Pages

Wednesday, November 24, 2010

Mesyuarat dan Taklimat Guru bagi Persediaan 2011

Mesyuarat dan Taklimat HEM,
Kokurikulum & Tingkatan 6.
Tarikh : 29 Disember 2010 RABU
Masa : 8.30 AM - 2.00 PM
SEMUA GURU TERLIBAT.

Mesyuarat dan Taklimat Kurikulum
serta Taklimat Khas Pengetua.
Tarikh : 30 Disember 2010 KHAMIS
Masa : 8.30 AM - 2.00 PM
SEMUA GURU TERLIBAT.

PENDAFTARAN TINGKATAN 1

Tarikh : 31 Disember 2010 JUMAAT
Masa: 8.30 AM - 12.00 PM

JAWATANKUASA YANG TERLIBAT SAHAJA.

Tuesday, November 23, 2010

Peperiksaan SPM & STPM 2010

Hari ini bermula hari penuh erti buat
calon -calon SPM & STPM 2010.....

Di Dewan Terbuka, calon-calon STPM berkumpul
sebelum memasuki kelas peperiksaan.
Mereka mendengar pesanan ahkhir dari
Pn Salamiah Bani Hashim serta membaca doa
sebelum melangkah masuh dengan penuh tawakal...
SELAMAT MAJU JAYA
SEMOGA DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG....

Sementara itu calon-calon SPM pula
berkumpul di hadapan Dewan Multaqa'.

Bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Izat Izham.
Semoga semua dapat menghadapi situasi
peperiksaan dengan tenang....

Kehadiran guru yang memberi sokongan
dan kata-kata semangat akhir dari Pn Roa'ani Mohamed
dan En Hasbullah Ab Latif GPK Pentadbiran SMKPB.
Juga terima kasih diatas kehadiran En Roslan Mansor,
Timbalan YDP PIBG SMK Paya Besar yang sentiasa
memberi sokongan yang padu ke atas
kejayaan pelajar-pelajar SMK Paya Besar.

Insya'Allah dengan usaha yang telah anda tunjukkan
Allah akan membuahkan hasil yang terbaik....

YAKIN BOLEH !!!!
SMKPB BOLEH !!!
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!!!

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Bercuti....

Unit ICT SMK Paya Besar mengucapkan
SELAMAT BERCUTI kepada semua
warga GURU dan PELAJAR SMK Paya Besar.
Bagi pihak pengendali blog kami memohon
seribu kemaafan jika terdapat kekurangan
diatas maklumat yang disampaikan
sepanjang tahun 2010.
Beberapa cadangan oleh pembaca telah diteliti
dan penambahbaikan akan cuba dilakukan
dari masa ke semasa mengikut
kemampuan yang ada.
Juga untuk makluman sepanjang cuti ini
blog ini tidak akan diupdate kecuali
jika ada perkara penting
yang perlu diberitahu kepada
pelajar, guru atau ibu bapa pelajar.
HARAP MAKLUM.

Ucapan Salam Aidil Adha
kepada warga SMK Paya Besar
yang beragama Islam......

Pada calon-calon SPM & STPM 2010
Selamat Berjaya.....
Moga anda dapat melakukan yang TERBAIK
buat diri, ibubapa, guru dan sekolah.
Akhirnya buat doa buat anda.....

Tuesday, November 16, 2010

Dari Warga Pra Universiti.....


Disediakan oleh Mohd Syafik, Pra U's Students.

Hari Terakhir Persekolahan 2010

Hari ini Selasa 16 November 2010
merupakanhari terakhir persekolahan untuk tahun 2010.
Ada beberapa aktiviti telah berjalan sepanjang hari ini.


Pertamanya seluruh warga SMK Paya Besar
mengalu-alukan kedatangan GPK Pentadbiran yang baru
ke SMK Paya Besar iaitu En Hasbullah b Abdul Latif.
Kami disini mengucapkan Selamat Datang
dan menjadi salah seorang warga SMK Paya Besar.
Semoga kedatangan beliau dapat berganding tenaga
dengan barisan pentadbir yang ada
bagi memacu kecemerlang SMK Paya Besar
di persada pendidikan khususnya di daerah Kuantan ini.

Satu perhimpunan khas pagi telah diadakan
bagi menemukan semua pelajar dengan
GPK Pentadbiran baru SMK Paya Besar
En Hasbullah b Abd Latif. Beliau telah menyampaikan
ucapan sulungnya disamping meletakkan
harapan agar pelajar sama-sama dapat berkerjasama
demi kemajuan dan kecemerlangan SMK Paya Besar.
Turut memberi ucapan pada perhimpunan ialah
En Mohamed b Che Ibrahim, Tn Hj Nazli b Ismail,
En Mohd Syukri Abdullahn Pn Salamiah Bani Hashim.


