Perhimpunan pagi Rabu berjalan seperti dirancang.
Guru bertugas Pn Siti Azrulnaim membaca pengumuman.
1. Pelajar-pelajar yang mengikuti kelas amali solat
pada waktu zohor mestilah solat
berjamaah bersama-sama.
2. Majlis Ilmu berjalan seperti biasa untuk
pelajar perempuan di Surau Al-Hikmah.
3. Tahniah dan terima kasih kepada
semua guru dan pelajar yang terlibat
dengan gotong royong perdana pada
hari Sabtu yang lalu.
4. Aktiviti kokurikulum minggu ini dibatalkan
kerana peperiksaan pertengahan tahun
yang akan bermula esok.
5. Hari Sabtu ini ialah sekolah ganti
menggunakan jadual hari Isnin.
6. Semua pelajar dan guru mensedekahkan
al fatihah kepada seorang ibu pelajar yang
meninggal dunia dan juga pelajar sekolah
arwah Nik Mohd Arif (6 rendah) yang
meninggal dunia pada hari Isnin yang lepas.
Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah.
Kemudian Pn Melati membuat peringatan
berkaitan Peperiksaan Pertengahan Tahun
yang akan bermula seperti berikut:
Tingkatan 4 & 5 - 20 Mei 2010
Tingkatan 6 Atas - 24 Mei 2010
Tingkatan 1, 2 & 3 - 31 Mei 2010.
1. Lengkapkan diri dengan kelengkapan
peperiksaan terutama alat tulis.
Pelajar tidak dibenarkan meminjam
sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.
Hanya kertas soalan dan jawapan sahaja
yang akan dibekalkan oleh pihak sekolah.
2. Pelajar tingkatan 4 & 5 akan menyusun
kerusi dan meja pada waktu akhir persekolahan
hari ini. Manakala tingkatan lain sehari
sebelum peperiksaan bermula.
3. Pelajar dinasihati agar mematuhi segala
peraturan dan arahan yang telah ditetapkan
sewaktu peperiksaan sedang dijaalankan.
Akhir sekali Tn Hj Karim b Man, Pengetua SMKPB
memberi kata-kata nasihat kepada pelajar.
1. Menasihati pelajar agar mengambil berat
tentang peperiksaan dengan membuat persediaan
yang sepenuhnya terutama kepada pelajar
yang berada di tingkatan 3, 5 dan 6 atas kerana
peperiksaan ini penting untuk permohonan
sambung belajar ke luar negara.
2. Mengingatkan pelajar agar mematuhi
peraturan peperiksaan.
3. Menasihati pelajar agar sentiasa menjaga
disiplin diri.
Beliau menaruh harapan agar pelajar sentiasa
menjaga nama baik sekolah agar sentiasa
diingat dan dikenang juga menjadi
pilihan ibubapa di sekitar sini.
Hanya pelajar sahaja yang dapat mencorak
sekolah, guru hanya sekadar membimbing.
Perhimpunan bersurai pada jam 8.20 pagi.

No comments:
Post a Comment