
Perhimpunan pagi Isnin 28 Jun 2010 berjalan lancar.
Laporan dari guru bertugas Pn Maziah Md Yunus.
1. Dari segi keselamatan, pelajar yang bermotosikal
mesti mempunyai lesen dan memakai topi keledar
apabila masuk ke kawasan sekolah.
2. Pelajar dinasihatkan menjaga kekemasan diri
terutama dari segi rambut dan pakaian
secara keseluruhan.
3. Kelas terbersih telah dimenangi oleh
kelas 3 Amanah dan 6 Atas 1.
Bacaan pengumunan dari guru bertugas minggu
En Sirojuddin Ibrahim. Beliau bertugas
bersama dengan Pn Noraini Mohd Nor dan
Cik Rosmaria Omar.
1. Antara aktiviti yang akan berlangsung pada
minggu ini ialah Hari Koperasi Sekolah dan
Karnival Kokurikulum yang akan diadakan
pada hari Rabu 30 Jun dan Hari Anugerah Cemerlang
pada hari Ahad 4 Julai 2010.
2. Perjumpaan ahli Kadet Pertahanan Awam
yang akan mengikuti kem daerah akan diadakan
pada jam 3.30 ptg di depan Dewan Multaqa'.
3. Penyampaian hadiah kepda peserta
Kursus Lompat Tali.
Ucapan dari Pn Junaidah Jalil.
1. Bazar Jualan masih dibuka kepada persatuan
dan kelab yang ingin membuat jualan
pada Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kokurikulum.
2. Turut diadakan Pameran Grafik Berkomputer,
Kuiz Grafik Berkomputer dan Mencari Harta Karun.
3. Pemeriksaan Kesihatan kepada yang berminat.
4. Lembaga Tabung Haji juga ada membuka kaunter.
5. Peluang menjadi ahli Kelab TAHA bagi
pelajar yang berusia 7 - 17 tahun.
Akhirnya Tn Hj Nazli Ismail, GPK Kokurikulum
memberi ucapan.
1. Terima kasih dan tahniah kepada guru dan pelajar
yang telah menjayakan Kem Kepimpinan Pemimpin
di Kem Cempaka pada hujung minggu yang lalu.
2. Aktiviti Latihan Rumah Sukan akan bermula
minggu ini mengikut jadual berikut :
Rumah Kuning dan Merah pada hari Isnin & Rabu
Rumah Hijau dan Biru pada hari Selasa & Khamis
bermula pada jam 4.00 hingga 6.00 petang.
3. Mengingatkan pelajar agar memakai
pakaian unit beruniform pada hari Rabu.
4. Menasihati pelajar agar menjaga ketepatan masa.
Majlis bersurai pada jam 8.20 pagi.
No comments:
Post a Comment