Selepas waktu rehat pelajar-pelajar dikumpulkan
di Dewan Terbuka untuk mendengar Taklimat Banjir.
Taklimat telah disampaikan oleh
En Mohd Nadzri Abdul Wahid,
Guru Kaunselor SMK Paya Besar.

Kemudian mereka dikumpulkan di Surau Al-Hikmah
menyaksikan beberapa tayangan multimedia
oleh Guru Penyelaras Bina Insan, Pn Norihan bt Ahamed.
Sementara pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas
menjalankan P&P seperti biasa di kelas masing-masing.

Ceria-ceria hari akhir persekolahan dari guru-guru anda.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha
dan Selamat Bercuti kepada semua warga SMK Paya Besar.

Monday, November 15, 2010

Mesyuarat Akhir Tahun 2010

Di Bilik Gerakan Siti Khadijah hari ini tepat jam 3.00 petang
telah di adakan Mesyuarat Akhir Tahun 2010
yang melibatkan semua guru.
Mesyurat telah dipengerusikan oleh
En Nandakumaran Pengetua SMK Paya Besar.

Dikesempatan ini En Nandakumaran juga
mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru...

Majlis Restu Ilmu SPM & STPM 2010

Majlis Restu Ilmu telah di adakan di Surau Al-Hikmah
yang mengumpulkan semua pelajar-pelajar
tingkatan 5 dan 6 atas yang mana mereka
akan menduduki Peperiksaan SPM
dan STPM tidak berapa lama lagi.

Acara tahunan ini diadakan bagi pelajar-pelajar
mendapat restu dari guru-guru diatas semua
ilmu yang telah dicurahkan selama ini.
Sebagai pelajar sepatutnya bersyukur
kerana mempunyai guru-guru yang gigih
tanpa mengira penat lelah mencurahkan
segala ilmu yang ada demi memajukan
pelajar agar menjadi insan-insan yang berguna
satu hari nanti....

Juruacara majlis pada hari ini ialah
Pn Hjh Kamriah Jusuh.

Ucapan dari wakil pelajar SPM & STPM.

Ucapan dari wakil Guru Penyelaras Akademik SPM,
Pn Hjh Zureidah Mohd Nadzeri dan
GPK Pra Universiti, Pn Roslina Shahri.

Diikuti dengan pesanan penuh bersemangat
dari GPK HEM, En Mohamed b Che Ibrahim.

Akhirnya ucapan dari Tuan Pengetua
En Nandakumaran. Tidak jemu-jemu
beliau memberi ucapan-ucapan penuh
motivasi kepada calon-calon SPM & STPM 2010.

Antara guru-guru yang hadir memberi sokongan.

Cenderahati kepada setiap pelajar.

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Izuddin.

Pelajar bersalaman dengan guru-guru.

Doa semoga semua pelajar mendapat
keputusan yang cemerlang dan
sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah swt.

Potluck....

Selesai perhimpunan guru-guru dijamu
dengan potluck akhir tahun di bilik guru.
Selamat menjamu selera semua....

Perhimpunan 15 November 2010

Perhimpunan terakhir untuk tahun ini
telah berjalan dengan lancar. Ada beberapa majlis
telah diadakan serentak pada hari ini.

Sebelum itu bergema Dewan Multaqa' dengan
Nyanyian Lagu NegaraKu, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.


Kemudian diikuti dengan bacaan Rukun Negara
dan Ikrar Pelajar yang masing-masing
diketuai oleh Adik Remy, Pelajar Pendidikan Khas
dan Saudara Mohd Shafik, Ketua Pelajar SMKPB.

Sekali lagi Dewan Multaqa' bergema dengan
laungan yang penuh bersemangat dari pelajar-pelajar.

Perhimpunan dimulakan dengan
Majlis Anugerah Kecemerlang Kokurikulum
di mana Pn Roa'ani Mohamed telah
bertindak sebagai juruacara.

Majlis Anugerah Cemerlang ini ialah untuk memberi
pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang
cemerlang di dalam aktiviti Kokurikulum.

Turut mendapat pengiktirafan ialah
para guru yang aktif dalam aktiviti
kelab, persatuan, sukan & permainan
serta pasukan unit beruniform.

