Pages

Wednesday, April 14, 2010

Perhimpunan Rabu 14 April 2010

Perhimpunan hari Rabu dimulakan dengan
pengumunan dari guru bertugas,
En Wan Abdullah Zawawi.
Beliau mengingatkan pelajar tentang
penggunaan kad izin keluar kelas
yang hanya sepatutnya untuk ke tandas
dan bukan untuk ke koperasi atau kelas
ketika waktu p&p sedang berjalan.

Perhimpunan di teruskan dengan
aktiviti anjuran Unit Bina Insan.


Pelajar dihidangkan dengan tayangan slide
bertajuk Selayang Pandang.
Kesimpulan dari tayangan...

Gunung tahan sama didaki
Sungai Pahang sama direnangi
Jika kita bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Kemudian diikuti dengan ceramah agama
yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Izuddin b Che Ismail.
Beliau membicarakan tentang perlunya
kita mensyukuri nikmat Allah swt dan
menghayati sifat Allah Al-Hakim,
Allah Maha Bijaksana.
Bijaksananya ALlah menciptakan manusia
dalam rahim dengan wajah yang berbeza-beza.
Bijaksananya Allah mencipta bumi berbentuk sfera.
Bijaksananya Allah mencipta alam
dari satu yang padu kemudian berpecah
menjadi planet yang bertaburan.
Bijaksananya Allah mencipta matahari
seperti obor atau lampu yang menyala
dan memberi sinarannya kepada bulan.
Bijaksananya Allah menciptakan bumi
yang berlapis-lapis yang sesuai untuk kehidupan.
Bijaksananya Allah mencipta setiap benda hidup
dijadikan dari air.
Bijaksananya Allah mencipta madu sebagai penawar.


Barisan pentadbir pun khusyuk mendengar.

Moga semua pelajar dapat mengutip
iktibar-iktibar dari apa yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment