Pages

Sunday, December 30, 2012

LADAP 1/2013

Jawatankuasa Pengurusan & Pengoperasian
Program latihan Dalam Perkhidmatan,SMK Paya Besar
telah berjaya menganjurkan satu Program LADAP kepada 
semua guru dan kakitangan SMK Paya Besar.


Program LADAP ini telah dilaksanakan pada
26/12/2013 di Bilik Gerakan Siti Khadijah,
SMK Paya Besar, Kuantan


Tajuk yang dibincangkan ialah
Tatatertib Penjawat Awam. 
Disampaikan oleh En Johari Bin Mohd Salim,
Penolong Pengarah Unit Tatatertib
JPN Pahang


Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan 
SMK Paya Besar yang telah memberi kerjasama 
semasa program ini dijalankan.

Wednesday, December 19, 2012

TAHNIAH PMR 2012


Keputusan PMR 2012 akan diumumkan.
Semua pelajar tingkatan 3 yang hadir
menunggu dengan penuh debaran....



Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa 
diikuti oleh bacaan AlQuran.
Selepas itu ucapan oleh Naib Yang Dipertua PIBG
En Roslan B. Mansor.
Keputusan PMR telah
diumumkan oleh Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim.
Alhamdulillah peratus menguasai semua
mata pelajaran ialah 68.69 % dan GPS 2.72.
Terdapat peningkatan daripada
 keputusan PMR 2011
Seramai 10 orang pelajar 
telah mendapat Straight A's.  


Pelajar yang mendapat 9A

Pelajar yang mendapat 8A

Pelajar yang mendapat 8A 1B

Pelajar yang mendapat 7A 1B



 Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya
mendapat keputusan cemerlang PMR 2012.
Kejayaan anda menjadi semangat kepada
pelajar lain untuk turut sama berjaya dengan cemerlang


Kepada semua pelajar tingkatan 3
yang berjaya dengan cemerlang 
Tahniah diucapkan
Doa ibu bapa anda dan guru anda
telah dimakbulkan Allah.
Kepada yang lain-lain jangan berputus asa.
Anda masih lagi berpeluang untuk
 terus berjaya di masa hadapan. 
Masih jauh lagi perjalanan yang harus anda tempuh
Berusahalah dari sekarang...
Semestinya tiada istilah GAGAL
dalam kamus seorang pelajar.....

Sunday, December 16, 2012

Keputusan PMR 2012 akan diumumkan pada hari Rabu 19hb Disember 2012

Semoga pelajar-pelajar SMK Paya Besar akan beroleh kejayaan.Insyaallah.

_____________________________________________________________________________


PESANAN DRPD GURU PENYELARAS TINGKATAN 3
SMK PAYA BESAR, KUANTAN


UNTUK MAKLUMAN SEMUA CALON PMR 2012...
SILA HADIR KE SEKOLAH DENGAN BERPAKAIAN UNIFORM SEKOLAH DAN BERKASUT SEMASA MENDAPATKAN KEPUTUSAN PMR 2012 PADA 19 DISEMBER 2012 (RABU) NANTI. SLIP KEPUTUSAN BOLEH DIPEROLEHI MELALUI GURU KELAS MASING2 SELEPAS PUKUL 10.00 PAGI. W/BAGAIMANAPUN KEPADA PELAJAR YANG MASIH BERHUTANG SILA JELASKAN HUTANG ANDA ITU TERLEBIH DAHULU SEKIRANYA TIDAK MAHU SLIP ANDA DITAHAN. TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. GOOD LUCK SEMUA...



PESANAN DRPD GURU PENYELARAS SPBT
SMK PAYA BESAR, KUANTAN


 SESIAPA YANG MASIH TAK PULANG BUKU TEKS,SILA BERBUAT DEMIKIAN UNTUK MENGELAKKAN SLIP ANDA DITAHAN.
TERIMA KASIH.HARAP MAKLUM.