Pages

Thursday, February 28, 2013

Bacaan Yassin 1 Feb 2013


Di pagi Jumaat penghulu segala hari
bergema Dewan Multaqa' dengan 
Bacaan Surah Yaasin yang dibaca
beramai-ramai oleh pelajar dan guru.
Semoga mendapat keberkatan dan
kerahmatan dari Allah swt.

Perhimpunan Rabu 30 Jan 2013

Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Terbuka 
SMK Paya Besar Kuantan.



Pelajar mendengar laporan daripada Guru Bertugas
meminta supaya semua murid berhati-hati di jalan raya dan 
meminta murid yang menunggang basikal dan motosikal
supaya berhati-hati ketika berada di jalan raya
untuk mengelakkan berlakunya kemalangan

Pertandingan Membina Banting Kelab dan Persatuan

Pertandingan Membina Banting
Sempena Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah Tahun 2013
telah dijalankan pada 30 Jan 2013
di Dewan Terbuka.

Antara objektif diadakan pertandingan ini ialah
1.  Menghidupkan aktiviti Persatuan dan Kelab di bawah Unit Kokurikulum
2. Mengeratkan hubungan dan ukhuwwah sesama murid.
3.  Menggalakkan pelajar menjana idea yang kreatif melalui hasil
masing-masing.
4.  Mendorong kepada kemenjadian murid dari segi intelek dan emosi.


Antara Persatuan dan Kelab yang mengambil bahagian.


Peserta bertungkus lumus menyiapakan banting.




Bergembira setelah menyiapkan banting tetapi 
ada yang masih mewarna







Antara banting-banting yang telah disiapkan oleh
peserta-peserta.
Terima kasih kepada Persatuan Agama Islam
yang telah menganjurkan Pertandingan ini.

Perkongsian Bestari 28 Jan 2013

Perkongsian Bestari pada hari ini
diteruskan dengan LADAP.

Tajuk yang dibincangkan ialah

'LALUAN KERJAYA GURU DAN ISU-ISU
SEMASA DALAM PENDIDIKAN'
oleh

En Kamarozaman Abd Razak
Pengerusi NUTP / CUEPACS Pahang
Exco NUTP Malaysia
(Pengerusi Biro Kebajikan / AJK gaji / AJK Keahlian)

di Bilik Gerakan Siti Khadijah,
SMK Paya Besar, Kuantan
jam 3.00 petang


Banyak perkara yang dibincangkan. Antaranya
1.  Senario sebagai penjawat awam
2. Skim SBPA
3. SSM Baru (Sementara)
4. PROSPEK (Ganti PTK)
5. LNPT
6.  Isu Pertukaran dan Penempatan
7. Isu Perjawatan


Guru-guru khusyuk mendengar taklimat daripada 
penceramah

Wednesday, February 13, 2013

Gotong Royong 26 Jan 2013

Gotong Royong Peringkat sekolah
telah diadakan pada 26 Jan 2013.
Para pelajar membersihkan kelas masing-masing
dan mengecat dinding kelas
mengikut warna yang telah ditetapkan.
Terima kasih kepada pihak
PIBG SMK Paya Besar
kerana telah menyediakan cat dan juga kain
untuk ditampal pada papan kenyataan.




Terima kasih kepada semua guru dan pelajar
yang terlibat dalam gotong royong ini.

Saturday, February 9, 2013

Ceramah Maulidur Rasul Tahun 1434H/2013

Ceramah Maulidur Rasul 
Tahun 1434H / 2013
telah diadakan di Dewan Multaqa,
SMK Paya Besar sejurus selepas bacaan Yaasin
pada 25 Jan 2013.

Penceramah Jemputan ialah
En Mohd Razali Bin Maarof
Pensyarah Kolej Teknologi Darul Naim (KTD)
Kelantan

Tajuk yang dibincangkan ialah
'Andai Rasulullah SAW masih ada,
Agaknya Baginda suka tak kita.....?'


Penceramah bersama Pentadbir sekolah dan wakil dari HALUAN 


Pelajar kusyuk mendengar.


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Bacaan Yassin 25 Jan 2013




Di pagi Jumaat yang penuh barakah
pelajar-pelajar memenuhi Dewan Multaqa'
untuk Majlis Bacaan Yaasin.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi
hidayah dan nurNya kepada semuawarga SMK Paya Besar.

Monday, February 4, 2013

Perhimpunan Rabu 23 Jan 2013



Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Guru Penolong Kanan kokurikulum
mengucapkan terima ksih kepada 
semua pelajar yang mematuhi peraturan 
pemakaian Tshirt uniform unit  bersama 
seluar unit masing-masing.
Selain itu semua pelajar juga telah menyanyikan
3 buah lagu dengan penuh semangat.
Juga memaklumkan gotong royong akan 
diadakan pada 26 Jan 2013

Perkongsian Bestari 21 Jan 2013



Perkongsian Bestari melibatkan semua guru
telah di adakan di Bilik Gerakan Siti Khadijah.

Guru dimaklumkan perkara-perkara penting antaranya
1. SASUA - Prinsip kerja ke arah peningkatan akademik dan 
pembugaran PKKP Daerah Kuantan 2013
2.1 Murid 1 Semakan
3. Klinik 1 Maslah 1 Terapai (KIMIT) - kesediaan Mengubah
4. Program Meletak Tanda
5. "Switch Teaching"
6. "Headcount Coaching"

Friday, February 1, 2013

Perhimpunan Isnin 21 Jan 2013


Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Laporan dari guru bertugas yang sentiasa
memberi nasihat-nasihat positif kepada pelajar.


Turut memberi ucapan En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran.  Beliau mengingatkan pelajar
tentang tujuan datang ke sekolah
untuk menuntut ilmu.
Persiapan dari segi fizikal, jasmani, minda
dan peralatan perlu bagi setiap pelajar
di samping perlu mengikut semua peraturan
sekolah yang ditetapkan.


Selesai perhimpunan telah diadakan 
perhimpunan khas pelajar tingkatan 5
yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.


Banyak nasihat dan teguran diberi kepada pelajar agar
berubah sikap dan bersedia untuk menghadapi
peperiksaan SPM Pada akhir 
tahun ini.