BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI
SMK PAYA BESAR TOP 5!!!
Pages
▼
Thursday, September 2, 2010
Majlis Iftar Jama'ei
Pada Khamis 2 September 2010 bersamaa 23 Ramadhan 1431H telah diadakan Majlis Iftar Jama'ie yang melibatkan guru-guru dan staf SMK Paya Besar serta pelajar terpilih.
Acara bermula dengan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil oleh semua yang hadir.
Kemudian berbuka puasa dengan kurma dan air, seterusnya solat maghrib berjamaah.
Selepas itu tetamu yang hadir dijamu
dengan jamuan makan berbuka di kantin SMKPB.
Kehadiran guru dan pelajar mengeratkan ukhwah.
Kemudian semua sama-sama solat isya', solat sunat tarawih & witir berjamaah.
Alhamdulillah majlis berakhir dengan suasana penuh ukhwah. Turut menjadi tetamu istimewa ialah En Hisyam (suami arwah cikgu Kamisah) & anak-anak serta Hjh Hatijah Gan Abdullah (mantan Pengetua SMKPB). Semoga ibadah puasa kita semua diterima Allah swt.
No comments:
Post a Comment