Hari pertama lawatan , kami telah memulakan aktiviti dengan melawat Menara Kuala Lumpur, di sini murid dilihat sangat teruja dengan panorama kota raya. Keindahan dan kepesatan bandaraya dapat dinikmati oleh mereka. Di sini tiket untuk warga istimewa hanya dikenakan sebanyak RM3 sahaja. harga tiket untuk murid normal ialah RM 28 manakala dewasa RM38. Dokumentari juga telah ditayangkan untuk tontonan murid berkaitan pembinaan Menara Kuala Lumpur. Setelah 2 jam berada di Menara Kuala lumpur, distinasi seterusnya ialah Aquaria... Disana murid dapat melihat pelbagai hidupan marin yang belum pernah mereka terokai. Jika tidak mengikuti lawatan ini , mereka memang tidak berpeluang untuk ke tempat seperti ini memandangkan tiket yang tinggi dikenakan. tetapi melalui rombongan warga istimewa harga separuh dikenakan. Setelah 1 setengah jam berada di Aquaria, murid dibenarkan menjalani aktiviti bersiar-siar di taman KLCC dengan pengawasan guru.
Hari kedua, waktu pagi rombongan lawatan telah bertolak ke Taman Botani. Di sana tujuan lawatan adalah untuk melihat jenis tanaman tropika yang terdapat disana. Kami dibawa mengelilingi taman dengan menaiki keretapi dengan tiket RM3. Namun aktiviti ini kurang berjaya kerana sebahagian sahaja belajar dapat memahami keperluan berada di sana. Seterusnya kami meneruskan program degan lawatan ke Dataran Masjid Putrajaya dan kawasan sekitar. Pelajar diberi penerangan berkaitan pembangunan kawasan persekitaran. pada sebelah petangnya kami telah mengadakan program di Zoo Negara. Di sinilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh warga pendidikan khas. Murid dapat melihat pelbagai jenis haiwan di Zoo. Di sini kami bebaskan murid selama 2 jam tanpa kawalan. ini untuk memberi kemahiran bersosialisasi dan berdikari untuk pelajar. selepas program kami dapati murid begitu teruja. Sebelah malam pula kami beriadah di Dataran Merdeka selama 2 jam.
Hari ketiga keadaan murid sudah keletihan, 4 orang murid mengalami deman panas. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk pulang lebih awal dari jangkaan. Kami bertolak pulang jam 10 dan tiba di sekolah kira-kira jam 1.30 tengahari. Semua Ibubapa menjemput anak mereka dalam keadaan selamat, walaupun ada 4 orang pelajar kelihatan tidak bermaya.
APA YANG ANDA PERLU TAHU....
Program lawatan sambil belajar ini perlu kerana ia merupakan salah satu keadah p@P dalam pendidikan khas.
Banyak manfaat yang warga istimewa dapat perolehi contohnya kemampuan urus diri, dan bersosilasasi.
Program lawatan ada dalam sukatan Pembelajaran Pendidikan Khas.
Memberi peluang kepada warga istimewa untuk menikmat aktiviti berkumpulan.
Oleh itu jangan lah ada tanggapan bahawa kami warga pendidik golongan istimewa begitu seronak dapat berjalan sahaja dan melakukan banyak aktiviti luar. Besar tanggungjawabnya menjaga anak-anak ini. Segalanya terletak dibebanan bahu guru. Jika murid aliran perdana mereka boleh berfikir sendiri... Kami perlu berfikir untuk mereka.... FIKIR-FIKIR KAN LAH... Kami bukan mendidik mereka untuk berjaya dalam akademik, tapi kami cuba membantu mereka menjadi manusia yang ada peranan untuk diri , keluarga dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment