Pages

Monday, January 31, 2011

Pameran Bertema Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011
Pusat Sumber Sekolah telah mengada pameran
bertemakan perayaan tersebut.
Jam 10.30 pagi tadi bertempat di Pusat Sumber Sekolah
perasmian telah disempurnakan oleh
En Nandakumaran Pengetua SMK Paya Besar.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pemberian angpau
dan buah limau kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas.

Pelajar-pelajar bolehlah berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah
untuk melihat pameran ini dengan lebih dekat.

Pelajar-pelajar Pendidikan Khas turut mengadakan
aktiviti mewarna.

Tahun ini pelajar Pendidikan Khas turut berbangga
dengan perlantikan 4 orang pelajar sebagai pengawas sekolah.
Mereka adalah Sheikh Naqiuddin b Sh Razali,
Mohd Afif Aiman b Rohaizat,
Mohd Shahir b Zulkifli dan
Murni Najihah bt Roslin.

No comments:

Post a Comment