
Perhimpunan hari Isnin berjalan lancar.
Seperti biasa majlis dimulakan dengan
Nyanyian lagu Negeri Pahang, Negaraku dan Lagu Sekolah
dan diikuti dengan bacaan Ikrar Rukun Negara.
Ucapan bermula dengan laporan guru yang
bertugas pada minggu lepas, En Wan Sayuti Wan Ahmad.
Beliau mengumumkan kelas terbersih bagi
Menengah Atas ialah kelas 5 Saksama dan
Menengah Rendah ialah kelas 3 KAA.
Kemudian ucapan dari guru yang bertugas minggu ini
Pn Halimah bt Talib. Beliau membuat pengumuman
berkaitan Seminar Kewangan yang akan diadakan Rabu ini.
Seterusnya pengumuman dari Pn Melati Abd Wahab
Setiausaha Peperiksaan. Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2009 akan bermula 13 Mei 2009 bagi tingkatan 4 & 5.
Perhimpunan diteruskan dengan pengumuman
dari Pn Riza Aswani Abd Rahim berkaitan dengan
beberapa orang pelajar yang mendapat tempat
diantara 10 terbaik dalam Pertandingan Kuiz
Pengguna Sekolah Menengah Negeri Pahang.
Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Pn Pengetua.
Akhirnya ucapan dari Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
Beliau menasihati pelajar supaya menfokuskan
tentang pelajaran kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun
akan menjelang tidak lama lagi.
Pn Hjh Hatijah juga mengumumkan kedatangan
guru baru Pn Rizma Saion dan Pn Mariani Muda.
Pihak sekolah mengalu-alukan
kedatangan guru baru tersebut.
Seterusnya beliau mengingatkan kepada pelajar
sebarang aktiviti selepas waktu persekolah mestilah
bersama dengan guru. Pelajar sama sekali
tidak dibenarkan bersendirian atau merayau-rayau
di kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.
Majlis bersurai pada jam 8.20 pagi.
No comments:
Post a Comment