
Slot pertama bemula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi telah disampaikan oleh En Suresh dari Kolej Olympia bertajuk “ PERFECT OR PREFECT?”. Secara ringkasnya dalam slot ini beliau mengajar kami tentang kerja keras dan tidak mudah putus asa dalam menjadi seorang pemimpin. Beliau juga mengajar kami tentang disiplin. Seorang ketua yg baik perlulah sentiasa menolong guru, membantu pelajar junior, serta pandai dalam mengendalikan sesuatu majlis.
Kemudian pada pukul 10.00 pagi hingga 10.20 pagi, kami rehat dan bersarapan pagi dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak kolej tersebut.
Kemudia slot seterusnya diteruskan pada jam 10.20 pagi. Kali ini En. Suresh telah memberikan kami tugasan secara berkumpulan iaitu menggubah barang seperti payung, kasut, dan topi supaya menjadi benda yang belum pernah wujud di dunia ini. Setelah itu, kami dikehendaki mempromosikan barang kami tersebut. Slot ini sebenarnya bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara peserta dalam kumpulan masing-masing.














Akhirnya pada pukul 11.00 pagi, setiap kumpulan diwajibkan untuk membentang hasil kerja mereka dan mempromosikan barang yang telah diubahsuai kepada kumpulan-kumpulan lain. Selepas pembentangan ini berakhir, En Suresh telah menerangkan tentang tujuan aktiviti tadi iaitu untuk menjadi seorang ketua. Ketua itu perlulah yakin, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan memiliki daya kreativiti yang tinggi.
Aktiviti Leadership Skill ini berakhir pada jam 1.00 tgh. Pada pukul 2.00 ptg, para peserta pulang ke sekolah dengan selamat dengan menaiki bas yang telah disediakan.
Disediakan oleh,
Mohamad Izat Izham bin Mohd Zawawi.
Ketua Pelajar 2010
No comments:
Post a Comment