Pages

Wednesday, April 8, 2009

Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah




Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah
telah selamat dilancarkan pada
hari Rabu 8 April 2009 bertempat di Dewan Multaqa'.
Bertemakan 'Masyarakat Madani Tanpa Dadah'
majlis dipengerusikan oleh Pn Roa'ani bt Mohamed.
Acara bermula dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.



Kemudian diikuti dengan Ucapan dan Membaca
Perutusan oleh Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
Acara diteruskan dengan Ceramah dan
Ucapan Perasmian oleh En Abdul Halim b Yaakub
Penolong Pengarah Pencegahan A ADK Negeri Pahang.

Font size

Selesai majlis perasmian, En Abdul Halim
meluangkan sedikit masa untuk melawat Sudut PPDa
di sepanjang Gajah Menyusur di Dataran Perhimpunan.
Turut diadakan sempena pelancaran ini ialah
Pameran Anti Dadah dari pihak AADK Negeri Pahang.

Pihak sekolah merakamkan jutaaan terima kasih
kepada pihak AADK Negeri Pahang
kerana telah memberi sedikit sumbangan kepada
sekolah bagi menjayakan aktiviti-aktiviti
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
di peringkat sekolah.

Semoga usaha dan kerjasama yang diberikan
dapat memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan
kepada pelajar agar dapat menjauhi dan berupaya
menentang ancaman dadah.
Seterusnya mencapai sasaran
"SEKOLAH BEBAS DADAH 2010"

No comments:

Post a Comment