Pages

Monday, June 30, 2008

Pertandingan Catur Terbuka Remaja Master 2008

Pada 29 Jun 2008, satu pertandingan catur telah diadakan di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar. Pertandingan ini julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Catur Daerah Kuantan (KCK) dengan kerjasama dari Kelab Catur SMK Paya Besar sendiri dan Persatuan Catur SK Tok Sira. Menurut Presiden KCK, En. Kamal, pertandingan seperti ini telah lama tidak diadakan tetapi telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan apabila seramai 350 peserta telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu bawah 9 tahun, bawah 12 tahun, bawah 16 tahun, dan bawah 20 tahun.


Pertandingan ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Pertandingan bertambah meriah dengan kehadiran para ibu bapa yang datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Di akhir pertandingan peserta dari Sekolah Menengah Abdul Rahmat Talib (SMART), Khairilhelmi telah memenangi pertandingan ini, manakala peserta tuan rumah iaitu Rudianto Bin Edi telah mendapat tempat yang kedua dalam kategori bawah 20 tahun setelah mengharungi pertandingan akhir yang mendebarkan. Walau bagaimanapun peserta perempuan tuan rumah bawah 16 tahun kurang bernasib baik apabila Shuhada Binti Sulaiman sekadar menduduki tempat ke empat.


Namun, ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi SMK Paya Besar apabila dua orang pelajar mampu menempatkan diri dalam kelompok 5 orang peserta terbaik dalam kategori yang disertai. Bagi pandangan pengetua SMK Paya Besar, Pn. Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah, permainan catur dapat membantu otak pemain mahupun pelajar untuk sentiasa bergerak dan dapat memupuk pelajar meningkatkan kualiti pelajar dalam akedemik dan ko-kurikulum. Diharap agar pertandingan ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi mengembangkan lagi permainan catur dalam kalangan anak-anak muda di daerah ini khasnya.

Disediakan oleh,




Rudianto Bin Edi
Pengerusi Kelab Catur
SMK Paya Besar

No comments:

Post a Comment