Pages

Wednesday, September 30, 2009

Majlis Restu Pelajar PMR 2009

Bertempat di Surau Al-Hikmah SMK Paya Besar
telah diadakan Majlis Restu Pelajar-pelajar PMR 2009.
bagi memberi peluang para pelajar
menginsafi diri untuk memohon maaf
serta restu dari guru-guru sebelum
menduduki peperiksaan PMR.

Majlis telah di pengerusikan oleh
Pn Roa'ani bt Mohamed.

Turut sama menghadiri majlis ialah
barisan pentadbir SMK Paya Besar.

Guru-guru juga memberi sokongan yang padu
kepada para pelajar.

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar.

Kemudian diikuti dengan ucapan
penyelaras akademik tingkatan 3
Pn Jalilah bt Salim.

Akhirnya Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar
memberi ucapan perasmian majlis restu.


Selesai ucapan puan pengetua
menyampaikan cenderamata kepada pelajar.

Kemudian dengan syahdunya
bacaan doa restu telah dibacakan oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.


Sebelum bersurai semua pelajar berselawat
dan bermaafan dengan semua guru-guru.
Semoga restu guru dan keredhaan Allah swt
jua yang dipohon.
Semoga para pelajar mempunyai keyakinan diri
yang tinggi semasa menjawab soalan-solaan
peperiksaan PMR nanti.
Disamping dapat menjawab dengan tenang
dan setiap usaha membuahkan hasil yang positif.

SMKPB BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment