Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.Laporan dari guru bertugas minggu ini
Pn Wan Zuraily.
1. Panita Bahasa Arab akan menganjurkan
Bengkel Kem Kemahiran Belajar untuk kelas KAA
pada hari Sabtu 10 Julai 2010 bermula
jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Semua pelajar kelas 1 KAA, 2 KAA dan 3 KAA
diwajibkan hadir.
2. Sukantara akan bermula pada petang ini
untuk rumah Kuning dan Merah. Semua pelajar
rumah diwajibkan hadir ke padang sekolah
memakai pakaian sukan jam 4.00 - 6.00 petang.
3. Ahli PBSM sila hadir ke perjumpaan perang ini
di kelas 3 Amanah untuk pemilihan ahli
pertolongan cemas untuk hari sukan sekolah.
4. Hari Pelaporan/Muafakatan akan diadakan
pada hari Jumaat 9 Julai 2010 di kelas masing-masing
bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Kemudian tazkirah dari Ustaz Mohd Jamali Abdullah.
Beliau mengingatkan pelajar tentang
alam dunia yang sementara ini kerana ia
akan menentukan akan pengakhiran kehidupan kita.
Jika baik kehidupan dunia, maka baiklah akhirat.
Jika banyak dosa maka merugilah kehidupan akhirat.
Akhir sekali Tn Hj Nazli b Ismail, GPK Kokurikulum
mengingatkan pelajar tentang pakaian unit uniform
yang mesti dipakai pada hari Rabu.
Latihan rumah sukan akan bermula minggu ini.
Setiap pelajar wajib hadir .

No comments:
Post a Comment