Pages

Tuesday, March 31, 2009

Salute to the Teachers...



Salute to the teachers...
All of you deserve a merit
for a great job
during the sport day.


Monday, March 30, 2009

Is that you...



Is that you during the sport day?



Spot your self okay?


Sunday, March 29, 2009

Hari Kejohanan Olahraga 2009



Pada Ahad 29 Mac 2009 telah berlangsung
Kejohanan Olahraga Kali Ke-18 di Padang SMK Paya Besar.
Majlis bermula dengan upacara menaikkan
Bendera Kejohanan diikuti dengan Perbarisan Lintas Hormat
dari Pasukan Rumah Sukan dan Unit Beruniform.
Turut menyerikan majlis ialah kehadiran
Pengerusi PIBG SMK Paya Besar,
Tn Hj Mohd Zahidi B Hussain.



Pasukan Rumah Merah.
Tahniah kerana tahun ini Johan Keseluruhan!



Pasukan Rumah Kuning.
Tahniah kerana memenangi
Johan Perbarisan dan Johan Khemah Terbaik.




Pasukan Rumah Biru.
Tahniah kerana mendapat Naib Johan Keseluruhan.



Pasukan Rumah Hijau.
Tahniah kerana memenangi
Naib Johan Perbarisan dan
Naib Johan Khemah Terbaik.



Pasukan Pendidikan Khas.



Pasukan Unit-unit Beruniform.



Majlis di teruskan dengan Bacaan Ikrar.



Acara larian berjalan lancar.

Font size

Turut diadakan ialah acara larian
untuk pelajar Pendidikan Khas.



Acara istimewa ialah mengutip gula-gula
oleh kanak-kanak yang hadir.




Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan
oleh Tn Hj Razak b Ahmad,
Pegawai Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan.



Majlis berakhir dengan
upacara menurunkan Bendera Kejohanan
oleh Pasukan Kadet Polis.



Adat bermain ada yang menang dan ada yang kalah.
Tahniah buat yang berjaya dan
yang kalah cuba lagi ditahun hadapan.
Apa yang penting, semangat kesukanan
dalam suasana cergas, cerdas dan harmoni.

Terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Kejohanan Olahraga 2009.

Saturday, March 28, 2009

Kemeriahan terasa...



Petang tadi guru-guru dan pelajar sibuk
menghias rumah khemah rumah sukan
Sempena Kejohanan Olahraga SMKPB
yang akan diadakan pada hari esok.
Kemeriahan mula terasa...

Kursus Touch Typing



Makmal ICT menerima kunjungan dari ahli-ahli koperasi
dari daerah Kuantan yang menjalani
kursus Touch Typing yang dikendalikan oleh pihak ANGKASA.
Kursus ini akan berjalan selama 2 hari
bermula dari 28 - 29 Mac 2009.
Pihak sekolah mengucapkan selamat datang
kepada peserta-peserta yang hadir.
Semoga dapat menjalani kursus tersebut dengan selesa.


Thursday, March 26, 2009

Ulangan Asean Quiz 2009



Hari ini ulangan peperiksaan Asean Quiz 2009
setelah tergendala pada hari sebelumnya.
Alhamdulillah, kuiz berjalan lancar dan
tiada gangguan schoolnet line seperti sebelumnya.
Moga semua pelajar berjaya dengan cemerlang.

Wednesday, March 25, 2009

Pertandingan Asean Quiz 2009



Di makmal ICT 2 berlangsung Pertandingan Asean Quz 2009.
10 orang pelajar telah memasuki pertandingan tersebut.
Namun di sebabkan masalah teknikal
(server down and schoolnet line terganggu)
kuiz tidak dapat dijalankan...

Perhimpunan Rabu 25 Mac 2009



Perhimpunan hari ini berjalan lancar.
Beberapa orang guru telah berucap antaranya ialah
1. En. Moses - guru bertugas untuk minggu ini.
2. En Mohd Jamali Abdullah - penyampaian hadiah
sempena Majlis Tilawah Quran peringkat Sekolah
yang berlangsung minggu lepas.
3. Pn Azizah Bakar - guru kaunselor sekolah
memaklumkan tentang Program ADK.
4. Tn Hj Nazli Ismail - GPK Kokurikulum
mengumumkan Hari Kejohanan Olahraga pada
Ahad, 29 Mac 2009 di Padang Sekolah.
5. Pn Nurlina - mengumumkan tentang
kegiatan Kelab Rukun Negara.



Turut diadakan beberapa penyampaian hadiah
bagi pelajar yang memenangi
1. Pertandingan Kawad.
2. Majlis Tilawah Quran peringkat sekolah.
3. Pertandingan Menembak.

