Pages

Wednesday, October 2, 2013

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR)
KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 SMKPB.

SEMOGA SEMUA AKAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.


Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA
SEMUA WARGA SMK PAYA BESAR.

Monday, July 29, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013


Hari ini Peperiksaan Percubaan PMR 2013 bermula.
Selamat maju jaya kepada semua.
Terus berjuang hingga titisan terakhir,

Wednesday, July 24, 2013

Program Bual Bicara 24 Julai 2013

Program Bual Bicara sempena Ihya Ramadan
telah diadakan di Dewan Multaqa. Salah satu daripada 
Program Pengisian Ilmu di bulan mulia ini 
yang diselang seli dengan tayangan video.


Tajuk yang dibincangkan ialah
 "Hargailah Taufik dan Hidayah Allah SWT 
sempena Ramadhan Al Kareem"


Antara ahli Panel yang terlibat ialah
1. Pn Nurul Akma Foo Bt Abdullah
2. Ustaz Asmawi Bin Abu Bakar
(Pegawai Agama Islam Daerah Kuantan)
 dan Moderatornya ialah Ustaz Mohd Izuddin Bin Che Ismail.


Antara objektif diadakan program ini ialah
1. Memahami hidayah dan rahmat Allah SWT
2. Menginsafi diri dan mengharapkan hidayah dan rahmat Allah 
bersempena Bulan Ramadhan yang barakoh ini.
3. Memanfaatkan hidayah dan rahmat kurniaan Allah SWT 
dengan sebaik mungkin
4. Menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.

5 C yang dinyatakan oleh Ustaz Asmawi
1.  Cinta kepada Allah dan Rasul
2. Cinta kepada Ibu Bapa
3. Cinta kepada Guru
4. Cinta kepada Ilmu
5. Cinta kepada Kemenangan dan Persaingan

Kejayaan dan kegagalan kita semua terletak pada diri kita sendiri.
Teguhkan iman dan hargai masa muda.

Thursday, July 18, 2013

Perhimpunan Isnin 15 Julai 2013

Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Guru bertugas Pn Norehan Bt Tv Ahamed memberi laporan.
Kelas terbersih minggu ini ialah
5 Saksama dan 1 KAA.



Turut memberi ucapan ialah En Mohamad Bin Che Ibrahim, 
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid 
yang memperkenalkan guru baru bertukar, guru ganti dan 
guru-guru Praktikal dari UPSI kepada semua pelajar.
Selain itu mengingatkan pelajar bahawa setiap hari Rabu,
 pelajar perlu memakai pakaian unit uniform masing-masing dan
 tiada pelajar yang memakai Tshirt PJ.
Beliau juga memberi nasihat kepada pelajar agar sabar dalam 
setiap tindak tanduk yang dilakukan. Pihak sekolah juga 
akan membuat laporan polis atas sebarang bentuk 
pencerobohan di sekolah.  Selain itu meningatkan pelajar 
bahawa pemakaian Tie adalah wajib bagi setiap pelajar. 


SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA GURU PRAKTIKAL

Muhammad Nor Haika Bin Mohd Nor
Mohamad Safwan Bin Othman
Mohd zuhairy Bin Mohd Pakarudin
Nik Syarihah Bt Nik Muhamad Zin
Nur Syafiqah Bt Abd Kadir
Siti Fadhilah Bt Mohd Rasid
Akmazamira Bt Abdullah
Wan Fazrina Bt Wan Muhamed zain
Ain Atiqah Bt Azldin
Farah Liyana Bt Johari

Semoga dapat menimba ilmu yang bermanfaat di SMKPB.
Selamat Bertugas.....

Bacaan Yassin 12 Julai 2013



Majlis bacaan Yaasin berjalan lancar
di Dewan Multaqa SMK Paya Besar.
Semoga rahmat Allah bersama seluruh warga SMKPB
lebih-lebih lagi barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Tazkirah Ramadhan Day 6

AMALAN SUNAT PADA BULAN RAMADHAN

TADARUS AL-QURAN
Hikmahnya:

  • Menenangkan jiwa.
  • Al-Quran pemberi syafaat di akhirat
  • Membersihkan hati dan menyembuhkan penyakit
  • Terhindar daripada gangguan syaitan dan iblis

SOLAT TARAWIH
Hikmahnya:
  • Diampunkan dosa-dosa yang lalu
  • Mengeratkan silaturahim
  • Menyihatkan tubuh badan