Perhimpunan diteruskan dengan
Majlis Perpisahan Pn Sh Radziah Syed Mohamed
yang akan berpindah atas kenaikan pangkat sebagai
GPK Pentadbiran di SMK Sg Isap.
Juruacara majlis telah bertukar tangan
ke Pn Jalilah bt Salim.

Ucapan En Nandakumaran Pengetua SMK Paya Besar.

Pn Hjh Rozlawati Ariffin Ketua Bidang Tekni & Vokasional
mewakili guru-guru untuk berucap.

Akhirnya ucapan dari yang diraikan
Pn Sh Radziah bt Syed Mohamed.

Tayangan Multimedia dari Unit ICT SMK Paya Besar.

Penyampaian cenderahati.

Bacaan doa yang syahdu oleh Ustaz Mohd Izuddin.

Pihak sekolah memang tidak dapat melupakan
dan membalas jasa dan bakti yang telah
Pn Sh Radziah curahkan demi kegemilangan
SMK Paya Besar. Perkhidmatan beliau
selama hampir 18 tahun di SMK Paya Besar
sesuatu yang amat dihargai. Kami kehilangan
permata yang cukup bernilai....
Walaubagaimana pun pihak sekolah mengucapkan
tahniah di atas perlantikan beliau sebagai
GPK Pentadbiran di SMK Sg Isap.
Kami di sini sentiasa menberi sokongan
agar beliau akan terus mengapai kecemerlangan
dalam kerjayanya.
Selamat bertugas di sekolah baru nanti.....

Saturday, November 13, 2010

Gotong Royong 1Malaysia Green

Pada hari ini dengan kerjasama
Kelab Pelancongan SMK Paya Besar
telah diadakan Gotong Royong
1Malaysia Green 1Malaysia Clean Tourism.
Semua pelajar yang hadir dikumpulkan di Dataran Ilmu
dan mendengar taklimat dari GPK Kokurikulum
Tn Hj Nazli b Ismail.

Taklimat untuk guru-guru oleh
Tuan Pengetua En Nandakumaran.

Gotong royong di sekitar Taman Herba.
Tuan Pengetua pun turut turun padang.

Thursday, November 11, 2010

Taklimat Banjir

Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah
semua guru telah diberi taklimat tentang
persiapan menghadapi banjir pada musim temgkujuh ini.
Taklimat telah diberikan oleh En Nandakumaran
Pengetua SMK Paya Besar.
Antara peringatan beliau ialah bilik-bilik aras
bawah yang menjadi risiko jika berlaku banjir.
Juga memaklumkan kepada guru-guru agar
bersedia untuk bertugas jika diperlukan
sekiranya sekolah dijadikan pusat banjir.
Jadual tugas akan diedarkan kemudian.

Wednesday, November 10, 2010

Potluck Akhir Tahun

Potluck Akhir Tahun anjuran guru-guru KH.
Terimakasih kerana sudi menjamu guru-guru
dengan masakan yang cukup istimewa....

Perhimpunan Rabu 10 November 2010

Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Ucapan guru bertugas mingguan oleh En Zamzuri Ahmad.
Beliau mengingatkan pelajar tentang kebersihan
kelas dan kantin. Pelajar dinasihatkan agar sama-sama
menjaga tanggungjawab kebersihan demi keceriaan sekolah.

Pengumuman dari guru biasiswa Pn Siti Rohayu.
Beliau memaklumkan kepada pelajar yang mendapat
biasiswa YP dan BKYP, pengeluaran wang boleh
dibuat pada 27 hingga 31 Disember bagi urusan
untuk perbelanjaan buka sekolah.

Akhir sekali Tn Hj Nazli Ismail, GPK KOkurikulum
mengumumkan beberapa perkara.
1. Sekolah akan cuti pada hari Rabu, Khamis & Jumaat.
Hari Selasa ialah hari terakhir persekolahan.
2. Sabtu ini 13 November 2010 ialah hari sekolah ganti.
Akan diadakan gotong royong kempen
1Malaysia Green 1Malaysia Clean Tourism
dengan kerjasam Kelab Pelancongan SMK Paya Besar.

Monday, November 8, 2010

Mesyuarat Bidang

Minggu ini bermula Mesyuarat Bidang untuk semua guru.
Sehubungan dengan itu pada petang tadi
guru-guru Matematik dan Sains telah
bermesyuarat yang dipengerusikan oleh
Ketua Bidang Matematik & Sains
Pn Hjh Zureidah Mohd Nadzeri.
Mesyuarat membincangkan tentang analisa peperiksaan
dan persediaan untuk pengajaran bagi tahun depan.