dalam acara
Air Pistol Women - Team di Sukan SUKMA 2012.
Turut memberi ucapan Ustazah Norihan Ahamed
yang memaklumkan kepada pelajar aktiviti-aktiviti
Ihya' Ramadhan untuk sepanjang Ramadhan.
Majlis diakhiri dengan ucapan dan nasihat
YBhg Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.

Program Ihya' Ramadhan 2012

Sempena bulan Ramadhan ini, 
pihak Panitia Pendidikan Islam & Bina Insan
akan mengadakan Program Ihya' Ramadhan.
Antara objektif Program Ihya' Ramadhan ialah
1.  Melahirkan generasi pelajar yang suka 
membaca Al-Quran.
2.  Menggalakkan guru dan kakitangan
untuk melipat gandakan sifat dermawan dan
saling membantu antara satu sama lain.
3.  Menghidupkan siang hari Ramadhan dengan
amalan sunat yang amat dituntut.

Di antara aktiviti yang dianjurkan ialah
  • Tadarus Al-Quran untuk guru dan pelajar.
  • Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Hari Raya 
akan diadakan ada 15 Ogos 2012.
Kepada individu pelajar yang berkeyakinan
dapat menghabiskan tilawah 30 juzuz Al-Quran
sebelum 15 Ogos.  Sila beri nama kepada guru
Pendidikan Islam kelas masing-masing 
selewat-lewatnya minggu pertama Ramadhan.
  • Majlis Ilmu Waktu Rehat.
  •  Bacaan Yaasin dan Solat Hajat setiap Jumaat.
  • Tazkirah Ramadhan setiap Rabu.
  • Ceramah Nuzul Al-Quran.
  • Bengkel persediaan Ramadhan khusus
untuk pelajar tingkatan 1.

Jadi sama-samalah kita menghidupkan 
Bulan Ramadhan ini.

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan untuk seluruh warga SMKPB.
Semoga teringkat amalan di bulan yang mulia ini.

Friday, July 20, 2012

Pemantauan Guru Praktikum

Kehadiran pensyarah UPSI membuat 
pemantauanguru-guru praktikum.  
Warga SMKPB mengalu-alukan kedatangan.

Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012

 Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 
telah diadakan di Dewan Multaqa'
yang melibatkan pelajar tingkatan 5.
 Penceramah ialah Pn Rashidah bt Derasid
dari SEMSAS Kuantan.
Semoga bermanafaat buat pelajar.

Majlis Bacaan Yaasin

Di pagi Jumaat penuh baraqah seluruh warga
SMKPB memenuhi Dewan Multaqa'
untuk Majlis Bacaan Yaasin.
Semoga Allah memberi keberkatannya 
kepada seluruh yang hadir.

Thursday, July 19, 2012

Solat Hajat Perdana

 Solat Hajat Perdana PMR, SPM & STPM 2012
telah diadakan di Dewan Multaqa.
Majlis bermula seawal 6.30 petang dengan 
kehadiran ibu bapa dan pelajar.
 Kehadiran tetamu guru-guru dan ibu bapa.
 Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjamaah
diikuti dengan Solat Hajat.
 Para hadirin dihidangkan dengan ceramah motivasi
dari Ustaz Hamdan Yusi. Turut memberi ucapan
En Roslan Mansor, Timbalan NYDP PIGB SMKPB.
Selesai majlis tetamu menjamu selera makan malam.

Semoga Allah memberi kejayaan dunia dan akhirat 
kepada semua anak-anak pelajar SMK Paya Besar.