BERSEDEKAH
Hikmahnya:
  • Menampung kecacatan puasa
  • Diampunkan dosa kecil
  • Mendapat ganjaran pahala berlipat ganda
  • mendapat rahmat Allah
  • Dijauhkan dari azab neraka

Thursday, July 11, 2013

Ceramah Ihya Ramadhan 10 Julai 2013


Ceramah Ihya Ramadhan dan alunan kesenian Islam 
berkumandang di Dewan Multaqa hari ini.
Ceramah telah disampaikan oleh 
Muhammad Uwais Alqarni Bin Abdul Wahab
Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat AlMustafa 
& Ribat AzZahra Sg Karang 
dan diselang selikan dengan alunan Qasidhah 
bersama pelajar-pelajarnya




Satu program motivasi Ramadhan yang menarik dan
memberi kesan di bulan yang mulia ini.

"AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN'

Wednesday, July 10, 2013

Tazkirah Ramadhan Day 2

Kelebihan 10 Malam Pertama Bulan Ramadhan


10 Hari Pertama Bulan Ramadhan - Fasa 10 Hari Pertama Bulan Ramadhan di sebut dengan Malam Rahmat, 10 Hari Kedua di sebut dengan Maghfiroh, dan 10 Hari Ketiga disebut dengan Itsfunminannar (pembebasan dari Api Neraka).
Suatu Ketika Para Sahabat Bertanya Kepada Rasullullah saw, YaRasullullah, apakah sebenarnya keutamaan (kelebihan) Solat Sunat Tarawih Pada Bulan Ramadhan?,lalu Rasullullah pun menjawab sebagaimana   yang dijelaskan dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Saiyidian Ali(r.a), Kelebihan Solat Sunat Tarawih pada bulan Ramadhan Adalah sbb :

Malam Pertama :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam pertama Ramadhan, maka ia akan keluar dari dosa dosa sebagaimana ia baru di lahirkan

Malam Kedua :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam dua Ramadhan, maka dosanya dan kedua dosa ibu bapanya akan di ampuni oleh SWT

Malam Ketiga :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ketiga Ramadhan, maka maka malaikat yang ada di Arsy berdoa kepada Allah agar diampuni dosa kita

Malam Ke empat :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke empat Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala dari orang2 yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur'an

Malam Ke Lima :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam lima Ramadhan, maka Allah akan Memberikan Pahala sebagaimana Pahala nya orang2 yang solat di masjidil Haram, Masjid Madina dan Aqsa.

Malam Ke Enam :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke enam Ramadhan, maka Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70Ribu malaikat) serat batu2 dan tanah mendoakan orang2 yang melaksanakan sholat tarwih pada malam ini.

Malam Ke Tujuh :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke tujuh Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala Se akan2 bertemu dengan Nabi Musa dan berjuang mengalahkan musuh ketatnya yaitu Fi'aun dan Hamman.


Malam Ke lapan :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam kedelapan Ramadhan, maka ia akan memperolah pahala yang di lakukan Nabi Ibrahim As

Malam Ke Sembilan :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke sembilan Ramadhan, maka ia akan di naikkan mutu dan nilai ibadah nya sebagaimana mutu dan Ibadah Nabi Muhammad SAW.


Malam ke Sepuluh :
Barang Siapa yang melaksanakan Solat Sunat Tarawih pada malam ke sepuluh Ramadhan, maka Allah akan mengkaruniakan kepadanya kebaikan dunia dan Akhirat.

sumber:
DARUL ULUM IHYA ULUMUDDIN
ALOR SETAR, KEDAH

Tuesday, July 9, 2013

Potluck.... 9 Julai 2013

Hari ini potluck menikmati juadah ringan-ringan 
dan juga berat
buat semua guru-guru...
lepas ni tak boleh makan kerana 
esok sudah tiba bulan puasa.....




Kehadiran guru-guru mengeratkan silaturahim....
Terima kasih tidak terhingga kepada
tuan empunya bilik masak
yang sudi menyediakan tempat....

Tazkirah Ramadhan Day 1

wallpaper_ramadhan_1024x768

10 Persiapan Menghadapi Ramadhan AlMubarak


1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat walafiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini,  

2. Bersyukurlah dan memuji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita baik puasa, solat,    tilawah, dan zikir.

