Pages

Wednesday, February 25, 2009

Perhimpunan Rabu 25 Februari 2009


Perhimpunan hari Rabu berjalan seperti yang dirancang.
Majlis dipengerusikan oleh wakil dari Kadet Polis Sekolah.
Ucapan dimulakan oleh guru bertugas mingguan
En Hazim Mohd Din. Beliau mengumumkan pelajar
Syuhada Sulaiman dari kelas 4 Syumul telah memenangi
Pertandingan Bulanan Puzzle Kelab Catur.
Kemudian diikuti dengan Usztazah Hjh Siti Arija Abd Rahman
yang memaklumkan pertandingan-pertandingan
yang akan diadakan Sempena Majlis Tadarus Al-Quran
dan Kesenian Islam peringkat Sekolah pada minggu hadapan.
Ucapan ringkas dari Tuan Hj Nazli Ismail
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKPB
berkaitan dengan bantuan pakaian seragam unit beruniform.
Kemudian pelajar dari kelas 5 Saksama
membuat persembahan Spell It Right.
Diikuti dengan persembahan perbualan
Bahasa Arab oleh pelajar kelas KAA.
Majlis berakhir dengan bacaan doa.

No comments:

Post a Comment