Perhimpunan pagi Rabu 19 Januari 2011telah diisi dengan Ceramah Keselamatan Jalan Raya.
Aktiviti anjuran Jawatankuasa Keselamatan
SMK Paya Besar bertujuan untuk
menyebarkan maklumat tentang tatacara
tindakan keselamatan diri pelajar pergi
dan balik dari sekolah.
Sebelum ceramah bermula pelajar pelajardihidangkan dengan nyanyian nasyid
dari Kumpulan Nasyid Sekolah dengan
lagu nasyid yang bertajuk Pergi Tak Kembali.
Diikuti dengan ceramah Keselamatan Jalan Rayayang telah disampaikan oleh
En Wan Arif b Ismail, PKT, Pegawai JPJ Kuantan.
Antara nasihat beliau ialah agar pelajar
sentiasa mematuhi peratuaran jalan raya
yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan.
Pelajar yang menunggang motosikal amat
terdedah dengan bahaya ini kerana statistik menunjukkan
60% kemalangan jalan raya berpunca dari
kemalangan motosikal. Oleh itu beliau menasihati
pelajar agar sentiasa memakai topi keledar
dan pakaian keselamatan serta memandu motosikal
dalam keadaan mempunyai lesen yang sah.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasihkepada penceramah En Wan Arif Ismail
dan Pihak JPJ amnya diatas kesudiaan hadir
menyampaikan ceramah yang sungguh menyedarkan
buat pelajar. Semoga dengan ini pelajar lebih
terdedah dan sedar bahaya kemalangan jalan raya
yang mungkin akan berlaku dan mengambil
langkah-langkah yang sebetulnya untuk
mengelakkan dari berlaku.


No comments:
Post a Comment