Pages

Friday, February 27, 2009

Majlis Ilmu


Majlis Ilmu minggu ini telah dikendalikan oleh
Ustazah Ramlah bt Ab Hamid.
Beliau membicarakan tentang
Sejarah Kaum-kaum Yang Terpupus.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Bukankan telah datang kepada mereka berita-berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Ad, Thamud dan kaum nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? Telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang kelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri" (At-Taubah: 70)

Risalah Allah telah diturunkan sejak bermulanya penciptaan manusia. Ada yang menerima dan ada yang menolaknya dengan pelbagai alasan, tuduhan malah ada utusan Allah yang dibunuh, sedangkan apa yang dihajati oleh para rasul hanyalah kaum mereka menyembah Allah yang Esa. Bukan wang atau manfaat keduniaan sebagai balasannya. Akhirnya mereka telah dihukum Allah lalu pupus di muka bumi ini . Dalam Al-Quran kisah umat-ummat ini diterangkan secara terperinci mudahan kita dapat berfikir amaran Allah daripada kisah kepupusan mereka ini.

1. Kisah banjir Besar Nabi Nuh a.s dan umatnya.
2. Kisah Nabi Lut dan Bandar yang dilingkupkan.
3. Kisah Ad'Atlantis Padang Pasir'.
4. Kaum Thamud.

Kesimpulannya : Al-Quran telah menyebut bahawa kisah-kisah yang berlaku pada rasul yang terdahulu diterangkan agar menjadi iktibar kepada kita. Kita hendaklah mengambilnya sebagai pengajaran kerana masyarakat hari ini tidak lebih dari kaum-kaum yang telah pupus itu. Contohnya masyarakat hari ini ramai yang terlibat dengan Homoseksual(liwat). Kita jangan lupa Allah swt boleh menghukum kita atau negara mana sekalipun pada bila-bila masa ang dikehendakinya. Allah Maha Berkuasa atas segalanya, Marilah kita kembali kepadaNya.


No comments:

Post a Comment