Pages

Friday, July 9, 2010

Ceramah Israk Mikraj 1431H

Pagi ini semua pelajar telah berkumpul
di Dewan Multaqa' kerana mengikuti
Ceramah Israk Mikraj 1431H.

Ketibaan penceramah
Al Fadhil Ustaz Syed Ibrahim b Syed Ahmad,
Pegawai Khas YAB Menteri Besar Pahang
diiringi olehTn Hj Karim b Man,
Pengetua SMK Paya Besar
dan En Mohammad b Che Ibrahim,
GPK HEM SMK Paya Besar.


Majlis telah dikendalikan oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.
Ceramah bermula dengan Bacaan Doa
yang diketuai oleh
Ustaz Mohd Izuddin b Che Ismail.

Kemudian dikuti dengan Ucapan Aluan
dari Tn Hj Karim b Man.

Kemudian pelajar dihidangkan dengan
Tayangan Multimedia berkaitan Israk Mikraj.

Acara kemuncaknya ialah ceramah yang bertajuk
Peristiwa Israk Mikraj & Kaitannya dengan
Realiti Kehidupan Hari Ini yang disampaikan
oleh Al Fadhil Ustaz Syed Ibrahim b Syed Ahmad.

Menurut penceramah terdapat 2 iktibar besar
yang boleh dihayati berkaitan Israk dan Mikraj.
Pertama, betapa kita perlu merasai kebesaran,
kekuasaan dan kehebatan Allah swt.

Kedua merasai kemuliaan Rasulullah SAW.

Kesimpulannya peristiwa Israk dan Mikraj
menanamkan kepercayaan dan keyakinan
sepenuhnya kepada Allah swt
lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar
agar menjadi pelajar yang berakhlak dan
beriman kepada Allah swt.

No comments:

Post a Comment