Pages

Friday, December 31, 2010

Majlis Pendaftaran PelajarTingkatan 1

Bertempat di Dewan Multaqa' telah berlangsung
Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 untuk sesi 2011.

Majlis bermula dengan Bacaan Doa
yang diketuai oleh Ustaz Mohd Jamali Abdullah.

Kemudian diikuti dengan ucapan aluan oleh
En Nandakumaran, Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau memaklumkan beberapa sasaran sekolah
untuk sesi 2011 agar turut sama mendapat
sokongan dari ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Antaranya Kempen Anti Ponteng dengan
meletakkan sasaran 95% kehadiran pelajar ke sekolah.
Memartabatkan Bahasa Inggeris dengan mengalakkan
pelajar untuk berbahasa Inggeris.
Serta meletakkan SMK Paya Besar di antara
5 yang terbaik sekolah harian menjelang 2013.

Seterusnya ucapan dari tetamu jemputan
YB Dato' shafik Fauzan b Hj Shariff, DIMP., SMP.,
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Kesenian dan Warisan Pembangunan Keluarga
dan Hal-Ehwal Wanita.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga juga
amat mengalakkan.

Di majlis ini juga YB Dato' Shafik Fauzan
telah menyampaikan sumbangan cek bernilai RM5000.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih
kepada YB Dato' di atas sumbangan dan sokongan
yang selama ini YB Dato' telah berikan kepada
warga SMK Paya Besar khususnya dalam
aktiviti pendidikan sekolah.

Kemudian ibu bapa membuat pendaftaran pelajar.

Pendaftaran di kelas masing-masing.

Pelajar-pelajar tingkatan 1 yang akan memulakan
sesi persekolah 2011 di SMK Paya Besar.

Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT DATANG
kepada semua pelajar tingkatan 1 untuk sesi 2011.
Semoga kehadiran anda semua akan turut
mewarnai kecemerlangan SMK Paya Besar.
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!!!


Di kantin turut diadakan pembayaran koperasi.

Di koperasi sekolah jualan rancak berlaku.

Antara petugas-petugas yang ceria.
Sumbangan anda dihargai....

Thursday, December 30, 2010

Mesyuarat & Taklimat Kurikulum & Khas Pengetua

Hari ke dua mesyuarat bermula dengan
agenda perlantikan pengerusi kelab staff baru
untuk sesi 2011. Tahniah kepada
Pn Norlela bt Ismail atas perlantikan sebagai
pengerusi Kelab Staff SMKPB yang baru.
Mesyuarat hari ini diteruskan dengan
Taklimat Kurikulum yang di sampaikan oleh
En Hasbullah Abd Latif, GPK 1 SMK Paya Besar.

Kemudian diikuti dengan Taklimat Khas Pengetua.
Bagi memantapkan pengurusan sekolah
untuk sesi 2011 En Nandakumaran telah
membentangkan ceramah bertajuk TEAM BUILDING.

Semoga semua aktiviti yang dirancang pada tahun 2011
dapat dilaksanakan dengan baik.

Jualan Koperasi

Koperasi SM Paya Bersar Berhad telah pun
memulakan jualan di koperasi.
Pelajar-pelajar bolehlah datang untuk membeli
keperluan peralatan buku latihan dan sebagainya
sebagai persediaan persekolahan 2011.

Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat & Taklimat HEM & Kokurikulum

Bermula lembaran baru untuk sesi persekolahan 2011.
Hari ini telah diadakan mesyuarat dan taklimat HEM
& Kokurikulum yang berlangsung di Bilik Seminar SMKPB
yang baru siap dibina. Pihak sekolah mengucapkan
ribuan terimakasih kepada pihak PPD kerana telah
meluluskan peruntukkan pengubahsuaian bilik tersebut.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh ceria
dan bersemangat guru-guru untuk mengalas
tugas dan tanggungjawab bagi sesi 2011.
Sebelum itu tuan pengetua En Nandakumaran
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua guru yang telah bertungkus lumus
dalam menjayakan Peperiksaan PMR 2010.
Beliau menyampaikan hasrat PPD "We can do better..."
Pada mesyuarat ini En Mohamed Che Ismail,
GPK HEM SMK Paya Besar telah memberi taklimat
tentang pengurusan disiplin sekolah.
Juga Tn Hj Nazli Ismal, GPK Kokurikulum
turut memaklumkan kepada guru-guru
perlaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum
untuk sesi 2011.

