Pages

Thursday, September 30, 2010

Solat Hajat Perdana 2010

Alhamdulillah, Majlis Solat Hajat Perdana
PMR, SPM & STPM 2010 dan Bacaan Yaasin
telah selamat dijalankan malam tadi di Masjid Al-Hidayah.

Sebagai tanda sokongan En Nandakumaran,
Pengetua SMK Paya Besar turut hadir.

Majlis Solat Hajat bermula selepas Solat Maghrib.
Diikuti dengan Majlis Bacaan Yaasin
dan diakhiri dengan Solat Isya' berjamaah.


Ramai ibu bapa, penjaga serta pelajar yang hadir.
Semoga Allah swt memakbulkan doa kita semua.

Selesai majlis, tetamu di hidangkan dengan
jamuan makan malam.

Guru-guru juga ramai yang hadir.
Ini menandakan guru-guru amat mengambil berat
tentang kejayaan pelajar-pelajar semua.
Semoga anak-anak pelajar semua dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan tenang nanti dan
membuahkan hasil yang cemerlang
serta memenuhi aspirasi yang unggul
untuk menjadi di kalangan 5 sekolah harian
terbaik di daerah Kuantan, insya'Allah.
Doa cikgu-cikgu sentiasa mengiringi
agar pelajar-pelajar SMK Paya Besar
berjaya di dunia bahagia di akhirat....

No comments:

Post a Comment