Pada hari ini Selasa 3 Ogos 2010telah diadakan Seminar Teknik Menjawab SPM
bagi mata pelajaran Kimia.
Seminar telah dipengerusikan olehSaudara Izzat dan Saudari Maizatul.
Manakala doa pula telah dibacakan
oleh Saudara Abdul Rahman.
Seminar ini melibatkan pelajar-pelajardari kelas 5 Saksama.
Seminar bersepadu ini juga mengabungkan
beberapa sekolah sekitar seperti
SMK Seri Damai, SMK Gudang Rasau
dan SMK Bukit Rangin.
Slot pertama bermula jam 8.30 - 10.30 pagitelah diisi oleh En Zulkifli Mahmood
yang merupakan Guru Cemerlang
dari SMK Chini Timur.
Beliau telah membentangkan
teknik menjawab kertas 2 Kimia.
Manakala slot kedua pula bermula jam 11.00 - 1.00 tghtelah diisi oleh Pn Badariah bt Ali
dari SMK Pandan.
Beliau telah menyampaikan teknik menjawab
kertas 3 Kimia.
Semoga perkongsian ilmu yang telah disampaikan
dapat memberi persediaan awal bagi
calon-calon SPM untuk mendapat
keputusan yang cemerlang bagi
mata pelajaran Kimia nanti.
No comments:
Post a Comment