Monday, March 23, 2009

Lawatan First Day Assist dan Latihan Integrasi SMM-IES



Hari ini pihak GlobalNet telah mengadakan
Lawatan First Day Assist ke sekolah.
2 orang jurulatih telah dihantar
untuk memberi bantuan bagi penggunaan kali pertama
peralatan dan perisian IES dalam P&P.

Font size

Guru-guru yang terlibat telah menjalankan
sessi latihan di Bilik Tayangan SMK Paya Besar.



Disamping itu GlobalNet turut memberi latihan tambahan
bagi integrasi antara Modul Sistem IES dengan
Modul Sistem Maklumat Murid (SMM).



Majlis berakhir dengan penyampaian
Cenderahati dan Sijil Penyertaan.

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah kepada
semua warga SMK Paya Besar.
Kepada pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan PMR, SPM dan STPM
mulakan langkah anda dari sekarang
untuk berusaha bersungguh-sungguh.

Friday, March 13, 2009

Majlis Ilmu 13 Mac 2009



Majlis Ilmu berjalan seperti di rancang melibatkan pelajar
perempuan di Surau Al-Hikmah jam 12.00 tgh.
Penceramah hari ini ialah Pn Melati Abd Wahab.
Beliau membicarakan tentang Aurat Wanita.

Pendidikan Khas



Di kelas Pendidikan Khas ada majlis perpisahan guru ganti.

Thursday, March 12, 2009

Keputusan SPM



Hari ini keputusan SPM 2008 diumumkan.
Di Bilik Gerakan Siti Khadijah semua Ketua Bidang
dan Ketua Panitia sibuk menganalisa keputusan.



Tepat jam 12.00 tengahari keputusan mula
diedarkan kepada pelajar-pelajar.



Pelbagai ragam ada yang menangis gembira...



Alhamdulillah yang tersirat semua sudah tersurat.
Tahniah kepada semua yang berjaya.
Kecemerlangan anda kebanggaan SMKPB!

Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H



Di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar telah berlangsung
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Majlis telah di pengerusikan oleh En Raizuan b Ibrahim.
Aturcara bermula dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali Abdullah.



Kemudian berkumandang bacaan Selawat
beramai-ramai oleh pelajar-pelajar SMK Paya Besar.
Bacaan tersebut diketuai oleh
pelajar-pelajar tingkatan 6.



Acara kemuncaknya ialah Ceramah Maulidur Rasul
yang telah disampaikan oleh
Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri b Mat Zin,
Pensyarah Jabatan Dakwah & Pengurusan
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
yang bertajuk Ikutan ku... Ya Rasulullah SAW.



Tuesday, March 10, 2009

Keputusan STPM



Hari ini keputusan STPM untuk calon-calon 2008
telah diumumkan.




Tahniah kepada semua calon-calon STPM 2008
kerana berjaya mengekalkan keputusan yang cemerlang.

Friday, March 6, 2009

MAKLUMAN

HARI KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH 2009
DITANGGUHKAN PADA
AHAD 29 MAC 2009.
HARAP MAKLUM.

Majlis Ilmu 6 Mac 2009

Majlis Ilmu untuk pelajar perempuan berjalan seperti biasa.
Penceramah hari ini ialah Datin Hajah Fauziah bt Ismail,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paya Besar.
Beliau membicarakan tentang Adab Membaca Al-Quran.

Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa membaca al-Quran
kemudian ia merasakan ada orang lain yang dikurniakan
keutamaan melebihi apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya,
maka sebenarnya ia telah memperkecilkan
suatu yang telah dibesarkan oleh Allah Ta'ala."

Sabdanya yang lain : "Seutama-utama ibadat umatku
ialah membaca Al-Quran."

Sabdanya lagi : "Sebaik-baik kamu ialah orang yang
mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula."

Ibn Mas'ud telah berkata : "Sekiranya anda inginkan ilmu
pengetahuan, maka pelajarilah Ak-Quran, kerana sesungguhnya
Al-Quran itu mengaandungi ilmu-ilmu para ahli
yang terdahulu dan yang terkemudian."

Jadikan Al-Quran sebagai teman yang benar-benar sejati.
Mudah-mudahan kita adalah antara orang-orang yang mulia disisi Allah.

Wednesday, March 4, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah

Pada hari Rabu 4 Mac 2008 telah berlangsung
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah
telah diadakan bermula jam 3:oo petang.




Majlis bermula dengan pendaftaran pelajar
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.




Antara acara yang di adakan adalah
Pidato Bahasa Arab dan Tilawah Al-Quran.




Di Dewan Multaqa' berlangsung Pertandingan Nasyid.
Ramai juga bakat-bakat terpendam
menunjukkan keboleham masing-masing....




Majlis yang meriah ini tamat jam 4:30 petang.
Mereka yang menang layak untuk mewakili sekolah
di peringkat daerah nanti.
Tahniah kepada semua guru Pendidikan Islam
dan guru-guru lain yang terlibat menjayakan
majlis tersebut.