Tanggal
Rasanya bagaikan aku tidak percaya bahawa aku telah kehilangan seorang sahabat yang telah sekian lama bersama dengan rakan-rakan yg lain menabur jasa dan bakti mendidik anak watan. Tetapi aku menerima hakikat bahawa terlalu mudah dan cepat engkau pergi tanpa pesan dan amanat. 2 Jun 2010 segala-galanya bermula pada pagi hari Rabu yang damai. Aku melihat engkau termenung, berdiam diri. Seperti lazimnya aku mehampiri dirimu, bertanya khabar. Katamu, dirinya terasa seram-seram sejuk, bagaikan petanda akan demam. Aku menawarkan diri untuk membawa engkau ke klinik. Engkau menolak dengan baik kerana katamu demam biasa. Aku mengosok-gosok belakang dengan lembut dan akur bahawa engkau boleh bertahan.
Namun pagi hari khamis dgn Jumaat, engkau tiada menampakkan diri di sekolah. Tempat dudukmu kosong. Sangkaku biasalah cuti sakit apabila tidak sihat. Hari Ahad lain ceritanya, aku menerima mesej bertalu-taku, khabarnya engkau telah dimasukkan di ICU, tingkat dua, di HTAA. Pada petang aku menziarahimu dan ternyata, engkau tutup rapat matamu dan engkau kunci mulutmu yang sebelum itu ramah dan mesra bertanya itu dan ini pada semua rakan bertembung. Aku bertanyakan jururawat yg mengawasi dirimu, tentang keadaan sebenarnya. Katanya engkau dalam keadaan kritikal. Namun hati ini mengharapkan kritikal itu untuk sementara saja. Engkau pasti akan pulih dan kembali ke sekolah apabila musim persekolahan akan datang bermula.
Segala-galanya berlalu terlalu pantas. Pada hari Khamis, mesej daripada kawan-kawan bertalu-talu di telefon bimbitku. Hal-hal begini sangat menggembirakan aku kerana rakan-rakankan memang tidak lupa pada diri ini di mana-mana dan dalam apa-apa situasi sekali pun. Sikap berkongsi susah senang, ria tawa hatta suka lara tetap berlaku antara kita.
Aku yang mengunjungimu pada petang itu. Ramai sekali kawan-kawan yang datang, termasuklah yang telah meninggalkan smk paya.besar, bertugas di Jabatan Pelajara Pahang. Anak murid kita ramai yang datang menziarahimu. Berbunga rasa hati ini melihat keaadan itu. Sekalipun tugas kita sebagai pendidik tidak dihambur wang ringgit tetapi lawatan dan kunjungan sudah cukup menunjukkan bahawa kita gurunya sentiasa pada hati mereka. Lewat petang aku pulang. Namun pada tengah malam telefonku berbunyi semula. Mesej tidak henti-henti memaklumkan bahawa engkau telah tiada. Luluh rasanya hati ini pada malam itu dan lelapku terganggu. Aku telah kehilanganmu buat selama-lamanya. Kawan-kawan kita juga merasa keaadaan yg sama. Pilu dan terharu, tetapi percayalah, ada hikmah Maha Besar apabila Allah yang menentukan segala-galanya. Cuma kita sebagai insan ciptaanNya harus bersabar menghadapinya.
Kami menziarahi jenazahmu buat kali terakhir. Setakat itu sahajalah yang mampu kami lakukan. Selebihya ialah iringan doa dan sedekah bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Doa kami moga roh kamu sejahtera di samping-Nya.
Kepada suamimu tabahlah menghadapi dugaan ini dan bersedialah memikul tanggungjawab. Andalah bapa jua ibu dalam menjaga dua puteri dan seorang putera kebanggaan kamu. Walaupun engkau tiada, tetapi engkau tetap hidup pada hati-hati kami, kawan-kawan kamu. Kepada setiap individu yang membaca warkah ini, sedekahlah al-Fatihah kepada arwah, moga damailah engkau di sana…..Amin.
Nukilan rasahati : Hajjah Kamriah bt Jusuh.
Ziarah terakahir dari anak-anak murid mu....
***************************
Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua
guru dan pelajar SMK Paya Besar.
Jangan lupa kami disini walaupun arwah Kamisah
sudah tidak bersama kita lagi.
No comments:
Post a Comment