Pages

Wednesday, January 12, 2011

Ceramah Motivasi

Petang ini Tuan Timbalan Pengarah Pahang
En Yahya b Zainal Abidin telah datang
sekali lagi ke SMK Paya Besar bagi menunaikan
janjinya untuk memberi Ceramah Motivasi
kepada pelajar-pelajar Pra Universiti SMK Paya Besar.

Kedatangan Tuan Timbalan Pengarah Pahang di sambut
oleh Majlis Perwakilan Pelajar Pra universiti.

Beliau telah berkongsi pengalaman yang
pernah dilaluinya sendiri ketika alam persekolahan
sehingga beliau menjadi pelajar yang cemerlang
di peringkat Peperiksaan STPM.

Pelajar-pelajar khusyuk mendengar.
Semoga perkongsian pengalaman menjadi
momentum buat pelajar-pelajar Pra Universiti
di SMK Paya Besar untuk turut cemerlangan.

Perbincangan dalam sesi soal jawab yang mendapat
respon yang baik dari pelajar.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati
dan jamuan ringan di Bilik Pendidikan Khas.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan penghargaan
dan terima kasih kepada Tuan Timbalan Pengarah Pahang
diatas kesudian beliau untuk hadir buat kali ke dua
ke SMK Paya Besar dan memberi Ceramah Motivasi
kepada pelajar-pelajar Pra Universiti.

No comments:

Post a Comment