
Perhimpunan hari Isnin berjalan lancar.
Pagi ini majlis bermula dengan bacaan ikrar
dari pelajar-pelajar yang telah mengikuti
Kem Anak-anak Soleh di Taman Pertanian
minggu lepas. Ikrar dibaca sebagai
tanda komitmen pelajar untuk berubah
menjadi pelajar yang lebih baik.

Kemudian majlis diteruskan dengan laporan
dari guru yang bertugas dari minggu lepas
En Wan Abdullah Zawawi b Wan Omar Fauzi.
Dikuti pula guru bertugas minggu ini
Pn Wan Akemarini bt Wan Hanafi
membaca pengumuman.
Akhirnya Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar membuat ucapan.
Antara perkara yang penting yang diumumkan ialah
berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas 2/2009,
dimana pelajar sekolah tidak dibenarkan
membawa telefon bimbit ke sekolah.
Pihak sekolah khususnya guru disiplin
diarahkan supaya merampas telefon bimbit
yang dibawa pelajar ke sekolah.
Apabila telefon pelajar dirampas, hanya ibu bapa pelajar
tersebut sahaja yang boleh menuntutnya.
Ibu bapa tidak perlu menyuruh anak mereka
membawa telefon bimbit ke sekolah,
kerana ibu bapa boleh menghubungi anak mereka
melalui pihak sekolah. Sekiranya berlaku kecemasan,
pelajar juga boleh menggunakan telefon sekolah
untuk menghubungi ibu bapa mereka.
No comments:
Post a Comment