Akhirnya tuan pengetua merumuskan dengan
meletakkan sasaran 95 % (KPI) kehadiran pelajar
ke sekolah (kempen anti ponteng) dan
pelajar yang bergiat dalam aktiviti kokurikulum
dapat membentuk kepimpinan, boleh mengelola aktiviti,
kepegawaian dan kejurulatihan.
Semoga semua dapat dilaksanakan demi
meletakkan SMK Paya Besar di era kecemerlangan.

Friday, December 24, 2010

Keputusan PMR 2010

Alhamdulillah... yang tersirat sudah tersurat.
Tahniah kepada semua calon2 PMR 2010
di atas keputusan PMR yang telah diumumkan.
Apa2 keputusan yang diperolehi adalah
usaha yang telah tuai sepanjang 3 tahun persekolah.
Keputusan yang cemerlang memberi
semangat untuk lebih cemerlang di masa akan datang.
Yang tidak mendapat cemerlang bukan bermakna gagal.
Mungkin Allah ingin memberi peluang untuk
berusaha lebih lagi dimasa2 akan datang.

Selepas tuan pengetua membawa pulang keputusan,
guru-guru pun berdebar-depar juga di bilik gerakan.
Alhamdulillah, peratus lulus keseluruhan ialah
70.42% dengan pencapaian GPS 2.65.
Seramai 5 pelajar mendapat STRAIGHT A's

Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Terbuka.
Masing-masing berdebar-debar
menunggu keputusan yang akan diumumkan
oleh En Nandakumaran, Tuan Pengetua.

TAHNIAH kepada yang mendapat keputusan
CEMERLANG 9A & 8A.
MOHD FARHAN KAMARULZAMAN - 9A
MOHD HANIF SAID - 9A
FAIZ AMIRAH ROZALI - 9A
INTAN CARLINA KAMARUDDIN - 9A
RAIHANA SHAMSUDDIN - 8A

Kejayaan anda di kongsi bersama guru
dan rakan-rakan yang lain.
Juga TAHNIAH kepada yang mendapat 8A 1B dan 7A 1B
SITI NUR FATIHAH - 8A 1B
UMMI NUR SURAIYA SUHAIMI - 8A 1B
NUR AIN NATASHA HASSAN BASRI - 7A 1B
NUR IFAH SHAHIRAH - 7A 1B
MOHD ARIF IQBAL - 7A 1B
MOHD FAIZ HILMI 7A 1B
AHMAD AZHAR - 7A 1B

Kecemerlangan anda menjadi dorongan dan semangat
kepada rakan-rakan pelajar lain juga untuk
lebih cemerlang di masa akan datang.

Dan yang paling berbangga sudah tentu ibu bapa anda
yang sentiasa mendoakan kejayaan anak mereka.
Terima kasih juga dari pihak sekolah
di atas kerjasama dan sekolongan
yang selama ini telah diberikan oleh ibu bapa.

Kejayaan juga dikongssi bersama guru kelas masing2.
Tahniah juga buat guru kelas 3KAA Pn Roa'ani Mohamed
dan 3 Amanah Pn Mariana Ahmad.
Juga tahniah kepada semua guru-guru yang
menabur baja bermula dari tahun 2008, 2009 dan 2010
kerana usaha keras dan 'team work'
telah menghasilkan buah kejayaan.
Kecemerlangan pelajar milik bersama.....

Pelajar sedang mengambil keputusan
di kaunter kelas masing-masing.

Yang penting bersyukur dengan keputusan yang diperolehi.
Yang berjaya teruskan usaha untuk lebih cemerlang.
Yang kurang memuaskan harus bermuhasabah
untuk membaiki diri di masa akan datang.
Tiada istilah GAGAL....

Peperiksaan bukan segala-galanya.
Akhlak dan sahsiah juga perlu di utamakan.


Huhu.... tahniah guru-guru yang masih sibuk
membuat analisa keputusan....

NOTA : Laporan Keputusan PMR Pahang 2010
boleh didapati di SINI.

Friday, December 17, 2010

Keputusan PMR diumumkan Khamis depan


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari sama mulai 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

SUMBER: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeputusanPMRdiumumKhamisdepan/Article