Pages

Friday, October 30, 2009

Pelancaran Kempen Membaca 1Malaysia


Pagi ini di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah berlangsung Pelancaran
Kempen Membaca 1Malaysia peringkat sekolah.


Majlis telah di pengerusikan oleh Pn Jalilah bt Salim.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa
yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.
.Manakala ucapan pelancaran telah disempurnakan
oleh Tn Hj Nazli b Ismail,
GPK Kokurikulum, SMK Paya Besar.
Antara objektif kempen ini dilancarkan
ialah agar pelajar dapat memupuk sikap membaca
bagi mengisi masa lapang selepas peperiksaan.


Dimajlis pelancaran pelajar-pelajar diberi masa
10 minit untuk membaca buku ilmiah yang dibawa.


Pelajar-pelajar khusyuk membaca.



Guru-guru juga turut membaca.


Selesai tempoh membaca, wakil guru dan pelajar
membuat sesi resensi buku.


Kemudian majlis penyampaian hadiah.


Bagi mengisi masa, persembahan bercerita oleh
adik Remy, pelajar pendidikan khas.
Diikuti dengan persembahan guru
oleh En Moses Paul.
Beliau telah membaca sajak
Harapan 1Malaysia.

Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Kemanakah tumpah harapan mereka
Kerana
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunaikan janji
Ayuhlah rakan dan taulan
Sahabat dan saingan
Lupakan beza lebihkan menerima
Berlatih bersamaku
Kita berjalan seiringan
Kita melangkah sehaluan
1 Suara, 1 Impuan, 1 Harapan, 1 Malaysia

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak



Semoga dengan pelancaran Kem Membaca 1Malaysia
ini dapat memupuk minat membaca secara berterusan
di kalangan pelajar khasnya ketika cuti sekolah
dan juga sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment