Pada 14 Jun 2008 yang lalu, Persatuan Sejarah dan Geografi telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kota Gelanggi, Jerantut. Rombongan disertai oleh seramai 44 orang yang terdiri daripada 36 orang pelajar Persatuan Sejarah dan Geografi serta 7 orang guru. Guru-guru tersebut adalah Pn. Roslina Shahri, Cik Fairos bt Abdullah, Cik Nur 'Aqilah bt Abd Ghafar, En. Mohd Fadzil Muhammad, En. Halimi Ghazali, En. Syukri Abdullah dan En. Wan Sayuti Wan Muhammad. Perjalanan kami ke Kota Gelanggi bermula pada jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kami sampai ke Kota Gelanggi pada jam 11.30 pagi.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan sesudah sampai di Gua Kota Gelanggi. Penjelajahan bermula di Gua Balai. Di sana pelbagai peninggalan khazanah bumi seperti Penyelidikan Arkeologi dan Penempatan awal Zaman Paleolitik.
Seterusnya perjelajahan kami beralih ke Gua Terang Bulan. Suasana di dalam Gua Terang Bulan agak suram dan menyeramkan. Kami mendapat panduan tunjuk arah daripada Renjer Perhutanan. Penjelajahan di dalam gua ini mengambil masa 30 minit. Didalam Gua Terang Bulan, kami dapat melihat kilauan batu kristal dan bentuk kuda serta wanita yang sedang mendukung anak. Yang paling penting kami dapat mengetahui asal usul nama Gua Terang Bulan.
Lebih kurang jam 3.45 petang kami bertolak ke Gua Senyum. Di sana kami berhenti menatap keindahan gunung tersebut lebih kurang 1 jam sahaja. Kami merasa sangat gembira.
Perjalanan pulang bermula pada jam 5.30 petang dan sampai di SMK Paya Besar pada jam 7.50 malam.
Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi sokongan kepada lawatan ini. Juga kepada semua guru-guru yang mengiringi kami, terima kasih cikgu...
Dilaporkan oleh
NURHATIRAH KAMARAZAMAN
Setiausaha Persatuan Sejarah
SMK Paya Besar.
No comments:
Post a Comment