3.Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin daripada bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Justeru isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah seperti tadarus Al-Quran, zikir, solat sunat, bersedeqah, menjamu orang berbuka puasa, solat terawih dan solat malam.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah dalam bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah

7. Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.

8.Siapkan jiwa dan ruh kita dengan menghadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9. Hiasilah rumah dan diri. Marilah kita menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan kita menyambut Ramadhan.Hiasilah diri dengan pakaian yang baik dan wangian yang segar ketika beribadah kepada Allah  contohnya seperti ketika menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit untuk kegembiraan kita menjelang Ramadhan.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
  • Kepada Allah, dengan taubat nashuha
  • Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
  • Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim
  • Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi orang lain.

sumber: ismadhl

Wednesday, May 8, 2013

Latihan Kebakaran 23 April 2013


Latihan kebakaran telah diadakan melibatkan
semua warga SMK Paya Besar.


Semua pelajar berkumpul di padang SMK Paya Besar.
Kehadiran pelajar di ambil oleh guru kelas masing-masing.


Selepas itu taklimat ringkas telah disampaikan oleh
En Moses Paul diikuti ucapan ringkas oleh
En Hasbullah B. Abdul Latif, GPK Pentadbiran



Terima kasih kepada semua yang telah memberi
kerjasama.  Semoga latihan kebakaran ini
memberi manfaat kepada semua warga SMKPB.

Thursday, April 25, 2013

Perhimpunan Isnin 01 April 2013


Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar.
Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Multaqa SMKPB.


Guru bertugas En Daeme 
membuat laporan.  Antaranya ialah tentang disiplin para pelajar,
bahayanya menghisap rokok letronik , pengawas
sepatutnya memberi gambaran yang baik kepada pelajar-pelajar 
yang lain dan akhir sekali tentang kebersihan.


Kelas terbersih pada minggu ini ialah
Menengah rendah : 1 KAA
Menengah Atas : 5 Saksama

Selepas itu pelajar mendengar nasihat dan motivasi daripada
En Mohammad bin Che Ibrahim, GPK Hal Ehwal Murid, SMKPB.

Perkongsian Bestari 01 April 2013


Perkongsian Bestari berjalan lancar.
Semua guru berkumpul di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Sesi Perkongsian bermula dengan Resensi Buku oleh kumpulan
1. En Abd Jabar, En Mohamad Amran dan Ustaz Mohd Izzudin : Pelupa
2.  Pn Wan Norihan dan Pn Junaidah : Pencari Keseronokan
3.  En Anuar dan En Wan Abdullah Zawawi : Hiperaktif
Beberapa maklumat penting dikongsi
bersama oleh En Muhamamad Bin Che Ibrahim
GPK Hal Ehwal Murid, SMK Paya Besar

Ceramah FOMCA 17 April 2013


Aktiviti Kokurikulum pada 17 April 2013.
Ceramah tentang Hari Pengguna Malaysia 2013
dan kepentingan air kepada manusia
telah disampaikan oleh wakil daripada 
FOMCA telah diadakan di
Dewan Terbuka, SMK Paya Besar.




Mesyuarat Agung PIBG 2013

Mesyuarat Agung PIBG
pada 2 Mac 2013
di Dewan Multaqa, SMK Paya Besar


Pendaftaran kehadiran ke mesyuarat






Wednesday, April 24, 2013

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar, Kuantan Berhad

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar, Kuantan Berhad
pada 19 Mac 2013
di Dewan Multaqa


Pendaftaran ahli-ahli koperasi.


Majlis dipengerusikan oleh Cik Rozienoli Bt Abdul Rahman.
Koperator Mohamad Suffian Bin Zainal membaca doa.


Ucapan perasmian oleh En Hasbullah Bin Abd Latif,
GPK Pentadbiran, SMK Paya Besar
Turut hadir Pegawai Bahagian Pembangunan Koperasi,
SKM Pahang, sebagai pemerhati.


Mesyuarat dipengerusikan oleh En Hasbullah Bin Abd Latif


Barisan koperator yang berdedikasi dan 
para pelajar mengemukakan usul.


Cabutan bertuah kepada ahli koperasi.
Tahniah kepada Jawatankuasa 
Koperasi SMK Paya Besar, Kuantan Berhad
kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung 
dalam keadaan yang harmoni.