Pages

Sunday, March 29, 2009

Hari Kejohanan Olahraga 2009



Pada Ahad 29 Mac 2009 telah berlangsung
Kejohanan Olahraga Kali Ke-18 di Padang SMK Paya Besar.
Majlis bermula dengan upacara menaikkan
Bendera Kejohanan diikuti dengan Perbarisan Lintas Hormat
dari Pasukan Rumah Sukan dan Unit Beruniform.
Turut menyerikan majlis ialah kehadiran
Pengerusi PIBG SMK Paya Besar,
Tn Hj Mohd Zahidi B Hussain.



Pasukan Rumah Merah.
Tahniah kerana tahun ini Johan Keseluruhan!



Pasukan Rumah Kuning.
Tahniah kerana memenangi
Johan Perbarisan dan Johan Khemah Terbaik.




Pasukan Rumah Biru.
Tahniah kerana mendapat Naib Johan Keseluruhan.



Pasukan Rumah Hijau.
Tahniah kerana memenangi
Naib Johan Perbarisan dan
Naib Johan Khemah Terbaik.



Pasukan Pendidikan Khas.



Pasukan Unit-unit Beruniform.



Majlis di teruskan dengan Bacaan Ikrar.



Acara larian berjalan lancar.

Font size

Turut diadakan ialah acara larian
untuk pelajar Pendidikan Khas.



Acara istimewa ialah mengutip gula-gula
oleh kanak-kanak yang hadir.




Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan
oleh Tn Hj Razak b Ahmad,
Pegawai Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan.



Majlis berakhir dengan
upacara menurunkan Bendera Kejohanan
oleh Pasukan Kadet Polis.



Adat bermain ada yang menang dan ada yang kalah.
Tahniah buat yang berjaya dan
yang kalah cuba lagi ditahun hadapan.
Apa yang penting, semangat kesukanan
dalam suasana cergas, cerdas dan harmoni.

Terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Kejohanan Olahraga 2009.

No comments:

Post a Comment