Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.Ucapan guru bertugas mingguan oleh En Zamzuri Ahmad.
Beliau mengingatkan pelajar tentang kebersihan
kelas dan kantin. Pelajar dinasihatkan agar sama-sama
menjaga tanggungjawab kebersihan demi keceriaan sekolah.
Pengumuman dari guru biasiswa Pn Siti Rohayu.
Beliau memaklumkan kepada pelajar yang mendapat
biasiswa YP dan BKYP, pengeluaran wang boleh
dibuat pada 27 hingga 31 Disember bagi urusan
untuk perbelanjaan buka sekolah.
Akhir sekali Tn Hj Nazli Ismail, GPK KOkurikulum
mengumumkan beberapa perkara.
1. Sekolah akan cuti pada hari Rabu, Khamis & Jumaat.
Hari Selasa ialah hari terakhir persekolahan.
2. Sabtu ini 13 November 2010 ialah hari sekolah ganti.
Akan diadakan gotong royong kempen
1Malaysia Green 1Malaysia Clean Tourism
dengan kerjasam Kelab Pelancongan SMK Paya Besar.
No comments:
Post a Comment