Pages

Thursday, May 1, 2008

BLOG SMK PAYA BESAR

Salam sejahtera.
Alhamdulillah, tercipta juga blog SMK Paya Besar yang dirasmikan oleh Pn. Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah, Pengetua SMK Paya Besar sempena Minggu Sains & Matematik 2008. Blog ini akan memuatkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di SMK Paya Besar. Juga sebagai satu wadah perhubungan buat ibu bapa, penjaga, guru, kakitangan sekolah, pelajar serta bekas pelajar sekolah SMK Paya Besar yang ingin mendapat informasi terkini sekolah. Walau pun 'simple' ini lah kemampuan yang ada pada kami ahli-ahli Kelab Komputer SMKPB. Semoga usaha yang sedikit ini akan dapat diteruskan dan mendapat sokongan dari anda semua. Selamat membaca.

6 comments:

aermylda said...

Saya erwan azizi bin alias bekas pelajar smk paya besar. Saya di smk paya besar dari tahun 1996-2000. Saya bekas pelajar 5Ikhlas. Saya sekarang bekerja di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Di Daerah Langkawi. Kepada sesapa yang mengenali saya sudi-sudilah hubungi saya. Jika ade masa terluang kita jumpa di langkawi.

cikgu sharifah said...

Pusat sumber sekolah akan mengadakan lawatan ke langkawi. Ketua rombongannya Cikgu Nita. Pasti awak masih mengingatinya...

as_zizou said...

salam..sori cikgu cz lupa nak salam ngan cikgu masa last day prapraktikal tu..ada hal..kena balik cepat..terimalah cenderamata yang x seberapa dari saya..engtkan nk bg ms ari guru..tp mls pulak..sebab tu kad tu kad ari guru..cikgu jgn pelik plak..sayang cikguuu!!hehe

ex 5 saks 05 n ex 6A1 07
asnarita

ayu said...

saya ayu liana kamarozaman, ex-student SMKPB(1996-2000). sy adalah bekas pelajar kelas sains(5 Bestari) dan Cikgu Hanizila Sulaiman bertindak sebagai guru kelas... Saya pernah melawat sekolah ni last 3 years. Pada masa tu,most of the teachers yg pnh mengajar sy dah tak mengajar kat sini lg... to all teachers yg pnh mengajar sy dulu, sy sgt2 mengahargai ilmu yg kalian curahkan... tanpa semua ilmu tersebut, tak mungkin sy berada di tempat sy skrg... terima kasih cikgu!!!

rizal said...

salam semua. saya rizal bekas pelajar tahun 1985-1987
saya cadangkan supaya web ini ada satu ruangan untuk post gambar-gambar kenangan semasa persekolahan yg boleh mengembalikan semula nostalgia kami sebagai bekas pelajar SMKPB. Dgn cara itu juga mungkin akan menyambungkan kembali persahabatn yg telah lama terpisah... terima kasih...

Stryker_x86 said...

saya sokong rizal...
kembali kan zaman kegemilangan nostalgia zaman-zaman kami dengan meletakkan gambar-gambar batch kami or ada sesiapa yang menyimpan gambar2 kenangan post kan disini.....

Post a Comment