Pages

Sunday, July 4, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Hari ini berlangsung acara tahunan
yang gilang gemilang iaitu
Hari Anugerah Cemerlang yang ke-24.

Kaunter pendaftaran.

Antara guru-guru yang bertungkus lumus
menjayakan Hari Anugerah Cemerlang 2010.

Ketibaan Tn Hj M Razali Mustafar mewakili
YB Hj Shafik Fauzan b Hj Sharif,
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian
dan Warisan; Pembangunan Keluarga
dan Hal Ehwal Wanita.

Pemeriksaan Unit Beruniform.

Ramai ibubapa dan pelajar yang hadir
pada hari tersebut.

Ucapan Laporan Tahunan oleh
Tn Hj Karim b Man, Pengetua SMK Paya Besar.

Ucapan Perasmian telah di sempurnakan oleh
Tn Hj M. Razali b Mustafar.

Antara persembahan yang telah diadakan ialah
Bacaan Al-Quran dan Terjemahannya,
Nasyid Pelajar Pendidikan Khas yang bertajuk
Iman Mutiara, dan Persembahan Istimewa
Bahasa Inggeris.

Kemudian acara Penyampiaan Hadiah
yang disampaikan oleh Tn Hj Karim b Man,
Pengetua SMK Paya Besar.

Turut menyampaikan anugerah ialah
wakil dari PIBG SMK Paya Besar.

Akhirnya Tn Hj M Razali Mustafar
turut menyampaikan anugerah.

Guru-guru juga mendapat peniktirafan.

Turut penyampaian Anugerah Khas untuk guru
dan Anugerah Warna untuk pelajar.

Cederahati untuk perasmi.

Akhir majlis ditutup dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah
menunjukkan kecemerlangan yang membanggakan
samada dari segi kurikulum atau kokurikulum.
Moga ia menjadi motivasi kepada
rakan-rakan yang lain untuk meraih
kejayaan yang lebih baik.

Terima kasih juga kepada semua warga sekolah
yang bertungkus lumus menjayakan
Hari Anugerah Cemerlang 2010.

No comments:

Post a Comment