Pages

Monday, April 26, 2010

Program Kecemerlangan SPM PERHATI

Seramai 21 orang pelajar SMK Paya Besar
yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim
tingkatan 5 mengikuti aktiviti PERHATI
dengan menghadiri Program Kecemerlangan SPM 2010
yang telah diadakan di BTPNP Beserah.

Program anjuran bersama Yayasan Pahang,
JPN Pahang, PPD Kuantan,
Majlis Guru Kaunseling Daerah Kuantan
dan Majlis Guru Cemerlang ini
bertujuan memberi sokongan kepada
anak-anak yatim untuk meningkatkan
prestasi dalam pelajaran kerana sebahagian
besar mereka agar tercicir.
Justeru adalah wajar mereka diberi bimbingan
bagi meningkatkan pencapaian dalam
peperisaan SPM 2010.

Antara ceramah yang telah diberikan
Seminar Kecemerlangan Bahasa Melayu
yang telah disampaikan oleh
Pn Hjh Kamriah bt Jusoh, Guru Cemerlang Bahasa
dari SMK Paya Besar Kuantan.

No comments:

Post a Comment