Pages

Wednesday, November 11, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2009


Hari ini di Dewan Multaqa' telah diadakan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2009.
Majlis telah dihadiri oleh semua warga SMKPB



Majlis telah dipengerusikan bersama oleh
Pn Hjh Kamriah Jusoh dan Pn Mastura Mohamed.
Acara bermula dengan bacaan doa oleh
Ustaz Mohd Jamali b Mohamed.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh
Tn Hj Nazli b Ismail, GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.
Menurut Tn Hj Nazli b Ismail,
"Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum ini
diadakan bagi mengiktiraf pencapaian pelajar
dalam bidang Kokurikulum sepanjang tahun 2009."
Tambah beliau lagi,
"Pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin
kecemerlangan dan peningkatan
dalam semua aspek aktiviti Kokurikulum."


Semoga aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009
dapat melahirkan pelajar yang seimbang
dari aspek jasmani, rohani dan intelek.
Kejayaan pelajar adalah contoh
kepada pelajar lain.

No comments:

Post a Comment