Pages

Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat & Taklimat HEM & Kokurikulum

Bermula lembaran baru untuk sesi persekolahan 2011.
Hari ini telah diadakan mesyuarat dan taklimat HEM
& Kokurikulum yang berlangsung di Bilik Seminar SMKPB
yang baru siap dibina. Pihak sekolah mengucapkan
ribuan terimakasih kepada pihak PPD kerana telah
meluluskan peruntukkan pengubahsuaian bilik tersebut.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh ceria
dan bersemangat guru-guru untuk mengalas
tugas dan tanggungjawab bagi sesi 2011.
Sebelum itu tuan pengetua En Nandakumaran
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua guru yang telah bertungkus lumus
dalam menjayakan Peperiksaan PMR 2010.
Beliau menyampaikan hasrat PPD "We can do better..."
Pada mesyuarat ini En Mohamed Che Ismail,
GPK HEM SMK Paya Besar telah memberi taklimat
tentang pengurusan disiplin sekolah.
Juga Tn Hj Nazli Ismal, GPK Kokurikulum
turut memaklumkan kepada guru-guru
perlaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum
untuk sesi 2011.

Akhirnya tuan pengetua merumuskan dengan
meletakkan sasaran 95 % (KPI) kehadiran pelajar
ke sekolah (kempen anti ponteng) dan
pelajar yang bergiat dalam aktiviti kokurikulum
dapat membentuk kepimpinan, boleh mengelola aktiviti,
kepegawaian dan kejurulatihan.
Semoga semua dapat dilaksanakan demi
meletakkan SMK Paya Besar di era kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment