Pages

Friday, April 23, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat

Seperti yang dirancang pagi jumaat
semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4
berkumpul di Dewan Terbuka
untuk Majlis Bacaan Yaasin.

Sekurang-kurangnya moga hati
pelajar terisi dengan membaca
ayat-ayat suci al-quran
khususnya Surah Yaasin.

Ya Allah... lembutkan hati
anak-anak didik SMK Paya Besar.
Moga mereka menjadi pelajar yang berakhlak mulia.

Manakala semua pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas
berada di Surau Al-Hikmah
menunaikan Solat Hajat.


Turut menunaikan solat bersama pelajar ialah
GPK HEM SMK Paya Besar
En Mohammad b Che Ibrahim.


Solat terlaksana memohon pada Illahi
moga dipermudahkan mendapat ilmu
dan mendapat keputusan yang cemerlang
untuk peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Moga Allah makbulkan doa kita semua...

No comments:

Post a Comment